Pada 10 Mei 2015, saya dan rakan-rakan yang kebanyakkan adalah penghuni blok D telah melawat Madrasah Tarbiah Aulad di Dabong. Program ini telah diketuai oleh saudara Nur Hardi iaitu Ketua Blok D. Tn Hj Noorizan turut memberikan kerjasama. Beliau telah membawa peralatan memasak dan beberapa makanan yang telah siap dimasak.
Pada mulanya, kami akan bergerak menaiki bas IPG sendiri. Namun terdapat masalah. Jadi, pihak IPG telah menyewa bas dari luar. Perancangan awal ialah mandi di Air Terjun Jelawang. Namun ia berubah di saat-saat akhir. Kami telah pergi mandi di kawasan Madrasah Tarbiyah al-Aulad. Perjalanan adalah lebih kurang selama 2 jam.
Perjalanan ke madrasah ini memerlukan bas untuk mendaki jalan yang agak berbahaya.
Pada banjir besar awal tahun 2015 ini, madrasah ini telah selamat dari banjir tersebut dan hanya mengalami kerosakan kecil. Salah satu kekuasaan Allah. Hal ini adalah kerana secara logiknya madrasah tersebut pasti akan mengalami kerosakan teruk apabila melihatkan kedudukan yang betul-betul berada di laluan sungai utama bawah stesen hidro TNB Sg.Kenerong, Stong, Dabong.
Selepas memunggah barang-barang, kami pun menunju ke tempat mandai. Sebelum mula mandi, Tn Hj Noorizan telah memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan program.
Sebelum mandi, kami terlebih dahulu menunaikan solat dan makan tengahari. Istimewanya bagi makan tengahari, kami makan beramai-ramai di dalam talam atau dulang.
Kemudian, maggi juga disediakan sebagai makanan tambahan. Ucapan terima kasih kepada krew masakan, Emerson, Nizamuddin, Afizan dan Jeremy yang sudi memasak maggi tersebut untuk semua secara sukarela.
Kami tetap seronok dan menikmati pengalaman baharu ini. Sungai di kawasan madrasah ini juga memberikan kepuasan. Istimewanya terdapat gelongsor semulajadi. Mulanya kami berasa takut tetapi penghuni madrasah ini sendiri memperlihat bahawa ia tidak terlalu berbahaya. Namun, kami masih perlu berhati-hati. Kami juga telah memasak maggi bagi mengisi perut yang telah lapar.
Mencuba gelongsor semula jadi.
Mencuba gelongsor semula jadi.
Saya berharap dapat datang lagi ke sini pada suatu hari nanti. Terima kasih kerana membaca.