Pada 22 Januari 2016, saya telah menyertai aktiviti barbeku yang dianjurkan oleh skuad 5 di Pantai Sri Telong. Aktiviti ini telah dirancang semasa perjumpaan kali pertama skuad 5 di perpustakaan.
Kami telah bertolak dari IPG Kampus Kota Bharu pada jam 3.30 petang dengan 4 buah kereta. Setibanya di Pantai Sri Telong, kami telah bermain bola tampar. Seterusnya terdapat aktiviti lain yang dijalankan.
Ahli skuad 5 yang menyertai program barbeku.
Saya, Azrul Nizam, Faizi dan Faris bertugas di bahagian memasak. Kami mula menghidupkan api selepas solat Asar. Sementara itu, rakan yang lain mengikuti aktiviti yang telah dirancang oleh ketua skuad iaitu Azrol.
Pada waktu malam, pemandangan di tepi pantai sangat indah. Pantai kelihatan cerah sehingga awan dapat dilihat dengan jelas berikutan bulan purnama penuh.
Foto malam.
Foto malam.
Saya berasa sangat gembira kerana dapat berkenalan dengan rakan skuad 5 yang lain dan menikmati keindahan ciptaan ilahi ini. Alhamdulillah dan subhanalallah.