Membina Balun 4:1

Pada 12/12 yang lepas, saya telah cuba untuk membina balun 4:1 bagi digunakan pada antena HF. Apapun saya kurang pasti sama ada balun ini ialah ‘Current Balun’ atau ‘Voltage Balun’. Para pembaca boleh membuat carian tentang perbahasan antara kedua-dua jenis balun tersebut.

Pada mulanya, saya mahu membelinya sahaja namun setelah dicari, saya tidak berjaya menemukan sesiapa yang menjualnya. Sekiranya, mahu membeli secara atas talian dari luar negara, harganya adalah terlalu mahal. Jadi, saya membuat keputusan untuk membuatnya sendiri.

Saya telah membina balun 4:1 versi baharu dengan menggunakan ‘flyback transformer’, sila layari laman di bawah:

Membina Balun 4:1 (2)

Pembinaan balun ini telah diajar oleh 9M2ART, Haji Rahim, semasa program Budu DX di Pantai Geting, Tumpat. Kos keseluruhan projek ini adalah lebih kurang RM20.

Bahan:

1. Paip PVC Putih 40 mm bagi bahagian luar.

2. Paip elektrik 25 mm bagi bahagian dalam.

3. Wayar elektrik – 14 gauge: 250 cm bagi lilitan balun & 25 cm bagi sambungan dari tengah penyambung kabel ke antena.

4. Soket SO-239.

6. Skru dan nat.

7. Pengapit wayar.

8. Penutup paip PVC Putih 40 mm.

9. Pengikat plastik.

Pemotongan paip:

1. Potong paip PVC 40 mm sebanyak 20 cm bagi bahagian luar balun.

2. Potong paip elektrik 25 mm sebanyak 10 cm bagi bahagian dalam balun.

image-2Ukuran balun.

Lilitan balun:

1. 2 pengikat plastik diletakkan di garisan putus-putus berwarna oren pada 2 bahagian yang berlainan. Pengikat ini bertujuan menguatkan dan memperkemas lilitan wayar.

2. Sebelum lilitan pertama dilakukan, wayar dimasukkan melalui bahagian dalam PVC ke luar dengan lebihan wayar sepanjang 8 cm.

3. Wayar mula dimasukkan dari dalam paip dan dibawa keluar melalui bulatan hijau A. Kemudian, 10 lilitan dibuat dengan mula melilit mengikur arah jam atau berlawanan arah jam sehingga sampai ke bulatan hijau C.

4. Apabila sampai di bulatan hijau C, wayar akan dibentuk menjadi ‘U’ dengan kepanjangan 8cm juga dan terus dibawa melalui dalam paip ke bulatan hijau B.

5. Seterusnya, tiba di bulatan hijau B, wayar dibawa keluar menerusi lubang di bulatan hijau B.

6. 10 lilitan yang kedua dibuat mengikut arah 10 lilitan yang pertama. Wayar dililit dari bulatan hijau B sehingga ke bulatan hijau D.

7. Apabila wayar sampai di bulatan hijau D, wayar akan dibawa ke dalam paip dan seteruskan keluar melalui hujung paip.

Lilitan yang telah siap.

Penyambungan wayar:

1. Wayar yang berbentuk pusingan ā€˜Uā€™ tadi akan terus disambung kepada tempat grounding di soket SO-239.

2. Wayar yang tunggal di sebelah wayar berbentuk pusingan ā€˜Uā€™ tadi akan disambung kepada teras soket SO-239. Namun, sebelum disambung, satu lagi wayar berasingan akan disambung dengan wayar tersebut dan terus di bawa ke antena.

3. Bagi wayar tunggal yang berada di sebelah hujung paip pula, ia akan disambung terus ke antena.

Penyambungan wayar.

Pemasangan soket:

1. Bagi pemasangan soket, saya telah menggunakan batang lidi sate dan pengikat wayar. Hal ini adalah kerana saya mengalami masalah wayar asyik tertanggal walaupun telah dipateri ke teras soket.

Pemasangan soket.

Berikut ialah hasil balun yang telah siap. Cumanya, saya masih belum sempat untuk menguji balun tersebut.

Bahagian luar dan dalam balun.

Balun 4:1.

Balun yang sama, hanya jenis paip berlainan.

Saya telah membina balun 4:1 versi baharu dengan menggunakan ‘flyback transformer’, sila layari laman di bawah:

Membina Balun 4:1 (2)

Sebarang komen, cadangan atau pembetulan sangat dialukan-alukan. Semoga bermanfaat.

Rujukan luar:

1. Making the 1:4 Balun, SM2YER.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *