Cabaran Digital FTSM 2016

Pada 15 Mei 2016, saya dan adik saya, Muhammad Zawawi telah pergi ke Fakulti Teknologi Sains Maklumat di UKM, Bangi. Tujuan kami ke situ adalah bagi menyertai My APP Competition 2016. Kami telah menyertai pertandingan tersebut dalam kategori “Idea Aplikasi”.

Terdapat 15 buah kumpulan yang bertanding. 13 kumpulan dari FTSM sendiri. 1 kumpulan dari UniKL dan satu lagi kumpulan ialah kumpulan saya yang mewakili IPG Kampus Kota Bharu.

IMG-20160515-WA0002Sesi perbentangan.

Saya telah membawa idea berkaitan WIS. Sila klik di sini bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkitan WIS. Apabila diundi, kami ialah kumpulan yang ke-10 bagi sesi perbentangan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sesi perbentangan adalah dalam bahasa Inggeris.

Semasa majlis penutup, kami semua berkumpul di dalam dewan pada jam 3 petang. Sekali lagi, bersyukur pada tuhan kerana kami berjaya mendapat tempat pertama. Aplikasi WIS berjaya menambat hati para juri.

Plak, duit dan sijil.

Semoga aplikasi WIS ini nanti akan dapat memberikan manfaat kepada semua. Sekarang ia masih dalam proses pembinaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *