Pada 19 November 2016 yang lepas, saya telah menghadiri Hari Terbuka BSSM Kelantan di Pantai Irama, Bachok. Salah satu program yang telah diadakan ialah pameran radio amatur. Alhamdulillah, saya dapat berjumpa dengan 9W2KEY, 9M2ART, 9M2CIO, 9W2GDB, 9W2AEY, 9W2STH dan beberapa rakan radio yang lain.
Lawatan ke Phuket, Krabi dan Hat Yai
Pada 28 – 31 Oktober yang lalu, saya telah diberikan peluang untuk melawat 3 buah tempat yang asing bagi saya iaitu Phuket, Krabi dan Hat Yai. Lawatan ini telah diketuai oleh Ust Mohd Nor dan disertai oleh para pensyarah IPGKKB dan beberapa individu luar.
Berikut ialah rekod perjalanan sepanjang 4 hari 3 malam ke Phuket, Krabi dan Hat Yai:
(28/10)
0742: Bertolak dari IPGKKB.
0810 – 0830: Berhenti di stesen minyak Petronas, Bandar Baru Tunjong.
0842 – 0848: Berhenti di stesen minyak Caltex, Salor.
0930: Tiba di Kompleks ICQS Rantau Panjang.
1050 – 1100: Menaiki bas di Kompleks Imigresen Sg Golok.
1110 – 1146: Berhenti tukar duit.
1320 – 1412: Berhenti makan tengahari di Chai Phra.
1600 – 1620: Berhenti di Na Mon.
1826 – 1906: Berhenti solat di Thanom Phet Kasem, Trang.
2210 – 2230: Berhenti di Thap Put.
2245 – 2335: Berhenti makan di Phang-Nga.
0130: Daftar masuk ke Hemingway Hotel.
Percutian ke Cameron Highlands
Pada 26 – 27 Oktober yang lepas, saya, Abd Rahim dan Farid telah pergi berjalan-jalan di sekitar Cameron Highlands, Pahang. Percutian ini telah dirancang lebih kurang 1 bulan lebih awal. Tempahan hotel telah dibuat agar harga yang murah dan berpatutan diperolehi. Bagi percutian kali ini, setiap orang mengeluarkan RM70 bagi kos penginapan dan pengangkutan.
Percutian 2 Hari 1 Malam ke Hat Yai
Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman ke luar negara buat kali ketiga. Alhamdulillah, saya telah diberikan peluang untuk ke Hat Yai pada 14 – 15 Oktober yang lepas. Berikut maklumat ringkas:
Tempat: Hat Yai.
Anggaran kos: 900 baht/ RM108.
Masa: 2 hari 1 malam.
Bilangan: 2 orang.
Nota: Anggaran kos hanya meliputi kos pengangkutan dan penginapan sahaja.
Pada mulanya, saya telah bergerak dari IPG Kampus Kota Bharu bersama Ust Mohd Nor pada jam 7.30 pagi dengan menaiki kereta. Kemudian kami singgah di Kota Bharu untuk sarapan pagi. Seterusnya perjalanan diteruskan sehingga ke Rantau Panjang. Di sana, kami meletakkan kereta di tempat letak kereta berbayar yang disediakan. Kami tiba di Rantau Panjang lebih kurang pada jam 9.15 pagi.
Berkelah di Air Terjun Jelawang
Pada 1 Oktober 2016 bersamaan hari Sabtu, saya dan 4 orang lagi rakan iaitu Abd Rahim, Afnan, Irfan dan Mukhlis telah pergi berkelah ke Air Terjun Jelawang. Rancangan ini telah dipersetujui seminggu sebelum tarikh perkelahan.
Perjalanan dari IPG Kampus Kota Bharu ke Air Terjun Jelawang di Dabong adalah sejauh hampir 150 km dan mengambil masa selama 3 jam dengan menaiki kereta Kancil. Kami mula bergerak dari Kota Bharu pada jam 7.30 pagi. Pada jam lebih kurang 10.30 pagi kami pun tiba di kawasan air terjun.
Sebelum memasuki tempat mandi, setiap orang dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2. Kemudian, kami diberikan penerangan tentang kawasan perkelahan air terjun tersebut oleh pihak yang menjaga kawasan tersebut. Bagi pengetahuan semua, Air Terjun Jelawang adalah air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
Lawatan ke Pulau Pinang
Perkongsian kali ini berkisar lawatan yang saya ikuti bawah subjek kursus Persatuan (WAJ3131). Ringkasnya, perjalanan ini bermula dari 20 – 22 September 2016 yang meliputi beberapa tempat seperti:
1. Muzium 3D Pulau Pinang.
2. Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
3. Bukit Bendera.
4. Queensbay Mall.
5. Muzium & Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia.
Sepanjang tempoh lawatan, kami telah menginap di Yayasan An-Nahdhoh Inn. Selamat membaca.
Antena Homebrew Flower Pot
Pada 8 Jun 2016, saya dengan dibantu Abg Nazari (9W2NDQ) telah menghasilkan antena flower pot single band bagi 2m. Perancangan bermula 2 minggu sebelum itu lagi, apabila saya pergi berjumpa dengan Abg Nazari setelah lama tidak bersalaman di daratan dan Abg Nazari juga jarang memancar di linking ASTRA. Beliau menyatakan kesudian beliau untuk mengajar dan membantu saya membuat antena.
Mobile Radio + Cooling Fan (MRCF)
Pada 7 Jun 2016, projek radio saya iaitu “Mobile Radio + Cooling Fan (MRCF)” telah berjaya disempurnakan. Idea ini saya peroleh apabila melihat terdapat rakan yang ingin menjual mobile radio yang telah diubahsuai iaitu dengan ditambah kipas.
Cabaran Digital FTSM 2016
Pada 15 Mei 2016, saya dan adik saya, Muhammad Zawawi telah pergi ke Fakulti Teknologi Sains Maklumat di UKM, Bangi. Tujuan kami ke situ adalah bagi menyertai My APP Competition 2016. Kami telah menyertai pertandingan tersebut dalam kategori “Idea Aplikasi”.
Kelate DX
Pada 11 Mac 2016 sehingga 13 Mac 2016, saya telah mengambil peluang untuk mengikut program KelateDX yang diadakan di Geting, Tumpat. Terdapat banyak ilmu yang telah pelajari dan lebih ramai rakan radio yang dapat saya kenali.