Pada hari ini, saya telah berkesempatan untuk membuat ‘variable capacitor’ sendiri dengan hanya menggunakan tin aluminium. Idea ini datang daripada Abg Din, 9M2CIO semasa saya berbual dengan beliau berkaitan antena ‘magnetic loop’ di Dataran Kok Lanas.
Mulanya, saya telah menggosok terlebih dahulu bahagian luar tin dengan kertas pasir bagi menghilangkan cetakan grafik berwarna. Langkah menggosok dengan kertas pasir ini hanya sekadar mahu menyerlahkan warna sebenar tin aluminium. Kemudiannya, sedikit bahagian atas tin aluminium iaitu tempat air keluar akan dipotong.
Tin aluminium.
Seterusnya, saya telah menggunakan kotak bagi mewujudkan jarak pemisah antara tin aluminium ‘C’ dan tin aluminum ‘D’. Sila rujuk lukisan di bawah bagi cadangan kedudukan tin aluminium.
Lukisan ‘variable capacitor’.
Petunjuk bagi lukisan ‘variable capacitor’:
A: Penyambung âTâ paip elektrik, 25 mm.
B: Penyambung âTâ paip elektrik, 20 mm.
C: Tin Aluminium, 325 ml.
D: Tin Aluminium, 300 ml.
Paip Biru: Paip elektrik, 20 mm.
Paip Oren Cair: Paip elektrik, 25 mm.
Tin aluminium yang dilekat pemisah.
Seterusnya, saya telah memotong paip elektrik mengikut lukisan di atas dan menyambung dengan penyambung ‘T’. Proses pembinaan ‘variable capacitor’ ini memakan masa lebih kurang 30 minit. Setelah itu, masa membuat penilaian berkaitan nilai ‘capacitance’ yang dapat dihasilkan tin aluminium ini.
Nilai ‘capacitance’ paling rendah.
Nilai ‘capacitance’ paling tinggi.
Setelah pengujian dibuat, nilai ‘capacitance’ paling rendah ialah 11.6 pF dan nilai ‘capacitance’ paling tinggi ialah 95.7 pF. Alhamdulillah, satu jarak nilai yang bagus iaitu sebanyak 84.1 pF. ‘Variable capacitor’ jenis ini bersaiz agak besar dan menambil ruang. Namun, kosnya lebih murah berbanding ‘variable capacitor’ jenis komersial yang lebih mahal bagi nilai ‘capacitance’ yang sama seperti yang saya perolehi.
Akhirnya selamat mencuba dan semoga berjaya. Salam dari 9W2ZOW.