Pada 13 Februari sehingga 15 Februari saya dan rakan-rakan telah menyertai program Ekspedisi Mendaki Gunung Jerai yang dianjurkan oleh Persatuan Intelektual Muallim (PIM). Saya telah ditetapkan berada dalam kumpulan 3.
Apakah Perbezaan antara IPTA dan IPTS?
Selamat tahun 2021.
Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan di ruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda.
Apa itu IPTS?
IPTS ialah singkatan bagi Institut Pengajian Tinggi Swasta. IPTS juga dikenali sebagai kolej swasta yang belanjawannya dibiayai sepenuhnya melalui bayaran yuran oleh pelajar-pelajar. Hal ini berbeza dengan kolej awam yang dibiayai sebahagiannya atau sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Kolej swasta di Malaysia perlu memohon kepada Kementerian Pendidikan bagi mendapat lesen untuk beroperasi.
Apa itu Universiti APEX?
Pinjaman MARA
Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, pasti anda sedang berkira-kira tentang institusi dan kos yang perlu ditanggung sepanjang pengajian. Memilih kursus dan institusi pengajian bukanlah semudah yang disangka. Ianya perlu berkaitan dengan minat yang anda ingin ceburi.
Kos pengajian juga memainkan peranan penting bagi menjamin kedudukan kewangan selepas tamat belajar. Pada masa ini, terdapat 2 pemberi pinjaman pelajaran yang sering kita ketahui iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Doa Majlis Pertunangan
Segala kepujian dan kesyukuran ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah dan perlindungan kepada kami kerana dapat berhimpun bagi majlis pertunangan pada hari ini dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Kami memohon kepada-Mu juga, semoga diperkukuhkan persaudaraan, diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita kami agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah.
Kami memuji Engkau, ya Allah, yang telah menggerakkan hati dan merezekikan putera kami … (Nama) dan puteri kami … (Nama) untuk saling mencintai. Ya Allah, sumber segala barakah, curahkanlah berkat-Mu atas cinta mereka dan bimbinglah saudara kami ini dalam masa pertunangan mereka. Semoga mereka mencari keredaan-Mu dengan hati yang ikhlas dan memperoleh kebaikan-Mu yang berlimpah.
Ya Allah, kerana ehsan-Mu, dua pasangan ini dapat saling bertemu. Maka, Engkau kuatkanlah hati mereka, agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan bertumpu pada iman. Semoga mereka saling menghargai, saling mengasihi dengan kasih sejati, saling belajar mengenal, dijauhkan dari hawa nafsu yang tidak teratur, sehingga terlaksanalah pembangunan peribadi yang saling melengkapi antara satu sama lain.
اللَّهُمَّ ! إِنِّا نَسْألُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ ، وَالعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنَا حُبَّكَ
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu untuk selalu cinta kepada-Mu, mencintai orang yang selalu mencintai-Mu, dan amal yang dapat menyampaikan kami untuk mencintai-Mu. Ya Allah, berkatilah kedua-dua saudara kami ini. Kini mereka memohon rahmat-Mu untuk memasuki masa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan. Kami bermohon, semoga tercapailah cita-cita mereka membangun keluarga yang bahagia, rahmah dan mawardah.
Nota Ringkas PQS (Tingkatan 4)
Alhamdulillah, usaha selama beberapa tahun telah membuahkan hasil. Saya persembahkan kepada anda semua mengenai satu buku yang ditulis oleh saya iaitu “Nota PQS (Tingkatan 4)”. Bagi pengetahuan semua, buku yang terbaharu ini adalah merupakan cetakan kedua yang telah disemak, ditambah baik dan ditulis semula.
Universiti Terknologi Petronas (UTP)
UTP offers a wide range of engineering and technology programmes at undergraduate and postgraduate levels complemented with a strong focus on Research and Development. All the programmes are designed with high industry relevance to provide a dynamic learning environment.
The University has three main faculties – Faculty of Engineering, Faculty of Geosciences and Petroleum Engineering and Faculty of Science and Information Technology.
Meanwhile, the Department of Management and Humanities provides courses that are aimed at producing well-rounded graduates who will possess not only the latest competencies in Engineering, Science and Technology, but also other qualities such as strong leadership, good behavioral and communication skills, analytical thinking ability, as well as managerial, business and social competencies.
Percutian ke Sabah
In Shaa Allah atau Insya-Allah?
Tersebar dalam Facebook menyatakan tulisan Insya-Allah ialah salah. Sepatutnya perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini?
Jika di Malaysia, kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan atau transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat
Sila rujuk laman web berikut:
Di Malaysia kita sudah sedia maklum, apabila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah. Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, dalam kalimah arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis إنشاء الله yang bermaksud mencipta Allah. Sepatutnya ditulis إن شاء الله yang bermaksud sekiranya dikehendaki Allah.
Dalam tulisan rumi, kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna – Dengan Izin Allah.
Penanda Wacana dalam Bahasa Arab
BeDAK: Belajar Dengan Akronim.
Pada kiriman kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai penanda wacana dalam bahasa Arab. Sebagaimana yang kita tahu, penanda wacana memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karangan bagi memastikan terdapatnya kesinambungan idea. Moga-moga, artikel kali ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.