Pada 1 Oktober 2016 bersamaan hari Sabtu, saya dan 4 orang lagi rakan iaitu Abd Rahim, Afnan, Irfan dan Mukhlis telah pergi berkelah ke Air Terjun Jelawang. Rancangan ini telah dipersetujui seminggu sebelum tarikh perkelahan.
Perjalanan dari IPG Kampus Kota Bharu ke Air Terjun Jelawang di Dabong adalah sejauh hampir 150 km dan mengambil masa selama 3 jam dengan menaiki kereta Kancil. Kami mula bergerak dari Kota Bharu pada jam 7.30 pagi. Pada jam lebih kurang 10.30 pagi kami pun tiba di kawasan air terjun.
Sebelum memasuki tempat mandi, setiap orang dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2. Kemudian, kami diberikan penerangan tentang kawasan perkelahan air terjun tersebut oleh pihak yang menjaga kawasan tersebut. Bagi pengetahuan semua, Air Terjun Jelawang adalah air terjun tertinggi di Asia Tenggara.