Membina Antena Slim Jim

Pada 19 November 2016 yang lepas, saya telah menghadiri Hari Terbuka BSSM Kelantan di Pantai Irama, Bachok. Salah satu program yang telah diadakan ialah pameran radio amatur. Alhamdulillah, saya dapat berjumpa dengan 9W2KEY, 9M2ART, 9M2CIO, 9W2GDB, 9W2AEY, 9W2STH dan beberapa rakan radio yang lain.

Seterusnya, penggunan mode radio PSK31 telah ditunjukkan oleh 9W2KEY. Kemudian, saya telah mendapat penerangan tentang cara komunikasi radio yang betul oleh Hj Rahim (9M2ART). Beliau menyatakan bahawa penggunaan ‘Base’ tidak tetap kepada alamat yang terdapat dalam Penguntukan Radas (AA) sahaja. Apabila seseorang itu, sudah menetap di suatu tempat lain yang bukan tertulis dalam AA, maka ia dikira sebagai ‘Base’. Ataupun seseorang yang menetap di suatu tempat yang telah didirikan stesen radio ‘Base’, maka ia dikira sebagai ‘Base’, bukannya lagi sebagai ‘Portable’.

Selain itu, penggunan Prefix dan Suffix semasa QSO juga mestilah betul dan tidak boleh dipisahkan. Dalam penyiaran dan komunikasi, “Call Sign” adalah sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur. Ianya dibezakan dengan lokasi atau negara dari mana stesen tersebut memancar. “Call Sign”  ini mengandungi 2 bahagian yang terdiri dari “Prefix” dan “Suffix”. “Prefix” ini telah dikeluarkn oleh ITU (International Telecommunication Union) yang mana ianya mengandungi pengenalan negara, kelas dan kawasan geograpi pemilik “Call Sign” tersebut, manakala “Suffix’ merupakan pengenalan pilihan pemilik “Call Sign” mengikut huruf yang bersesuaian dan bergantung kepada kekosongan jika belum digunakan lagi semasa permohonan “Call Sign” dari SKMM.

Di negara kita 9M adalah untuk pemegang Lesen Penguntukan Radas Kelas A iaitu 9M2 untuk Semenanjung Malaysia, 9M6 untuk Sabah dan 9M8 untuk Sarawak. Bagi pemegang Lesen Penguntukan Radas Kelas B ialah 9W iaitu 9W2 untuk Semenanjung Malaysia, 9W6 untuk Sabah dan 9W8 untuk Sarawak. Jadi, menurut Hj Rahim, kedua-dua Prefix dan Suffix mestilah disebut dan tidak boleh dipisahkan semasa QSO.

9W2STH (Berbaju BSMM) dan 9W2AEC.

Selepas itu, Hj Rahim juga telah menunjukkan pelbagai jenis balun homebrew yang telah beliau hasilkan. Kemudian, Hj Rahim menyatakan bahawa beliau ingin mengajar saya membuat antena Slim Jim. Beliau meminta saya membeli paip PVC elektrik bagi memulakan projek tersebut.

Pelbagai jenis Balun.

Maka, selepas solat Zuhur dan membeli batang paip PVC elektrik yang berukuran 10 kaki dengan harga RM2, kami pun memulakan proses membina.

Antena Slim Jim – 9M2ART

Kos keseluruhan: Tidak melebihi RM3 dengan syarat anda sudah mempunyai kabel RG58, wayar dan alat-alat lain yang diperlukan seperti pemotong, gergaji dan penebuk lubang.

Tempoh masa: Tidak melebihi 15 minit.

Formula: SOL (Kelajuan Cahaya)/ Frekuensi x Lamda x VF (Velocity Factor)

Antena Slim Jim.

Pengiraan:

300/ 145.500 X ¾ X 0.9

= 1.3917

= 139 cm

= Panjang garisan hijau.

139/ 3

= 46 cm

= Panjang garisan biru.

46/ 4

= 11.5 cm

= Panjang garisan merah.

Gap/ Panjang garisan unggu = 2 – 2.5 cm

Pemotongan:

1. Paip elektrik PVC dipotong supaya dapat meliputi panjang 139 cm. Seeloknya dilebihkan supaya dapat dijadikan pemegang.

2. Tanda ‘O’ yang berwarna merah dan kuning adalah hanya 4 tempat yang perlu dilubangkan.

Pemasangan Wayar:

1. Potong wayar elektrik dengan kepanjangan lebih kurang 3 m.

2. Wayar mula diletakkan dari tanda ‘X’ dan ditarik di bahagian sebelah (B) melalui ruang lubang ‘O’ bewarna merah untuk ke bahagian (C).

3. Seterusnya, wayar ditarik di bahagian (C) melalui lubang ‘O’ bewarna kuning untuk ke bahagian (D).

4. Kemudian, wayar ditarik sehingga ke tanda ‘X’ semula.

Penyambungan:

Kabel RG58/ RG8.

1. Garisan kelabu ialah tempat kabel wayar didedahkan sebahagiannya sahaja bagi membolehkan proses penyambungan dengan menggunakan klip buaya dilakukan.

2. Braid dari kabel RG58 disambung pada tanda ‘X’ berwarna kuning di bahagian (B).

3. Core dari kabel pula disambung pada tanda ‘X’ berwarna hijau di bahagian (C).

Antena Slim Jim.

Setelah siap, kami pun membuat pengujian pancaran. Alhamdulillah bacaan SWR hanya antara 1.2 sehingga 1.5 sahaja. Sebarang komen atau cadangan bagi pembetulan dan penambahbaikan amat dialu-alukan. Semoga bermanfaat,

Rujukan Luar:

1. Callsign Prefix dan Suffix.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *