Bengkel Pengenalan App Inventor 2

Pada 21 April 2017, saya telah diberikan kepercayaan untuk berkongsi ilmu berkaitan perisian App Inventor 2 dalam program yang dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Intelektual Muallim, Kelas Sahabat Siswa dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKKB.

Poster program.

Program ini sebenarnya telah dirancang 2 bulan lebih awal. Pelbagai perubahan yang telah dibuat. Apapun, syukur kerana ia dapat juga dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan di kelas P7 dengan penyertaan lebih 30 orang peserta. Pengalaman saya dalam AI2 ini lebih kurang 1 tahun sahaja. Jadi, saya telah nyatakan pada para peserta jika terdapat kesilapan dalam mengajar ianya memang kekurangan di pihak saya. Namun, saya berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Penulis memberikan penerangan tentang AI2.

Peserta program.

Peserta program.

Program ini dijangka habis pada jam 11.45 pagi, namun telah tamat lebih awal iaitu pada jam 11 pagi. Selepat tamat sesi soal jawab, semua peserta dan AJK program bergambar di luar kelas P7. Kemudian, AJK memberikan makanan tengahari kepada semua peserta.

Peserta program.

Kemudian, sebelum saya pulang, AJK telah memberikan saya satu sampul saguhati sebagai tanda penghargaan. Saya amat menghargainya kerana ilmu yang saya kongsikan amatlah sedikit jika mahu dinilai.

Sampul saguhati yang ringkas namun bermakna.

Akhirnya, saya berharap para peserta dapat berkongsi ilmu yang dipelajari dengan rakan-rakan yang lain dan memanfaatkan perisian AI2 untuk kegunaan orang ramai. Semoga berjumpa lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *