Pendakian Bukit Broga

Pada 21 November 2015, saya telah melakukan pendakian solo mendaki Bukit Broga di Semenyih. Pada mulanya, saya bercadang mahu mendaki bersama adik lelaki saya, Muhammad Zawawi. Namun, ia tidak terlaksana disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Jadi, saya telah bergerak dari rumah di Dusun Tua pada 9.10 pagi. Seterusnya, terus menghantar adik saya dahulu ke SMT Kajang bagi mengikuti kelas tambahan. Kemudian saya terus bergerak ke Bukit Broga. Sebelum itu, saya telah membawa sebotol air mineral dan satu peralatan radio sebagai teman sepanjang pendakian.

211120151667Permulaan pendakian.

Saya telah tiba di kaki bukit pada jam 10 pagi. Bayaran RM2 dikenakan kepada mana-mana kenderaan yang ingin meletakkan kenderaan di tempat yang telah disediakan. Pada mula, saya agak risau kerana khuatir tersesat jalan memandangkan kali pertama mendaki Bukit Broga. Namun, jalan untuk mendaki telah siap ditanda bagi memudahkan orang ramai.

211120151654Mendaki cerun yang licin.

211120151653Separuh perjalanan.

Setelah hampir 40 minit, saya tiba di kawasan pertama. Pemandangannya sangat indah. Walaupun jam menunjukkan hampir waktu tengahari, orang masih ramai di atas bukit ini. Alhamdulillah, cuaca tidak begitu panas pada hari tersebut. Perjalanan diteruskan untuk ke bahagian Bukit Broga yang seterusnya.

211120151656Bukit Broga.

211120151655Permandangan dari Bukit Broga.

Setelah hampir 10 minit, saya berjaya tiba di puncak tinjau pertama. Ia adalah berketinggian 1150 kaki dari paras laut.

211120151660Permandangan dari Bukit Broga.

211120151659Puncak Tinjau Pertama.211120151658Puncak Bukit Broga di atas sana.

211120151657Permandangan dari Bukit Broga.

Kemudian, pendakian diteruskan bagi menjejakkan kaki di puncak Buki Broga. Hampir 15 minit diambil untuk ke puncak bukit. Sepanjang pendakian, saya berbual-bual dengan rakan di udara melalui radio. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi berbual.

211120151662Tahniah!

211120151664Tiba di Puncak Bukit Broga.

211120151663Puncak Tinjau Ketiga.

Kemudian, pada jam 11.15 pagi saya bergerak turun dari puncak bukit. Cuaca kelihatan mendung dan kemungkinan hujan boleh turun pada bila-bila masa. Saya berusaha untuk mengelakkan turun ketika waktu hujan atau selepas hujan. Hal ini adalah kerana perjalanan pasti akan bertambah sukar memandangkan jalan akan menjadi lebih licin.

211120151665Puncak bukit yang tidak ditumbuhi pokok-pokok besar.

211120151666Laluan turun.

Tiba sahaja di kereta, hujan pun turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, semuanya selamat. Bagi saya, pendakian Bukit Broga adalah salah satu bukit yang patut didaki bagi sesiapa yang ingin melihat keindahan ciptaan tuhan dan juga bagi mereka yang mahu belajar mendaki bukit.

Pendakian adalah tidak terlalu sukar tetapi tetap memberikan cabaran dan pengalaman yang bermakna. Pendakian kali ini, saya berjumpa dengan kebanyakkannya para mahasiswa dari Universiti Teknologi Malaysia dan terdapat juga 2 kumpulan warga luar negara.

Selamat mendaki!

One thought on “Pendakian Bukit Broga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *