This writing is for anybody that keeps asking me when to get married? Do you have someone that is special? What is the characteristics that your future wife must have? etc.
My answer is:
I am not too desperate to get married. For me, I want to finish my study first. I have told my family that there is a possibility that my younger brother and sister may get married first. However, if I want to have a wife, there are a few characteristics that she must have.
First of all, I will choose a person that has a religious background. Besides that, I want a beautiful wife. As we know that beauty is subjective and it depends on the eyes of the beholder. I will choose a wife that will understand my responsibilities. I love to travel a lot. I also want her to understand that she is not the most person that I love. This is because in Islam our love for Allah and our prophet, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wa Sallam, must be our priority.
Furthermore, I also must manage my love toward my parents. So, I want my wife to understand that situation. She must not be too sensitive. My wife also must have a pleasant looking face. Her height also must not too short which is around 165cm until 175cm. This is because my height is 180cm.
Besides that, if I can choose, I will choose a person that works in different fields which is not a teacher to be my wife. This is not because I do not like a teacher. It is only that I want to challenge myself to manage the differences among us, my wife and I. I also want to know how her work affects her daily life. Other than that, I will choose a wife that younger than me or has the same age as me.
Lastly, if you ask me, whether now I have found my future wife, I will say that I am still searching for the best candidate. When the time has come, I will proceed to the next step.
What I have written is from my own opinion. Other people may have their own opinion and you are free to share it with me.
Salam Zmd94. Semoga anda dikurniakan seorang isteri yang solehah dan cantik di mata anda. Sekiranya tidak keberatan saya mahu meminta pendapat anda. Anak saya telah mendapat tawaran program Matrikulasi di Pontian, Asasi dan UTP. Dia adalah lepasan TIKL dalam Elektrik dan mahu menyambung minat dia dalam bidang tersebut. Baru-baru ini dia telah mendapat tawaran Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer di UIA. Asasi UIA perlu mempelajari bahasa Arab dan tidak menawarkan bidang Elektrik. UTP tiada masalah, memang ada menawarkan program asasi dalam bidang Elektrik. Perkara yang merungsinkan adalah dari segi kos dan cara pembelajaran di sana. Boleh berikan pandangan?
Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.
Assalamualaikum. Berdasarkan pembacaan saya, saudara tidak menyukai seorang guru. Saya bukan tidak bersetuju, cuma mahu saling memperingati sesama kita. Kita tidak akan berjaya jika tidak wujudnya seorang guru. Maaf sekiranya ia berbunyi agak kasar tetapi ibu saya adalah seorang guru. Saya tahu penat lelahnya mahu mendidik anak bangsa. Sebagaimana umumnya mengetahui bahawa guru-guru ialah ibu bapa kedua kita di sekolah. Pernah dengarkan sebelum ini? Maaf sekiranya saudara terasa hati. Hal ini adalah pendapat saya :’)
Sharing is caring.
Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana sudi memberikan pandangan. Pada hemat saya, anda adalah seorang perempuan. Sekiranya salah, mohon dikoreksikan.
Bagi pengetahuan saudari, ibu saya juga seorang guru. Malah, kakak saya yang sulung juga merupakan seorang guru dan berkahwin pula dengan seorang guru juga. Jadi, kemungkinan saudari telah silap memahami apa yang ingin saya sampaikan dalam penulisan saya ini. Hal ini mungkin juga disebabkan kelemahan saya dalam menerangkan kepada orang lain. Jadi, maafkan saya.
Jadi, apabila saudari membaca dan meneliti semula apa yang telah saya nukilkan adalah seperti berikut:
“Besides that, if I can choose, I will choose a person that works in different fields which is not a teacher to be my wife. This is not because I do not like a teacher. It is only that I want to challenge myself to manage the differences among us, my wife and I.”
Sebenarnya, saya tidak pernah mengatakan bahawa saya tidak menyukai seorang guru. Kenapa pula saya mahu berbuat sedemikian, sedangkan ibu, kakak saya yang sulung dan juga abang ipar saya adalah merupakan seorang guru. Jadi, apa yang saya cuba sampaikan ialah sekiranya saya mempunyai pilihan untuk memilih (“if I can choose”), antara 2 orang wanita yang terpuji akhlaknya dan juga menawan paras rupanya. Namun, seorang ialah guru manakala seorang lagi ialah bukan guru, maka kemungkinan besar saya akan memilih yang bukan guru. Hal ini bukanlah kerana saya tidak menyukai seorang guru. Saudari perlu faham apa yang saya nyatakan dalam ayat yang seterusnya daripada petikan di atas.
“It is only that I want to challenge myself to manage the differences among us, my wife and I.”
Namun, saya juga tidak menolak sekiranya memang saya telah dijodohkan mengahwini seorang guru. Harap saudari jelas dengan penerangan saya.
Assalamualaikum, saya harap anda akan mendapat calon isteri seperti yang anda senaraikan di atas. Saya nasihatkan anda supaya terima calon isteri anda dengan seadanya sekiranya dia tidak tersenarai dalam beberapa ciri-ciri calon isteri yang anda inginkan misalannya tingginya. Hal ini adalah kerana utamakan 4 ciri-ciri calon isteri yang Rasulullah telah ajarkan jika ingin mencari yang terbaik iaitu agamanya, hartanya, keturunannya dan kecantikannya.
Walau bagaimanapun, ciri-ciri calon isteri seperti di atas merupakan ciri-ciri sampingan yang baik. Saya suka dengan ciri-ciri seperti yang anda nyatakan di atas. Maaf jika terkasar bahasa mahupun menyinggung perasaan anda. Saya doakan anda semoga mendapat calon yang terbaik. Komen ini cuma pendapat dan pandangan saya. Sekian. 🙂
Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana memberikan pandangan. Saya amat menghargainya. Saya sedar bahawa aspek agama perlu diberikan keutamaan berbanding 3 aspek yang lain. Oleh kerana itu, setiap individu digalakkan sentiasa berdoa dengan doa yang di bawah yang diambil dari surah al-Furqan, ayat ke-74:
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata (penyenang hati), dan jadikanlah kami ketua bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Apakah yang dimaksudkan dengan qurratu ‘ain (penyejuk mata)? Ringkasnya kalimah qurratu ‘ain itu bermaksud sesuatu yang memberikan kegembiraan, ketenangan hati dan bahagia serta sesuatu yang melindungi dan memberikan kerehatan.
Saya guru pelatih (PPISMP – Semester 1). Saya kurang faham tentang sistem mengulang peperiksaan di IPG. Sekiranya saya gagal, saya perlu ulang kertas peperiksaan yang saya gagal atau semester? Sekiranya gagal, adakah saya tidak dapat meneruskan pengajian ke semester seterusnya? Mohon penjelasan.
Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Saya doakan anda berjaya dalam pelajaran dan hidup. Sekiranya anda gagal, anda hanya perlu menduduki semula kertas peperiksaan yang anda telah gagal. Tidak perlu mengulang 1 semester dan anda tetap boleh meneruskan pengajian ke semester yang berikutnya.