Setiap orang mempunyai minat dan kecenderungan masing-masing. Minat saya adalah ingin menjadi guru. Kenapa saya memilih bidang perguruan berbanding bidang pekerjaan yang lain. Berikut adalah antara sebab-sebabnya:
1. Ingin Mencari Keredhaan Allah:
Sebagai seorang Muslim, kita mestilah meletakkan Allah itu sebagai tujuan yang paling utama dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Hal ini adalah apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah, sudah pasti kita melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan sehabis baik. Selain itu, percayalah apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana Allah, Allah akan membimbing kita apabila kita ditimpa kesusahan. Akhirnya, sentiasalah ingat pada Allah!