Pada 4 Disember 2015, saya dan beberapa orang rakan lain telah pergi ke Melaka bagi menghadiri kenduri kahwin abang kepada sahabat sekolah menengah kami iaitu Nafi. Saya telah bergerak 1 hari lebih awal iaitu pada 4 Disember 2015 bersamaan hari Jumaat.
Maktabah Ibnu-Kathir
Syukur kehadrat illahi kerana setelah berusaha hampir 3 tahun sejak 2009, maktabah Ibnu-Kathir di SMAP Labu telah mampu menjadi salah satu daripada tempat untuk para pelajar menimba ilmu. Sehingga kini, telah terdapat lebih daripada 50 buah buku terdapat di dalam maktabah ini.
Semuanya ialah hasil daripada sumbangan para pelajar SMAP Labu sendiri. Mudah-mudahan dengan tertubuhnya maktabah ini, para pelajar akan dapat mengisi masa lapang mereka dengan menimba lebih banyak ilmu agar dapat dijadikan panduan dalam kehidupan.
Jamuan Akhir Tahun Ting 5
Persatuan Tingkatan Lima (PERTIMA) telah mengadakan jamuan akhir tahun pada waktu antara kertas Bahasa Arab dengan kertas PQS. Jamuan ini telah diadakan secara ringkas pada waktu malam selepas solat Isyak. Terdapat tiga orang guru yang hadir iaitu Encik Abdul Samat, Cik Zainon dan Cik Halimah. Mudah-mudahan jamuan yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama pelajar tingkatan lima.
In Memory: SMAP Labu
Secara rasminya saya menjadi alumni SMAP pada 13 Disember 2011 selepas selesai menduduki kertas peperiksaan SPM yang terakhir iaitu kertas PQS. Sebenarnya, telah banyak saya pelajari semasa berada di sekolah ini selama 5 tahun.
Pelbagai pengalaman, ujian dan halangan telah saya tempuhi. Saya juga berasa sangat bertuah kerana berpeluang mempunyai kawan-kawan yang sedia menegur saya sekiranya saya melakukan kesilapan dan kesalahan. Mudah-mudahan segala apa yang saya pelajari di SMAP akan menjadi panduan untuk saya menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.