Membina 1:1 Air Balun

Pada 31 Mac 2017, saya telah mengambil peluang untuk cuba membina 1:1 Air Balun. Balun ini dibina tanpa menggunakan ferrite. Sebelum mebina balun tersebut saya telah membeli wayar enamel bersaiz 1mm di Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

Wayar enamel tersebut akan dililit pada paip elektrik yang bersaiz 25mm. Pada mulanya agak sukar untuk mengatur kedudukan wayar kerana ini adalah pertama kali saya membina balun tersebut. Saya telah menggunakan botol 100PLUS bersaiz 500ml sebagai pelindung luarnya. Berikut ialah cara lilitan dibuat dengan menggunakan 3 wayar enamel yang berasingan:

Lilitan wayar enamel.

Continue reading Membina 1:1 Air Balun

Introduction to DXing

Pada 24 – 25 Disember 2016, saya telah menyertai program Introduction to DXing yang dianjurkan oleh KLDX Team. Program ini telah dimaklumkan kepada saya oleh Pak Jamal,  9W2JE semasa sedang QSO dengan beliau.

Program ini telah diadakan di Hutan Lipur Gunung Nuang dengan bayaran RM50 sahaja. Seramai 32 orang peserta telah mengambil bahagian dengan beberapa antaranya masih belum mempunyai callsign dan terdapat 13 orang krew yang terlibat. Berikut ialah rekod perjalanan:

Continue reading Introduction to DXing

Membina Balun 4:1

Pada 12/12 yang lepas, saya telah cuba untuk membina balun 4:1 bagi digunakan pada antena HF. Apapun saya kurang pasti sama ada balun ini ialah ‘Current Balun’ atau ‘Voltage Balun’. Para pembaca boleh membuat carian tentang perbahasan antara kedua-dua jenis balun tersebut.

Pada mulanya, saya mahu membelinya sahaja namun setelah dicari, saya tidak berjaya menemukan sesiapa yang menjualnya. Sekiranya, mahu membeli secara atas talian dari luar negara, harganya adalah terlalu mahal. Jadi, saya membuat keputusan untuk membuatnya sendiri.

Continue reading Membina Balun 4:1

Antena Homebrew Flower Pot

Pada 8 Jun 2016, saya dengan dibantu Abg Nazari (9W2NDQ) telah menghasilkan antena flower pot single band bagi 2m. Perancangan bermula 2 minggu sebelum itu lagi, apabila saya pergi berjumpa dengan Abg Nazari setelah lama tidak bersalaman di daratan dan Abg Nazari juga jarang memancar di linking ASTRA. Beliau menyatakan kesudian beliau untuk mengajar dan membantu saya membuat antena.

Continue reading Antena Homebrew Flower Pot