Setiap orang mempunyai minat dan kecenderungan masing-masing. Minat saya adalah ingin menjadi guru. Kenapa saya memilih bidang perguruan berbanding bidang pekerjaan yang lain. Berikut adalah antara sebab-sebabnya:
1. Ingin Mencari Keredhaan Allah:
Sebagai seorang Muslim, kita mestilah meletakkan Allah itu sebagai tujuan yang paling utama dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Hal ini adalah apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah, sudah pasti kita melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan sehabis baik. Selain itu, percayalah apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah, Allah akan membimbing kita apabila kita ditimpa kesusahan. Akhirnya, sentiasalah ingat pada Allah!
Kepada semua rakan-rakan, silalah menghafaz lagu ini. Lagu ini bertajuk“هذه حروف الهجاء” dan berkisarkan huruf-huruf hijaiyah.Silalah mendengar lagu ini di laman web berikut:
Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan di ruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda.
Apa khabar rakan-rakan? Pada kiriman kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kehidupan sebagai pelajar IPG. Mulanya, apa yang anda semua perlu tahu adalah apabila anda sudah memilih untuk memasuki ke IPG maka bermakna anda sudah mempunyai cita-cita yang tetap iaitu ingin menjadi guru. Bagi pengetahuan anda, hidup sebagai pelajar IPG mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
STRUKTUR KURSUS
Bagi struktur kursus pelajar IPG terbahagi kepada 3:
1. Subjek Teras.
2. Subjek Akademik.
3. Kokurikulum.
1. Subjek Teras:
Terdapat 7 subjek teras yang akan dipelajari semasa Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Keistimewaan subjek teras ialah tiada peperiksaan akan dijalankan bagi ketujuh-tujuh subjek teras tersebut. Keseluruhan markah hanya berdasarkan kepada kerja khusus.
Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan di ruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda. Terima kasih.
Mulanya, terima kasih kerana melayari laman web ini. Untuk artikel ini saya akan bahagikan kepada 2 bahagian. Pada bahagian pertama saya akan menjelaskan serba sedikit mengenai apa itu ‘A-Level’ dan ‘IB’. Pada bahagian 2 pula, saya akan memberitahu apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua program iaitu A-Level dan IB.
Jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan.Sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya di ruangan komen di bawah.
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, antaranya adalah:
1. Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
2. Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya mestilah mendapat 4 prinsipal/3 prinsipal dan 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
3. Kiraan ‘pointer’ STPM berdasarkan jumlah markah kesemua pointer subjek diambil dibahagi dengan 4 sahaja. ‘Pointer’ untuk memasuki ke universiti menggunakan STPM ini tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.
4. Kualiti sijil STPM ini bertaraf diploma. Maksudnya anda boleh memohon jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan.
Pada kiriman kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu teknik belajar yang diberi nama ‘BUFILM’.
Cara menggunakan ‘BUFILM’:
1. Sediakan jadual seperti yang di bawah yang mempunyai 7 bahagian.
2. Penerangan:
Bermula dengan kotak ‘Topik’, anda bolehlah mengisi apa-apa topik yang bakal anda pelajari.
Bagi kotak ‘Baca’, anda hanya perlu menandakan dengan tanda (/) sekiranya anda sudah membaca terlebih dahulu subjek yang akan anda pelajari.
Bagi kotak ‘Ulang’pula, anda hanya perlu menandakan dengan (/) sekiranya anda sudah mengulang semula apa yang anda sudah pelajari. Sekiranya anda mengulang sesuatu topik itu sebanyak 2 kali, anda hanya perlu menanda sebanyak 2 kali juga. Tanda mengikut kekerapan anda mengulang semula apa yang anda pelajari.
Seterusnya, kotak ‘Faham’akan ditanda setelah anda berjaya memahami apa yang diajar. Ikut kelebihan masing-masing kerana terdapat di kalangan kita yang boleh memahami apa yang dibaca walaupun tanpa membuat ‘Ulang’ dan ‘Latihan’.
Kemudian, kotak ‘Ingat’ hanya akan ditanda apabila anda berjaya mengingati apa yang dipelajari dengan betul.
Selepas itu, kotak ‘Latihan’ juga hanya akan ditanda mengikut kekerapan anda membuat latihan-latihan yang berkaitan dengan subjek yang telah dipelajari.
Akhirnya, kotak ‘Mahir’ hanya akan ditanda apabila anda sudah menguasai sepenuhnya subjek yang diajar dan mahir dalam sesuatu topik itu.
Kemungkinan terdapat mereka yang akan ‘Mahir’ walaupun hanya membuat sebanyak satu kali latihan sahaja. Kepada mereka yang masih kurang mahir dalam sesuatu topik yang diajar, anda tidak boleh menanda kotak ‘Mahir’. Jadi, silalah membuat latihan sebanyak mungkin sehingga anda menjadi mahir.
Tujuan BUFILM:
1. Memudahkan para pelajar untuk belajar dengan lebih sistematik.
2. Para pelajar dapat mengenal pasti apa yang belum lagi dilakukan untuk membolehkan mereka menguasai sesuatu subjek itu.
Mudah-mudahan, teknik ‘BUFILM’ ini dapat membantu para pelajar dalam pelajaran. Untuk mengikuti perkembangan lanjut, silalah mengikuti kumpulan BeDAKdi Facebook. Sila klik di sini.
Benarkah golongan ulama yang menyertai politik lebih mengutamakan parti hingga sanggup mengetepikan dakwah? Jika benar ada ulama yang sudah tersasar daripada prinsip sebagai pemimpin Islam, apakah kaedah terbaik untuk membawa mereka kembali peranan sebenar?
Tarikh: 24 Ogos 2011 (Rabu).
Moderator: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin.
Ahli Panel:
1. Datuk Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas Pusat).
2. Tuan Sri Harussaini Zakaria (Mufti Negeri Perak).
3. Fathul Bari Mat Jahaya (Ulama Muda UMNO).
Saksikanlah kehebatan mereka berhujah pada majlis ilmu yang menyediakan ruang untuk membahaskan pandangan pelbagai pihak pelbagai parti secara telus dan seimbang. Jadi, ikutilah Wacana Sinar yang akan membahasakan isu ini!
Boyle’s law shows that, at constant temperature, the product of an ideal gas’s pressure and volume is always constant. It can be determined experimentally using a pressure gauge and a variable volume container.
As a mathematical equation, Boyle’s law is:
2. Charles’s Law
It says that, for an ideal gas at constant pressure, the volume is directly proportional to the absolute temperature (in kelvin).
3. Pressure Law
It states that the pressure exerted on a container’s sides by an ideal gas is proportional to the absolute temperature.
So how to remember the gas law at above?
Just using the general gas law.
The formula:
BoT: In Boyle’s law (Bo), the temperature (T) is always constant.
By using general gas law, JUST remove the T (temperature). So, the formula will be:
CaP: In Charles’s law (Ca), the pressure (P) is always constant.
By using general gas law, JUST remove the P (pressure). So, the formula will be:
PaV: In Pressure law (Pa), the volume (V) is always constant.
By using general gas law, JUST remove the V (volume). So, the formula will be:
If you want to receive an update from BeDAK, just join us at Facebook. Please, click here.
Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan di ruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda. Terima kasih.
Keputusan SPM telah diumumkan dan semua pelajar telah memperolehinya daripada sekolah masing-masing. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.
Program Diploma?
Program Diploma ialah satu program yang diuruskan dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.