Pada 2 Jun 2014, saya dan kakak bersama keluarganya telah pergi ke Farm in The City di Seri Kembangan. Berikut ialah perjalanan saya:
Magic Annexe Shop
Pada 29 Mei 2014, saya telah pergi ke Magic Annexe Shop di Petaling Jaya. Tujuannya bagi membeli satu ‘Card Deck’ Bicycle yang berharga RM16. Walapun mungkin kurang berbaloi tetapi saya tetap tidak berasa sia-sia kerana saya tetap mendapat pengalaman baharu. Berikut ialah perjalanan saya:
Percutian Pertengahan Tahun
Alhamdulillah pada cuti pertengahan tahun 2014, saya dan 3 orang rakan lagi iaitu Irfan, Abd Rahim dan Farid telah bercuti bersama-sam ke Kuala Lumpur. Berikut ialah coretan perjalanan cuti kami bersama:
Jamuan Akhir Sem 1 (PISMP)
Pada 20 Mei 2014, kami telah mengadakan jamuan akhir bagi Semester 1 (PISMP) di Perdana Beach Resort. Sebelum memulakan aktiviti jamuan, kami terlebih dahulu berkumpul di tepi pantai bagi berkongsi rasa dan cerita sepanjang 1 semester bersama. Pemilihan ketua dan penolong ketua bagi semester akan datang iaitu semester 2 juga telah diadakan. Jamuan telah diadakan di Senangin Restaurant yang terletak dalam Perdana Beach Resort.
Aktiviti Memanah di Kota Bharu
Pada 21 April 2014, saya bersama ahli-ahli Lajnah Multimedia dan Publisiti telah mengikuti program yang dianjurkan oleh AMT LaMP iaitu aktiviti memanah di Rainbow Archery Sport, Kota Bharu. Berikut ialah perjalanan program:
1740: Bergerak dari IPGKKB (Bersama Fadhil, Luqmanul Hakim dan Syafiq).
1742: Mengisi minyak di Pertronas Cabang Tiga (RM10).
1814: Tiba di KB Mall (Irfan dan Syahmi pergi dengan motorsikal).
1830: Tiba di Rainbow Archery Sport, Kota Bharu (Setiap orang membayar RM17 + 6 orang) (4 orang ahli LaMP perempuan juga sertai) (Setiap orang diberikan 21 anak panah).
1910: Selesai melakukan aktiviti memanah.
1919: Bergerak pulang ke IPGKKB.
1935: Solat Maghrib di PT (Abg Luqman pergi BSN).
2000: Makan malam di Restoran Siam (Amir dan Afifi menempah makanan).
2057: Tiba di IPGKKB.
Forum Perdana Ehwal Islam
Alhamdulillah pada 17 April 2013 iaitu hari Khamis, saya dan rakan-rakan telah mengikuti program Forum Perdana Ehwal Islam di Hotel Perdana, Kota Bharu. Guru pelatih IPG telah dijemput untuk memeriahkan lagi forum yang diadakan. Satu bas IPG telah digunakan bagi membawa rakan-rakan yang lain.
Saya telah pergi dengan kenderaan sendiri kerana tidak dapat menaiki bas. Saya hanya boleh bertolak dari IPG selepas solat Maghrib kerana terdapat urusan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 2014
Alhamdulillah, saya telah berjaya mengikuti program Bina Insan Guru (Fasa 1) yang diadakan di Kem Rekreasi, Pantai Merang. Program ini telah diadakan selama 4 hari 3 malam. Seramai 48 orang perserta telah mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini iaitu seramai 39 orang dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan 9 orang dari program j-QAF.
Saya telah ditempatkan di dalam kumpulan 2 yang terdiri daripada 8 orang dan 2 orang daripada ahli kumpulan kami ialah pelajar j-QAF:
Lawatan ke Kuala Terengganu
Pada 28 Mac 2014 hingga 30 Mac 2014, saya telah menemani ayah ke Terengganu. Berikut ialah rekod perjalanan.
Jumaat (28/3):
1525: Menemani ayah ke Terengganu bersama ibu menggunakan kereta Avanza.
1606: Tiba di Kajang untuk mengambil tanda nama yang ditempah RM10.
1624: Mengisi minyak di Petronas Grand Saga 2 (Solat Asar).
1850: Tiba di R&R Temerloh (Makan malam) (Solat Jamak dan Qasar bagi Maghrib dan Isyak).
Lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN)
Pada 26 Mac 2014, saya telah pergi ke Pusat Sains Negara bagi mendapatkan pengalaman dan mempelajari ilmu baru. Berikut ialah rekod perjalanan:
0958: Bertolak dari Dusun Tua. Sarapan roti telur di Restoran Nasi Dagang.
1015: Bergerak ke Pusat Sains Negara (PSN).
1103: Tiba di PSN. Terjumpa dengan bas SMAP Labu (WJW6964) (Berjumpa pelajar SMAP Labu daripada Kohort 2) (Memasuki pameran 1001 Inventions, RM20 dan pameran Science of Fear, RM8).
1427: Bergerak dari PSN.
1512: Tiba di Pertronas Nanding (Solat Zuhur) (Makan di Restoran Maju Corner).
1400: Tiba di Dusun Tua.
Islamia Youth Forum 2014
Pada 21 Mac 2014 sehingga 22 Mac 2014 yang lepas. Saya telah mengikuti satu program yang bernama “Islamia Youth Forum 2014” yang telah diadakan di SMS Sains Banting. Program ini telah dijalankan selama 4 tahun. Namun, hanya pada tahun ini saya mengetahui wujudnya program sebegini.