Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, pasti anda sedang berkira-kira tentang institusi dan kos yang perlu ditanggung sepanjang pengajian. Memilih kursus dan institusi pengajian bukanlah semudah yang disangka. Ianya perlu berkaitan dengan minat yang anda ingin ceburi.
Kos pengajian juga memainkan peranan penting bagi menjamin kedudukan kewangan selepas tamat belajar. Pada masa ini, terdapat 2 pemberi pinjaman pelajaran yang sering kita ketahui iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).