Penanda Wacana dalam Bahasa Arab

BeDAK: Belajar Dengan Akronim.

Pada kiriman kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai penanda wacana dalam bahasa Arab. Sebagaimana yang kita tahu, penanda wacana memainkan peranan yang penting dalam sesebuah karangan bagi memastikan terdapatnya kesinambungan idea. Moga-moga, artikel kali ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.

Continue reading Penanda Wacana dalam Bahasa Arab

Pertandingan Seni Budaya Peringkat IPGKKB

Pada 21 Oktober 2012, satu pertandingan seni budaya telah diadakan. Walau bagaimanapun, kami (PPISMP-Sem 1/ Opsyen PA) hanya melakukan persembahan penutup iaitu persembahan nasyid. Kami telah menjemput seorang pelajar daripada opsyen PK iaitu Sharuddin Damit untuk membantu kami. Kami telah menanyikan sebuah lagu yang bertajuk Nostalgia yang dipopularkan oleh kumpulan Shoutul Amal.

Pada 4 Oktober 12, kami telah mengadakan satu persembahan tertutup. Kami telah membuat satu persembahan drama muzikal yang bertajuk “Alahai Anak Omak”.

Kumpulan nasyid.

Penerbangan Pulang ke IPGKKB

Pada 28 Oktober 2012, saya telah menaiki penerbangan ke Kota Bharu. Saya mula bertolak ke LCCT-KLIA pada jam 8.00 pagi. Hal ini adalah kerana perjalanan dari rumah saya ke LCCT mengambil masa lebih kuran satu jam. Jadual penerbangan saya ialah pada jam 10.15 pagi.

Dalam kapal terbang yang sama, saya telah berkesempatan untuk berjumpa dengan Dr Ismail Kamus. Saya telah selamat tiba di Kota Bharu pada jam 11.30 pagi kerana terdapat sedikit kelewatan pada jadual berlepas.

Continue reading Penerbangan Pulang ke IPGKKB

Jamuan Akhir Sem-1

Pada 18 Oktober 2012, kelas saya telah mengadakan jamuan akhir bagi semester 1 di kelas kami (NN1). Kami telah menjemput semua pensyarah yang mengajar kami di Semester 1, semua ahli kelas Pendidikan Khas (Bahasa Melayu) – Sem 1 dan beberapa pelajar lain.

Jamuan ini diadakan untuk merapatkan lagi hubungan sesama kami. Kos keseluruhan jamuan ialah lebih kurang RM150. Setiap ahli kelas telah membayar RM 10 setiap seorang.

Continue reading Jamuan Akhir Sem-1

Perlawanan Persahabatan Futsal

Pada 26/9, saya dan rakan-rakan telah pergi bermain futsal di futsal arena yang terletak di Padang Tembak. Kami telah menyewa satu padang yang berharga RM40 untuk selama satu jam. Kami telah bermain dengan pelajar-pelajar PPISMP-Sem 3.

Hal ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kami. Saya berasa amat puas kerana dapat bermain. Moga-moga kami dapat mengedakan perlawan persahabatan antara pelajar-pelajar IPGKKB yang lain agar dapat mengukuhkan lagi ukwah sesama kami.

Continue reading Perlawanan Persahabatan Futsal

Program Asasi Sains di UM

Selamat tahun 2017.

Sila layari laman rasmi UM bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan yang terkini. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruangan komen di bawah.

Terdapat 3 program yang ditawarkan di peringkat asasi Sains di UM. Pusat Asasi Sains menawarkan program pengajian seperti berikut:

1. PROGRAM ASASI SAINS

Pengambilan pelajar adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi dengan bilangan pengambilan yang sama. Setelah tamat Program Asasi Sains, pelajar-pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke program Ijazah Sarjana Muda di IPTA seluruh Malaysia.

Continue reading Program Asasi Sains di UM

3 Cara Mudah Mencari Rujukan di Internet

BeDAK (Belajar Dengan Akronim)

Faktor utama mengapa ramai pelajar tidak begitu suka menyiapkan tugasan berbentuk penulisan adalah kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai. Padahal, boleh dikatakan semua maklumat berada di hujung jari kita. Oleh kerana itu, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 Cara Mudah  Mencari Maklumat di Internet. 

Cara 1: Gunakan Tanda Petik (“ “) Semasa Mencari Maklumat

Ramai pelajar terlupa untuk meletakkan tanda petik setiap kali mencari maklumat secara maya. Penggunaan tanda petik ini sangat penting terutama apabila melibatkan penggunaan perkataan yang berangkai seperti “kemalangan jalan raya”. Tanpa tanda petik, enjin carian akan mencari perkataan kemalangan, jalan dan raya secara berasingan.

Cuba perhatikan perbezaan apabila kita membuat pencarian dengan menggunakan Tanda Petik (“ “) dan tanpa menggunakan Tanda Petik (“ “):

1. Menggunakan Tanda Petik (“ “):

2. Tanpa Menggunakan Tanda Petik (“ “):

Pilihlah maklumat dari laman web yang boleh dipercayai sahaja. Abaikan sumber dan maklumat yang diperolehi dari laman web yang diragui dan blog persendirian yang tidak diketahui kesahihannya.

Cara 2: Menggunakan Google Scholar

Apabila menggunakan Google Scholar, anda akan memperolehi banyak maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai seperti tesis, latihan ilmiah, penyelidikan, artikel dari jurnal dan sebagainya. Terdapat banyak artikel, hasil penyelidikan, dan tesis yang diperolehi dengan cara ini boleh anda muat turun dan simpan secara salinan lembut (soft copy).

Caranya: klik pada Google Scholar, kemudian buat carian seperti biasa.

Cara 3: Membaca Buku Secara Online

Anda juga boleh membaca atau memperolehi sumber rujukan daripada buku secara online. Semua maklumat yang diperlukan untuk dicatat pada bahagian rujukan seperti tahun terbit, penerbit, tempat terbit dan sebagainya.

Caranya: klik pada “books” atau “buku” yang ada pada menu google anda sebelum melakukan carian google seperti biasa.

Buku online ini sama seperti buku asal yang berada di pasaran. Bezanya, buku online boleh dibaca secara atas talian melalui capaian internet. Walau bagaimanapun, buku ini tidak boleh disimpan dalam bentuk ‘soft copy’, tetapi anda boleh mendaftar menjadi ahli dengan Google dan simpan dalam fail sendiri untuk dibaca secara online pada hari yang lain.

Bagaimana? Adakah artikel ini membantu anda untuk mendapatkan sumber rujukan apabila ingin menyiapkan tugasan? 

Saya berharap, semua tugasan yang dihantar untuk pemarkahan akan lebih tinggi mutunya apabila menggunakan sumber rujukan yang bermutu.

Silalah menjadi ahli BeDAK untuk mengikuti perkembangan program ini. Sila klik di sini.

Sambutan Merdeka ke-55 (Janji Ditepati)

Pada 24 Ogos 12, saya dan rakan-rakan daripada IPGKKB (PPISMP ambilan Jun 2012) telah terlibat dengan Sambutan Merdeka ke-55 (Janji Ditepati). Kami telah disediakan tempat tinggal di UPM. Bagi pelajar lelaki, kami tinggal di Kolej 17 manakala pelajar perempuan Kolej 8.

Sila layari laman ini untuk melihat komen saya mengenai sambutan Merdeka ke-55. Sila klik di sini.

Kami telah mendaftar di Kolej 17 pada 10.30 malam. Di Kolej 17, kami tinggal di dalam pangsapuri 4 tingkat. Dalam satu rumah mempunyai 4 bilik tidur (2 katil setiap bilik), 2 tandas & 1 bilik mandi, ruang tamu, ruang dapur dan ruang membasuh baju.

Continue reading Sambutan Merdeka ke-55 (Janji Ditepati)

Merdeka ke-55?

Alhamdulillah pada 31 Ogos 2012, kita menyambut merdeka yang ke-55. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bersyukur kepada Allah kerana dikurniakankan keamanan hidup di negara ini. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang patut kita ambil perhatian iaitu berkenaan akhlak masyarakat pada hari ini.

Silalah melihat gambar-gambar yang berkaitan dengan sambutan Merdeka ke-55. Sila klik di sini.

Untuk pengetahuan semua, saya telah terlibat dengan sambutan kemerdekaan kali ke-55. Saya dan rakan-rakan yang lain terlibat dalam ‘Human Graphics Formation’. Seramai lebih kurang 2000 orang pelatih guru daripada seluruh IPG juga terlibat dengan program ini. Apabila tibanya hari sambutan kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos 12 di Stadium Nasional Bukit Jalil, saya berpendapat kita masih lagi belum merdeka sepenuhnya.

Continue reading Merdeka ke-55?

Perjalanan Pulang Hari Raya 2012

Pada 17 Ogos 2012, saya dan rakan-rakan saya Abd Rahim Jamain, Nizamuddin & Nur Wasimah Matasim telah berangkat ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Hal ini adalah merupakan pengalaman pertama saya menaiki kapal terbang secara bersendirian tanpa ahli keluarga yang lain di sisi.

Kami bertolak dari IPGKKB pada jam 7.30 pagi kerana tidak mahu berasak-asak dengan ramai orang di kaunter masuk (Check-in Counter). Kami akan berangkat daripada Kota Bharu ke Kuala Lumpur pada jam 10.45 pagi dan dijangka sampai pada jam 11.45 pagi di LCCT, Sepang.

Continue reading Perjalanan Pulang Hari Raya 2012