Festival Sukan Asrama (FESMA)

Pada 9 April 2017, merupakan hari pertama kami menyertai pertandingan Bola Tampar peringkat IPGKKB. Setelah hampir 4 tahun tidak berada dalam satu kumpulan, akhirnya kami iaitu Afnan, Mukhlis, Irfan, Arif, Farid, Abd Rahim dan Syahadan berkumpul sekali lagi untuk bertanding.

Sebelum pertandingan bermula, kami telah sepakat membeli baju yang seragam bewarna hitam dengan ditulis nama dan nombor di belakangnya. Kami merupakan wakil tunggal semester 7 dengan nama kumpulan ialah Lacesto. Saya pun tidak pasti macam mana nama Lacesto boleh dipilih. Ianya masih misteri sehingga ke hari ini.

Continue reading Festival Sukan Asrama (FESMA)

Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Pada 11 Februari 2017 yang lalu, saya dan beberapa orang rakan lain telah menghadiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara di AEON Mall, Kota Bharu. Tujuan kami hadir ke program tersebut adalah sebagai wakil pihak IPGM. Kami akan berada di tempat pameran IPGM bagi memberikan penerangan kepada orang ramai yang ingin bertanyakan soalan berkaitan IPG.

Continue reading Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Majlis Persaraan Hj Wan Mohd Din

Pada 26 Januari 2017 yang lepas, satu majlis persaraan Hj Wan Din telah diadakan di rumah beliau di Kedai Buloh. Pada hari tersebut merupakan hari terakhir beliau bertugas sebagai pesyarah di Unit Kokurikulum, IPG Kampus Kota Bharu.

Bagi majlis persaraan ini, Unit Kokurikulum telah merancang aktiviti konvoi motor dari IPG Kampus Kota Bharu terus ke rumah Hj Wan Din. Raptai program konvoi tersebut telah diadakan sehari sebelumnya pada waktu petang.

Continue reading Majlis Persaraan Hj Wan Mohd Din

Himpunan Formula TDP

BELAJAR DENGAN AKRONIM (BEDAK)

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai formula-formula bagi subjek Teknologi dalam Pendidikan (EDU3053). Saya telah menggunakan kaedah akronim. Sekiranya anda rasa formula-formula berikut dapat membantu anda, sila manfaatkannya. Anda juga bebas untuk mengubahnya mengikut cita rasa anda.

Seterusnya, jika anda mempunyai formula sendiri, saya amat berbesar hati apabila anda sudi berkongsi. Sila komen di ruangan bawah artikel. Berikut ialah beberapa formula yang telah saya cipta:

Continue reading Himpunan Formula TDP