Antena Homebrew Flower Pot

Pada 8 Jun 2016, saya dengan dibantu Abg Nazari (9W2NDQ) telah menghasilkan antena flower pot single band bagi 2m. Perancangan bermula 2 minggu sebelum itu lagi, apabila saya pergi berjumpa dengan Abg Nazari setelah lama tidak bersalaman di daratan dan Abg Nazari juga jarang memancar di linking ASTRA. Beliau menyatakan kesudian beliau untuk mengajar dan membantu saya membuat antena.

Jadi, semasa cuti pertengahan tahun, saya telah pergi mencari bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat antena flower pot tersebut. Sepanjang proses mencari bahan ini, saya banyak mendapatkan nasihat daripada Abg Aimil (9M2AUR). Sebelum mencari bahan, amat penting untuk kita mengenal pasti gambar rajah antena yang ingin dibina. Pada mulanya, saya mahu membina antena flower pot dual band.

Namun setelah difikirkan semula, saya bermula dengan yang mudah terlebih dahulu. Jadi saya pilih single band flower pot antena.

Single Band Flower Pot Antenna.

Jadi, antara bahan yang diperlukan ialah paip elektrik, wayar RG58 dan cable connector. Secara kasarnya, saya hanya membelanjakan tidak lebih dari RM50 bagi menghasilkan antena ini. Syaratnya, alat-alat untuk membuat antena seperti alat pateri dan lain-lain, sudah pun anda miliki.

Saya dan Abg Nazari mula membuat antena dalam jam 3 petang di rumah Abg Nazari di Bukit Belacan, Ampang. Abg Nazari telah mengajar dan menunjukkan beberapa cara dalam membuat antena. Alhamdulillah pada jam 5.30 petang, antena telah siap. Seterusnya, masa untuk uji pancar. Kami berjaya mendapatkan respon rakan-rakan di RAKL mengenai kualiti audio.

Hasilnya ialah QRK 4. Sayangnya, tiada SWR meter untuk menguji antena tersebut.

IMG-20160608-WA0020Antena Homebrew Flower Pot.

Jadi, pada 22 Jun 2016, saya telah berjumpa dengan Abg Affandy (9W2IDF) bagi meminjam SWR meter beliau. Saya telah mendirikan antena homebrew tersebut di Pengkalan Chepa dengan ketinggian 35 kaki dari paras bumi. Hasilnya, bacaan SWR meter ialah 1.1 sahaja.

Bacaan SWR meter.

Hanya menggunakan handy jenis TYT dan kuasa pancara 5 watt, saya berjaya TX ke 10 pengulang yang berlainan di sekitar Pengkalan Chepa. Antaranya ialah 9M4RAC, 9M4RTM dan 9M4RGT.

Alhamdulillah kerana hasilnya sangat memuaskan hati. Walaupun pada mulanya memang sukar untuk kita menghasilkan antena sendiri, namun setelah berusaha, hasilnya pasti tidak akan mengecewakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *