Pada 10 – 11 Mac yang lalu, saya telah mengikuti satu program kelolaan Regimen 506 iaitu Kembaraduga Gunung Stong. Saya telah mengetahui tentang aktiviti sebulan lebih awal. Pada mulanya saya kurang berminat untuk menyertainya. Namun, pada saat akhir saya telah berubah fikiran. Saya menyertai aktiviti ini bersama Hannisa Halimi iaitu guru pelatih IPGKKB yang telah menamatkan pengajian pada tahun lepas.
Rekrut Askar Wataniah
Pada cuti pertengahan tahun 2015 ini, saya dan beberapa rakan dari IPG Kampus Kota Bharu telah menawarkan diri untuk mengikuti Kursus Asas Prajurit Muda yang bertempat di Kem Pengkalan Chepa.
Kursus ini adalah selama 1 bulan. Sepanjang kursus tersebut telah banyak saya pelajari. Antara perkara yang paling seronok ialah belajar menggunakan senjata M-16. Seterusnya menembaknya dengan menggunakan peluru hidup dan juga peluru mati. Saya dan rakan diajar tentang disiplin sebagai seorang tentera. Sepanjang kem, penggunaan telefon bimbit adalah dilarang. Jadi, telefon diserahkan kepada jurulatih masing-masing.