Lawatan ke Phuket, Krabi dan Hat Yai

Pada 28 – 31 Oktober yang lalu, saya telah diberikan peluang untuk melawat 3 buah tempat yang asing bagi saya iaitu Phuket, Krabi dan Hat Yai. Lawatan ini telah diketuai oleh Ust Mohd Nor dan disertai oleh para pensyarah IPGKKB dan beberapa individu luar.

Berikut ialah rekod perjalanan sepanjang 4 hari 3 malam ke Phuket, Krabi dan Hat Yai:

(28/10)

0742: Bertolak dari IPGKKB.

0810 – 0830: Berhenti di stesen minyak Petronas, Bandar Baru Tunjong.

0842 – 0848: Berhenti di stesen minyak Caltex, Salor.

0930: Tiba di Kompleks ICQS Rantau Panjang.

1050 – 1100: Menaiki bas di Kompleks Imigresen Sg Golok.

1110 – 1146: Berhenti tukar duit.

1320 – 1412: Berhenti makan tengahari di Chai Phra.

1600 – 1620: Berhenti di Na Mon.

1826 – 1906: Berhenti solat di Thanom Phet Kasem, Trang.

2210 – 2230: Berhenti di Thap Put.

2245 – 2335: Berhenti makan di Phang-Nga.

0130: Daftar masuk ke Hemingway Hotel.

(29/10)

0930: Daftar keluar hotel.

0934 – 1020: Sarapan pagi di Hawa Kitchen.

1030 – 1100: Tiba di Pantai Patong.

1128 – 1326: Tiba di Galeri Permata, Phuket.

1335 – 1445: Berhenti di Thanon Chaloem Phrakiat, Phuket/ Kedai baju borong. Koordinat: N 7.92817° E 98.37343°.

1512 – 1552: Berhenti makan tengahari di Krua Khun Pan, Phuket.

1615 – 1655: Berhenti di kilang gajus, Thanon Khwang.

1714 – 1752: Solat di Masjid Nuruddee Neeyah.

1802 – 1920: Tiba di Phrom Tep Cape. Tempat matahari terbenam.

2035 – 2109: Berhenti di Thalang.

2328 – 0015: Berhenti makan malam di pasar Krabi.

0020: Daftar masuk ke SP Guesthouse.

(30/10)

0928: Daftar keluar hotel di Krabi.

0932 – 1020: Sarapan pagi.

1022 – 1035: Berhenti ambil dan tukar duit.

1100: Tiba di tempat letak bas.

1128 – 1135: Menaiki bot di Pantai Nopparat Thara.

1150 – 1220: Tiba di Pulau Puteri.

1242 – 1334: Tiba di tempat melihat hidupan air.

1342 – 1440: Tiba di Pulau Poda. Makan tengahari.

1500 – 1548: Tiba di pantai semula. Membersihkan diri.

1815 – 1930: Berhenti solat di Na Yong. Makan malam.

2130: Daftar masuk ke Lee Garden Hotel.

(31/11)

0920: Daftar keluar hotel.

1005 – 1124: Tiba di Nora Plaza.

1127 – 1155: Berhenti di Kedai Rendu. Koordinat: N 7.00547° E 100.48599°.

1328 – 1420: Tiba di Masjid Kerisik.

1538 – 1718: Tiba di Restoran Nasir, Narathiwat.

1804 – 1820: Berhenti di Masjid An-Nur, Mukim Tenkuing.

1855 – 1945: Tiba di Imigresen Sg Kolok.

1958: Tiba di Imigresen Rantau Panjang.

2020 – 2054: Solat di Masjid Beijing, Rantau Panjang.

2200: Tiba di IPGKKB.

Untuk pergi ke Rantau Panjang, kami telah pergi menaiki bas IPGKKB. Semua peserta lawatan adalah seramai 36 orang.

Bas IPGKKB.

Setibanya di sempadan Malaysia, kami perlu berjalan kaki merentasi Sg Kolok menuju ke Kompleks Imigresen Sg Kolok, Thailand.

Imigresen Sg Kolok.

Hj Wan Zil dan En Ibrahim Idris.

Hassan Nor.

Semasa di imigresen ini juga, saya telah membantu Pn Nori bagi mengedarkan teg bag yang telah disediakan oleh beliau untuk diikat di beg-beg yang kami bawa.

Tag beg.

Selepas selesai urusan di Imigresen Sg Kolok, kami pun menaiki bas persiaran yang sebenarnya boleh memuatkan 50 orang. Jadi, memandangkan bilangan kami hanya 36 orang, maka terdapat banyak ruang duduk yang berlebihan. Saya telah duduk di barisan kedua sebelah kiri bas di tingkat atas.

Bas yang kami naiki.

Sebelum bergerak lebih jauh, bas kami telah berhenti di tempat menukar duit. Saya telah menukar duit RM100. Hasil tukaran adalah RM1 bersamaan 0.838 baht.

Tempat menukar duit.

Perjalanan kami ini telah dipandu oleh pemandu pelancong yang dipanggil En Zul atau nama penuh beliau ialah Muhammad Zulkifli.

En Zulkifli.

Suasana di atas bas.

Perhentian kami yang pertama ialah di Chai Phra. Kami telah makan tengahari di situ. Para penduduk di sini masih lagi boleh berbahasa Melayu Kelantan. Harga makanan agak mahal berbanding di Malaysia.

Chai Phra.

Penerangan tentang tempat-tempat yang dilalui.

Semasa di dalam bas, En Zul menerangkan bahawa lebuhraya di Thailand yang sejauh 2000 km lebih adalah bebas tol dan mempunyai 4 lorong. 2 lorong pergi dan 2 lorong pulang. Saya mendapati lebuhraya di Thailand mempunyai kurang selekoh.

Keadaan lebuhraya.

Thanom Phet Kasem, Trang.

Bagi makan malam pula, kami telah berhenti Phang-Nga. Sayangnya, kedai tersebut sudah hampir tutup. Jadi, nasi yang dapat disediakan adalah tidak mencukupi untuk rombongan kami. Saya hanya makan maggi sup sahaja.

Phang-Nga.

Apabila tiba di Phuket, cuaca masih hujan. Kami terpaksa meredah hujan yang agak lebat untuk ke Hemingway Hotel. Pada hari berikutnya, saya dimaklumkan oleh pihak hotel bahawa kawasan hadapan hotel telah dinaiki air.

Pemandangan dari beranda Hemingway Hotel.

Selepas daftar keluar dari hotel, kami telah bersarapan pagi di Hawa Kitchen. Saya hanya membeli roti kosong. Namun, yang mengejutkan ialah harganya sebanyak 40 baht iaitu lebih kurang RM5. Setelah ditanya kepada ahli rombongan yang lain, rupanya harga yang dinyatakan adalah berbeza-beza mengikut peniaga yang terdapat dalam kedai tersebut. Saya membuat kesimpulan bahawa sekiranya anda merasakan harga makanan yang anda makan terlalu mahal atau tidak munasabah, sila bertanya dengan pekerja kedai yang lain.

Hawa Kitchen.

Suasana di bandar Phuket.

Seterusnya, kami melawat Pantai Patong. Di sini saya boleh melihat salah sebuah hotel yang terdapat dalam rakaman semasa tsunami melanda pada tahun 2012 yang lalu.

Kawasan perkuburan Islam.

Kemudian, kami telah pergi ke Galeri Permata. Istimewanya, galeri ini mempunyai akuarium yang besar dan menempatkan pelbagai jenis hidupan laut. Terdapat juga 2 ekor penyu.

Ruang legar utama Galeri Permata Phuket.

Sebelum melihat galeri permata, kami perlu menaiki kenderaan yang saya panggil sebagai keretapi masa. Kemudahan ini adalah seperti di Pertrosains, Kuala Lumpur. Saya menaiki keretapi tersebut, kami telah ditayangkan dan diperdengarkan sejarah permata di Thailand. Penerangan yang diberikan adalah dalam Bahasa Melayu dengan loghat Thai.

En Nik Azhar dan Tn Hj Hashim.

Bendera Malaysia di skrin keretapi.

Ruang membentuk barangan permata yang ditempah pelanggan.

Pertukangan barangan permata.

Gambar-gambar yang diambil di dalam galeri permata adalah tidak banyak. Hal ini adalah kerana para pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar.

Permata yang dijual mencecah puluhan ribu ringgit.

Seterusnya, kami telah pergi ke kedai baju borong di Thanon Chaloem Phrakiat, Phuket. Harga baju-baju di sangat murah. Jika, pembeli membeli 10 baju ke atas, maka peniaga akan memberikan 1 lagi baju percuma. Saya bersyukur kerana telah diberikan 1 baju percuma setelah mengambil gambar Hj Wan Zil bersama dengan pemilik kedai.

Papan tanda utama kedai baju.

Krua Khun Pan, Phuket.

Kilang gajus, Thanon Khwang.

Masjid Nuruddee Neeyah, Phuket.

Seterusnya, kami telah melawat di salah satu tempat destinasi utama pelancongan iaitu tempat melihat matahari terbenam. Di sini juga, saya telah membantu Hj Wan Zil mengambil gambar beliau yang berpakaian baju Pengakap Malaysia yang lengkap.

Menara Api di Phrom Tep Cape.

Bergambar berlatar belakangkan matahari terbenam.

Selepas itu, kami telah bergerak menuju ke Krabi. Perjalan ke Krabi dari Phuket pula mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Hj Wan Zil.

Setibanya di Krabi, kami telah berhenti di pasar malam untuk makan malam. Saya hanya makan pancake coklat sahaja dengan harga 30 baht.

Pasar malam di Krabi.

Pada malam tersebut, kami telah ditempatkan di 3 buah hotel yang berlainan tetapi berdekatan memandangkan SP Guesthouse yang kami tempah tidak dapat menampung bilangan 17 buah bilik.

Sarapan pagi bersama Hj Wan Din.

Aktiviti utama kali ini ialah melawat pulau-pulau di Krabi. Setiap orang perlu membayar 800 baht bagi perkhidmatan bot dan makan tengahari. Antara aktiviti yang diadakan juga ialah melihat hidupan air dengan menggunakan kaca mata.

Menuju bot.

2 buah bot digunakan.

Ust Fahmy.

Bergambar di dalam bot sebelum bergerak.

Sampai di Pulau Puteri.

Pulau Puteri.

Pn Nooriah dan En Anuar.

Hj Wan Din.

Bot yang satu lagi.

Bagi aktiviti melihati hidupan air, saya merasa agak kecewa kerana keadaan air yang keruh dan hidupan laut yang kurang. Saya berpendapat keadaan di Pulau Perhentian lebih cantik yang mempunyai terumbu karang yang lebih banyak dan pelbagai.

Aktiviti melihat hidupan air.

Aktiviti melihati hidupan air.

Jasper dan Robin.

Aktiviti melihati hidupan air.

Semasa di Pulau Poda pula, kami telah makan tengahari yang disediakan secara bufet. Keadaan tandas di pulau ini juga terjaga dan bersih walaupun terdapat ramai pengunjung.

Hj Wan Din dan En Ibrahim di Pulau Poda.

En Shahrun, Hj Wan Din, En Ibrahim dan En Anuar.

Penulis, En Shahrun, Hj Wan Din dan En Anuar.

Masjid An-Nur, Mukim Tenkuing.

Setibanya kami di imigresen Thailand, cuaca adalah hujan renyai. Terdapat amalan yang amat saya tidak sukai iaitu rasuah. Kami telah ditawarkan untuk tidak perlu berbaris untuk mengecop passport. Hanya perlu membayar RM15 sahaja. Namun, kami menolak dan memilih untuk tetap berbaris. Kami menghabiskan masa lebih 1 jam di sini.

Cop keluar di Imigresen Thailand.

Setelah selesai mengecop passport, kami berjalan laju ke Imigresen Malaysia kerana hujan mulai turun dengan agak lebat. Selesai perjalanan saya selama hampir 4 hari 3 malam di bumi Thailand.

Terdapat perlbagai kisah yang ingin dikongsikan namun tidak dapat ditulis kerana keterbatasan masa dan hal-hal lain. Sebarang pertanyaan, para pembaca boleh ajukan di ruangan komen. Akhirnya, bersyukur kerana semuanya berjalan dengan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *