Pada hari ini, saya telah berkesempatan untuk membina balun 4:1 yang menggunakan ‘flyback transformer’. ‘Flyback transformer’ ini boleh didapati dalam ‘monitor’ komputer dan TV lama. Seterusnya, bagi mendapatkan cara lilitan wayar dibuat, saya telah membuat perbandingan hasil balun 4:1 yang dihasilkan oleh Hj Rahim, 9M2ART dan Abg Yus, 9W2YZI. Cara lilitan ini sebenarnya telah diajar dalam bengkel anjuran Kelab Radio Amatur Kok Lanas (KRAKL) yang diadakan di Dataran Kok Lanas.
‘Flyback transformer’.
Bagi menghasilkan balun 4:1 ini saya telah menggunakan wayar elektrik yang saiznya 2 mm atau 14 AWG. Saya menggunakan dua wayar yang berlainan wayar agar mudah dibezakan.
Saya juga telah menghasilkan balun 4:1 dengan hanya menggunakan paip elektrik sahaja. Sila layari laman dibawah:
Cumanya, balun yang dibuat ini belum lagi dapat diuji. Saya akan menggunakannya bagi projek antena ‘off-center’ pada masa akan datang. Selamat mencuba.
Salam sayang, 9W2ZOW.