Festival Sukan Asrama (FESMA)

Pada 9 April 2017, merupakan hari pertama kami menyertai pertandingan Bola Tampar peringkat IPGKKB. Setelah hampir 4 tahun tidak berada dalam satu kumpulan, akhirnya kami iaitu Afnan, Mukhlis, Irfan, Arif, Farid, Abd Rahim dan Syahadan berkumpul sekali lagi untuk bertanding.

Sebelum pertandingan bermula, kami telah sepakat membeli baju yang seragam bewarna hitam dengan ditulis nama dan nombor di belakangnya. Kami merupakan wakil tunggal semester 7 dengan nama kumpulan ialah Lacesto. Saya pun tidak pasti macam mana nama Lacesto boleh dipilih. Ianya masih misteri sehingga ke hari ini.

Kumpulan Lacesto, Semester 7.

Kumpulan Lacesto, Semester 7.

Kumpulan Lacesto, Semester 7.

Terdapat 7 atau 8 kumpulan yang bertanding. Saya pun lupa. Istimewanya terdapat 1 kumpulan dari pensyarah lelaki yang turut mengambil bahagian.

Kumpulan Lacesto, Semester 7.

Kumpulan Lacesto, Semester 7.

Walau bagaimanapun, kami tidak berjaya menduduki tiga tempat teratas bagi melayakkan kami mendapat hadiah. Namun saya tetap bangga dan bersyukur dengan rakan-rakan saya. Semuanya tetap bermain dengan penuh semangat kesukanan.

Kumpulan Lacesto, Semester 7.

Semoga persahabatan kita semua diberkati dan berkekalan sehingga membawa ke syurga. Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *