Jamuan Akhir Sem 1 (PISMP)

Pada 20 Mei 2014, kami telah mengadakan jamuan akhir bagi Semester 1 (PISMP) di Perdana Beach Resort. Sebelum memulakan aktiviti jamuan, kami terlebih dahulu berkumpul di tepi pantai bagi berkongsi rasa dan cerita sepanjang 1 semester bersama. Pemilihan ketua dan penolong ketua bagi semester akan datang iaitu semester 2 juga telah diadakan. Jamuan telah diadakan di Senangin Restaurant yang terletak dalam Perdana Beach Resort.

Continue reading Jamuan Akhir Sem 1 (PISMP)

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 2014

Alhamdulillah, saya telah berjaya mengikuti program Bina Insan Guru (Fasa 1) yang diadakan di Kem Rekreasi, Pantai Merang. Program ini telah diadakan selama 4 hari 3 malam. Seramai 48 orang perserta telah mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini iaitu seramai 39 orang dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan 9 orang dari program j-QAF.

Saya telah ditempatkan di dalam kumpulan 2 yang terdiri daripada 8 orang dan 2 orang daripada ahli kumpulan kami ialah pelajar j-QAF:

Continue reading Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 2014