Pada hari ini, saya telah berkesempatan untuk membina balun 4:1 yang menggunakan ‘flyback transformer’. ‘Flyback transformer’ ini boleh didapati dalam ‘monitor’ komputer dan TV lama. Seterusnya, bagi mendapatkan cara lilitan wayar dibuat, saya telah membuat perbandingan hasil balun 4:1 yang dihasilkan oleh Hj Rahim, 9M2ART dan Abg Yus, 9W2YZI. Cara lilitan ini sebenarnya telah diajar dalam bengkel anjuran Kelab Radio Amatur Kok Lanas (KRAKL) yang diadakan di Dataran Kok Lanas.
Membina Balun 4:1
Pada 12/12 yang lepas, saya telah cuba untuk membina balun 4:1 bagi digunakan pada antena HF. Apapun saya kurang pasti sama ada balun ini ialah ‘Current Balun’ atau ‘Voltage Balun’. Para pembaca boleh membuat carian tentang perbahasan antara kedua-dua jenis balun tersebut.
Pada mulanya, saya mahu membelinya sahaja namun setelah dicari, saya tidak berjaya menemukan sesiapa yang menjualnya. Sekiranya, mahu membeli secara atas talian dari luar negara, harganya adalah terlalu mahal. Jadi, saya membuat keputusan untuk membuatnya sendiri.