Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 2014

Alhamdulillah, saya telah berjaya mengikuti program Bina Insan Guru (Fasa 1) yang diadakan di Kem Rekreasi, Pantai Merang. Program ini telah diadakan selama 4 hari 3 malam. Seramai 48 orang perserta telah mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) pada kali ini iaitu seramai 39 orang dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan 9 orang dari program j-QAF.

Saya telah ditempatkan di dalam kumpulan 2 yang terdiri daripada 8 orang dan 2 orang daripada ahli kumpulan kami ialah pelajar j-QAF:

1. Jeremy Chia.

2. Aziana Sait.

3. Eve Erristy Ignatius.

4. Zuliana (j-QAF).

5. Ahmad Najib (j-QAF).

6. Yasmin.

7. Mukhlis Samsuddin.

Selain itu, saya telah ditugaskan sebagai penghulu dan dibantu oleh penghuluwati iaitu Intan Zurina. Berikut ialah jadual program:

Jadual program.

Berikut pula ialah aktiviti yang berlaku sepanjang program BIG tersebut:

Isnin (7/4):

0800: Taklimat BIG di hadapan Dewan Wawasan.

0833: Bertolak dari IPGKKB dengan bas.

0856: Mengisi minyak di Stesen Shell Chicha.

0951: Tiba di Bandar Pasir Puteh (Sarapan pagi) (Menempah 6 bungkus hadiah, RM25 di Kedai A.B.C.D)(Satu cenderamata, RM25 iaitu jam dinding).

1123: Bergerak dari Bandar Pasir Puteh.

1257: Tiba di Taman Rekreasi, Pantai Merang.

1321: Taklimat perkhemahan oleh En Rosmadi (Memasang khemah).

1402: Makan tengahari (Nasi ayam dan air sirap).

1500: Solat Zuhur dan Asar secara Jamak dan Qasar (Afnan menjadi imam).

1517: Taklimat jadual pelaksanaan oleh Tn Hj Md Noor (Taklimat persembahan oleh En Ibrahim Idris)

1633: Minum petang (Keropok lekor dan air sirap).

1650: Panduan ketika kecemasan dan asas bantu mula oleh En Hazidi.

1830: Taklimat sistem giliran tugasan oleh Tn Hj Md Noor (Ditugaskan untuk memasak).

1923: Selesai memasak.

2008: Selesai solat Maghrib dan Isyak secara Jamak dan Qasar.

2015: Tazkirah oleh Ust Abd Satar.

2045: Makan malam.

2115: Sesi ‘Ice Breaking’ oleh Che Othman Che Wil.

2300: Selesai program.

Selasa (8/4):

0031: Bertugas sebagai sentri dalam kumpulan 2.

0130: Tugasan sentri tamat.

0530: Bermula sif memasak.

0610: Solat Subuh berjemaah.

0700: Senaman pagi.

0800: Sarapan pagi.

0850: Aktiviti Air 1 (Kumpulan 1, 2 dan 3 memulakan aktiviti kayak) ( En Norman, En Ibrahim dan En Zamery).

Taklimat aktiviti berkayak.

1137: Rehat (Makan tengahari iaitu nasi puteh, ayam goreng dan roti sardin) (Air tea-o dan oren ais).

1224: Aktiviti Air 2 (Keyakinan Diri di Air) (Kumpulan 1, 2 dan 3 oleh En Rosmadi dan Tn Hj Aziz).

1448: Selesai menjalankan aktiviti di air.

1550: Solat Zuhur dan Asar secara Jamak dan Qasar.

1610: Minum petang (Cucur tepung, pisang goreng dan air oren ais).

1635: LDK 1 oleh Che Othman Che Wil)

1815: Tamat LDK 1 (Bermain bola pantai).

1855: Persiapan solat.

2012: Makan malam (Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak dan Qasar).

2050: LDK 2 oleh Che Othman Che Wil (Slot 1: Tayangan video mengenai kisah Cikgu Azlee, guru di pedalaman) (Slot 2: IMKS, Inventori Minat Kerjaya Sidek).

2230: LDK 2 selesai.

Rabu (9/4):

0500: Bangun (Membantu Aziana dan Khatijah di dapur).

0615: Solat Subuh (Tazkirah oleh Ahmad Najib).

0700: Permainan 1 oleh En Rosmadi..

0750: Raptai majlis penutup.

0815: Sarapan pagi (Mee goreng dan air tea-O).

0900: Taklimat ‘Jungle Trekking’.

0937: Aktiviti bermula. Mendaki sehingga ke puncak bukit. Di situ terletaknya Balai Cerap Kusza UniSZA.

Balai Cerap KUSZA UniSZA.

Jeremy dan Ahmad Najib.

1050: Hentian 1 (Roti dan kaya disediakan).

1108: Mula bergerak. Selepas turun dari puncak bukit. Kami melalui jalan pantai untuk ke hentian yang seterusnya. Dari pantai, kita boleh melihat Pulau Redang.

Pulau Redang.

Pantai Besut.

1135: Tiba di tapak memasak.

1310: Penilaian masakan.

1353: Bergerak ke Jeti Lama Pulau Redang.

1430: Tiba di jeti. Air di jeti sangat jernih seolah-olah saya sedang berada di Semporna, Sabah.

Jeti Lama Pulau Redang.

1448: Amali pertolongan cemas. Mukhlis telah dipilih untuk dijadikan model yang akan cedera di bahagian kepala dan patah peha di sebelah kanan. Yasmin pula patah tangan kanan.

1505: Tiba di Taman Rekreasi, Pantai Merang.

1532: Rehat.

1705: LDK 3 oleh Che Othman Che Wil (3 Tayangan video berkaitan murid-murid berkeperluan khas).

1815: Sif memasak.

1945: Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak dan Qasar.

2015: Latihan persembahan malam kebudayaan.

2110: Makan malam.

2150: Malam Kebudayaan. Kumpulan 2 mempersembah sketsa bertajuk “Ku Tunggumu di ICU”.

2330: Majlis selesai. Ust Abd Satar telah membuat satu gimik yang mengatakan salah seorang daripada peserta BIG kali ini terpaksa dihantar pulang dan dikeluarkan daripada IPG kerana beberapa sebab. Pelajar tersebut ialah abang Ahmad Najib (j-QAF). Semua ahli kumpulan 2 dan pelajar j-QAF yang lain pergi ke hadapan bagi mempertahankan abang Ahmad Najib.

2343: Taklimat laporan BIG oleh Tn Hj Md Noor.

0025: Taklimat selesai (Bertugas menyiapkan sarapan pagi iaitu sambal dan telur rebus).

Khamis (10/4):

0315: Tidur.

0515: Bangun tidur bagi memasak nasi lemak (Abg Najib membantu).

0630: Solat Subuh.

0715: Senaman pagi.

0755: Sarapan pagi (Nasi lemak dan air tea-0).

0825: Mengemas khemah.

0945: Raptai penuh majlis penutup.

1005: Rehat.

1015: Majlis penutup (Majlis penyampaian hadiah). Kumpulan 2 telah memenangi hadiah bagi aktiviti kayak.

1100: Minum pagi.

1130: Najib dan rakan-rakan lelaki j-QAF yang lain bergerak pulang.

1228: Mula bergerak dari Kem Rekreasi, Pantai Merang dengan menggunakan bas.

1430: Tiba di Masjid Mahmudi, Bachok (Solat Zuhur dan Asar secara Jamak dan Qasar) (Makan petang).

1538: Bergerak ke IPGKKB.

1610: Tiba di IPGKKB (Menghantar peralatan).

1617: Tiba di asrama.

Semoga ilmu yang diperolehi sepanjang program BIG ini akan dapat dimanfaatkan. Selain itu, persahabatan yang baharu dicipta dengan guru pelatih j-QAF juga diharap dapat berpanjangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *