Pada 24 – 25 Disember 2016, saya telah menyertai program Introduction to DXing yang dianjurkan oleh KLDX Team. Program ini telah dimaklumkan kepada saya oleh Pak Jamal, 9W2JE semasa sedang QSO dengan beliau.
Program ini telah diadakan di Hutan Lipur Gunung Nuang dengan bayaran RM50 sahaja. Seramai 32 orang peserta telah mengambil bahagian dengan beberapa antaranya masih belum mempunyai callsign dan terdapat 13 orang krew yang terlibat. Berikut ialah rekod perjalanan: