Program Bantuan Pasca Banjir

Pada 21 Januari 2016, saya bersama lagi 2 orang rakan iaitu Abd Rahim dan Arif Fahmi telah menyertai satu program bantuan pasca banjir yang dianjurkan oleh Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia. Sebelum program bermula, kami telah berkumpul di Mydin Kubang Kerian.

Program ini sebenarnya telah dimaklumkan oleh En Hishamudin Jamiran iaitu pensyarah di IPG Kampus Kota Bharu. Beliau menjemput mana-mana guru pelatih yang berkelapangan untuk menyertai program bantuan ini. Berikut ialah rekod perjalanan program:

Continue reading Program Bantuan Pasca Banjir

Forum Perdana Ehwal Islam

Alhamdulillah pada 17 April 2013 iaitu hari Khamis, saya dan rakan-rakan telah mengikuti program Forum Perdana Ehwal Islam di Hotel Perdana, Kota Bharu. Guru pelatih IPG telah dijemput untuk memeriahkan lagi forum yang diadakan. Satu bas IPG telah digunakan bagi membawa rakan-rakan yang lain.

Saya telah pergi dengan kenderaan sendiri kerana tidak dapat menaiki bas. Saya hanya boleh bertolak dari IPG selepas solat Maghrib kerana terdapat urusan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Continue reading Forum Perdana Ehwal Islam