Pada 27 November 2015, saya telah berpeluang berjumpa semua dengan 2 orang sahabat lama yang sama-sama bersekolah di SK Dusun Tua. Rasanya hampir 5 tahun tidak bersalaman. Alhamdulillah, saya, Syafiq Azlan dan Fakruddin telah berjumpa di kedai Syafiq berdekatan dengan Masjid al-Muttaqin.
Mulanya, kami hanya bersarapan pagi dan berbual-bual. Masing-masing menceritakan kisah masing-masing. Syafiq sudah bekerja sebagai seorang juruukur di Perak manakala Fakruddin pula bekerja di Ampang. Kemudian, kami telah dibawa Fakruddin ke tempat memanah di Darul Hidayah.
Terdapat sebatang anak sungai.
Saya telah pergi dahulu bersama Fakruddin dan Syafiq menyusuli kemudian. Saya dan Sayfiq masih baru lagi dalam aktiviti memanah berbanding Fakruddin. Memanah sudah menjadi hobinya sejak setahun yang lalu.
Mencari dan mengutip semula anak panah.
Target memanah yang disediakan di kawasan tersebut mempunyai tiga jarak yang bebeza iaitu 10m, 20m dan 30m. Saya berasa gembira kerana kali pertama anak panah yang dilepaskan mengenai target yang bernilai 4 markah pada jarak 30m.
Sasaran mengena pada jarak 30m.
Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.