Program App-Tizer

Pada 6 Disember 2015, saya dan adik lelaki saya iaitu Muhammad Zawawi telah pergi mengikut Program App-Tizer yang diadakan di Fakulti Teknologi, Sains dan Multimedia (FTSM), UKM Bangi. Program ini diwawarkan oleh rakan sekolah rendah saya iaitu Aimi Zahirah di dalam kumpulan Whatsapp.

Saya telah tiba di sana dalam jam 9 pagi dan terus membuat pendaftaran. Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap peserta. Berikut ialah jadual program. Slot pertama dimulakan oleh pensyarah FTSM, Mr Ali Kahwaji yang menerangkan tentang App Inventor iaitu perisian yang akan kami gunakan untuk mereka atau mencipta aplikasi telefon mudah alih. Penerangan beliau sangat mudah difahami.

Fasilitator yang merupakan pelajar dari FTSM.

Hasilnya.

Setelah mengikuti program ini, saya telah mencuba dan meneroka sendiri pelbagai fungsi App Inventor. Hasilnya saya telah berjaya membina satu aplikasi yang bernama “My SKTMJ”. Anda boleh carinya di Google Play Store.

Screenshot_2015-12-11-18-02-20My SKTMJ

Sekarang ini saya dalam proses menghasilkan aplikasi yang kedua yang diberi nama “My Repeater”. Saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menghadiri kursus seperti ini. Mudah-mudahan ia dapat dimanfaatkan dalam bidang pendidikan terutamanya bagi subjek Pendidikan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *