Cara Memasang Mobile Radio

Pada 29 November 2015, saya telah pergi berjumpa dengan Abg Aimil (9M2AUR) bagi membeli mobile radio. Saya telah bergerak dari rumah dalam jam 8.30 pagi dan tiba di tempat yang dijanjikan lebih kurang jam 9.15 pagi. Kami telah berjumpa di Restoran al-Sabiha yang berada di belakang Giant.

Pergi ke Taman Equin, Seri Kembangan.

Saya telah membeli ICOM-2300H dengan harga RM630. Walaupun, harganya agak mahal tetapi ia tetap berbaloi. Abg Aimil banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat yang sangat berguna. Jadi sekarang saya akan kongsikan cara saya memasang mobile radio tersebut di kereta saya. Cara yang saya kongsikan mungkin terdapat kekurangan dan kelemahan memandangkan ini adalah kali pertama saya memasang radio.

Continue reading Cara Memasang Mobile Radio

Pendakian Bukit Broga

Pada 21 November 2015, saya telah melakukan pendakian solo mendaki Bukit Broga di Semenyih. Pada mulanya, saya bercadang mahu mendaki bersama adik lelaki saya, Muhammad Zawawi. Namun, ia tidak terlaksana disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Jadi, saya telah bergerak dari rumah di Dusun Tua pada 9.10 pagi. Seterusnya, terus menghantar adik saya dahulu ke SMT Kajang bagi mengikuti kelas tambahan. Kemudian saya terus bergerak ke Bukit Broga. Sebelum itu, saya telah membawa sebotol air mineral dan satu peralatan radio sebagai teman sepanjang pendakian.

Continue reading Pendakian Bukit Broga

Himpunan Formula TDP

BELAJAR DENGAN AKRONIM (BEDAK)

Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai formula-formula bagi subjek Teknologi dalam Pendidikan (EDU3053). Saya telah menggunakan kaedah akronim. Sekiranya anda rasa formula-formula berikut dapat membantu anda, sila manfaatkannya. Anda juga bebas untuk mengubahnya mengikut cita rasa anda.

Seterusnya, jika anda mempunyai formula sendiri, saya amat berbesar hati apabila anda sudi berkongsi. Sila komen di ruangan bawah artikel. Berikut ialah beberapa formula yang telah saya cipta:

Continue reading Himpunan Formula TDP