Kehidupan di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Sebarang pertanyaan, sila ajukan di ruangan komen di bawah.

Apa khabar rakan-rakan? Pada kiriman kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kehidupan sebagai pelajar IPG. Mulanya, apa yang anda semua perlu tahu adalah apabila anda sudah memilih untuk memasuki ke IPG maka bermakna anda sudah mempunyai cita-cita yang tetap iaitu ingin menjadi guru. Bagi pengetahuan anda, hidup sebagai pelajar IPG mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

STRUKTUR KURSUS

Bagi struktur kursus pelajar IPG terbahagi kepada 3:

1. Subjek Teras.

2. Subjek Akademik.

3. Kokurikulum.

1. Subjek Teras:

Terdapat 7 subjek teras yang akan dipelajari semasa Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Keistimewaan subjek teras ialah tiada peperiksaan akan dijalankan bagi ketujuh-tujuh subjek teras tersebut. Keseluruhan markah hanya berdasarkan kepada kerja khusus.

7 subjek teras itu ialah Pendidikan Islam/Pend. Moral (TAR), English Language Proficiency (TBI), Bahasa Melayu Kontekstual (TBM), Kemahiran Generik (Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, dan Kompetensi Kecerdasan Emosi), Pengantar Pendidikan (TAP), Basic Mathematics (TMT), dan Pendidikan Jasmani Asas (TPJ).

2. Subjek Akademik:

Bagi subjek akademik, subjek-subjek yang akan diambil oleh pelajar IPG adalah berbeza mengikut opsyen/kursus yang akan diambil semasa di peringkat ijazah. Secara umumnya para pelajar akan mengambil 6 subjek akademik. Perbezaan yang ketara bagi subjek akademik ialah bagi setiap subjek akademik akan dijalankan peperiksaan. Selain itu, markah keseluruhan juga akan diambil kira daripada kerja khusus yang dilakukan.

3. Kokurikulum:

Bagi saya, salah satu perbezaan yang utama apabila kita bandingkan pelajar IPG dengan pelajar-pelajar di universiti lain ialah para pelajar IPG mempunyai waktu khusus yang diperuntukkan khas untuk aktiviti kokurikulum dan dimasukkan dalam jadual pembelajaran seharian.

Bagi pengetahuan anda, aktiviti kokurikulum yang dijalankan terbahagi kepada 2 iaitu Persatuan dan Permainan.

SUASANA PEMBELAJARAN

1. Ahli kelas:

Secara keseluruhan, ahli bagi setiap kelas adalah lebih kurang seramai 20 orang sahaja.

2. Panggilan:

Untuk pengetahuan anda semua, para pelajar IPG tidak dipanggil dengan gelaran ‘Pelajar’. Sebaliknya, para pelajar IPG dipanggil dengan panggilan ‘Guru’. Manakala para pensyarah yang mengajar di IPG dipanggil ‘Encik’, ‘Puan’, ‘Tuan Haji’, ‘Dr.’, ‘Ustaz’ atau ‘Ustazah’.

3. Kolej Kediaman:

Setiap pelajar IPG akan tinggal di kolej kediaman yang disediakan tertumanya para guru pelatih baharu. Memang tidak dinafikan terdapat juga para pelajar yang tidak tinggal di kolej kediaman terutamanya mereka yang berada di Semester 4 dan ke atas yang mengambil kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP). 

Setiap satu bilik akan ditempatkan seramai 2 orang sahaja dan kemungkinan terdapat bilik yang hanya untuk seorang guru pelatih sahaja.

4. Aktiviti Lain:

Seperti di universiti atau pusat pembelajaran yang lain, di IPG juga menyediakan persatuan/ kelab/ permainan untuk membolehkan para pelajar melibatkan diri. Dengan adanya aktiviti berpersatuan menunjukkan bahawa IPG bukan sahaja mementingkan prestasi akademik, bahkan prestasi kokurikulum juga.

KELEBIHAN MEMILIH GURU

1. Elaun:

Antara kelebihan utama apabila anda belajar di IPG ialah anda akan diberikan elaun pada setiap bulan sepanjang kurus PPISMP & PISMP (selama 5 1/2 tahun). Elaun yang diberi adalah mengikut tempat anda belajar.Contohnya apabila anda belajar di IPG Kampus Kota Bharu, anda akan diberikan elaun sebanyak RM430 sebulan(bagi pelajar kursus PPISMP). Bagi para pelajar yang tinggal di IPG yang terletak  di Kuala Lumpur pula, elaun yang diberikan akan lebih tinggi daripada RM 430 sebulan.

Para pelajar yang mengikuti kursus PISMP akan menerima elaun yang lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kursus PPISMP. Contohnya, pelajar PISMP di IPG Kampus Kota Bharu akan menerima elaun sebanyak RM630 sebulan berbanding RM430 sebulan bagi para pelajar yang mengikuti kursus PPISMP.

Jadi, apabila tamat pengajian para pelajar IPG tidak perlu risau mengenai masalah pinjaman yang perlu dijelaskan. Sebaliknya, hanya perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain.

2. Sesi Pembelajaran:

Sesi pembelajaran di IPG bermula pada 7.45 pagi sehingga 1.00 petang. Hal ini adalah kerana ingin mendidik para pelajar IPG membiasakan diri dengan waktu pekerjaan sebenar yang akan ditempuhi semasa sudah bergelar guru. Para pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah (di IPG tempat belajar dipanggil ‘Sekolah’) antara waktu 7.45 pagi-1.00 petang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga para pelajar yang masih mempunyai sesi pembelajaran sehingga 6.00 petang (kebiasaannya hanya para pelajar yang mengambil kursus PPISMP).

3. Jaminan Pekerjaan:

Antara kelebihan utama apabila anda memilih untuk belajar di IPG ialah anda akan mempunyai jaminan pekerjaan di masa hadapan. Anda tidak perlu risau mengenai masalah pengangguran apabila sudah menamatkan pengajian. Hal ini adalah berbeza dengan graduan daripada universiti lain yang perlu berani untuk menceburi bidang pekerjaan yang berbeza dengan bidang pengajian yang diambil semasa di universiti disebabkan kemungkinan bidang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian diambil sudah pun penuh. 

Nota: Apapun, yang penting ialah anda mesti berusaha melakukan yang terbaik bagi memperolehi hasil yang terbaik. Jaminan pekerjaan adalah salah satu isu pada masa kini kerana para lepasan IPG perlu bersaing dengan lepasan kursus perguruan sama ada di IPTA atau IPTS.

4. Peperiksaan MUET:

Bermulanya pada tahun 2012, para pelajar yang belajar di IPG tidak perlu menduduki peperiksaan MUET. Para pelajar hanya perlu menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat IPG.

5. Waktu Cuti:

Waktu cuti para pelajar IPG ialah sama dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di sekolah menengah/rendah. Hal ini adalah berbeza dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di universiti lain. Mereka kebanyakan hanya mempunyai cuti akhir semester atau cuti peristiwa-peristiwa tertentu.

5. Peluang untuk Melanjutkan Pelajaran:

Bagi pengetahuan anda semua, mana-mana guru layak untuk melanjutkn pelajaran di bawah satu program khas seperti Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB)

Jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Program khas ini membolehkan para guru melanjutkan pelajaran dengan lebih mudah daripada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web berikut ini.

440
Leave a Reply

avatar
168 Comment threads
272 Thread replies
1 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
157 Comment authors
zmd94AzuwaAliyaAthirahKarrie Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Nuramalina
Guest
Nuramalina

This article is very useful for the next generation. =)

Gousineyah
Guest
Gousineyah

Salam sejahtera. Adakah petempatan pelajar IPG berdasarkan mata pelajaran yang dipilih. Contohnya, jika saya memilih opsyen Bimbingan & Kaunseling atau Pendidikan Awal Kanak-Kanak, jadi dimanakah kampus yang akan saya ditempatkan?

Sandra
Guest
Sandra

Salam. Saya mahu tanya. Berapakah tahap yang diperlukan untuk lulus beep test bagi perempuan? Adakah peringkat 3 ke atas? Saya baru sahaja menduduki UCKG beberapa hari yang lepas.

Taemi
Guest
Taemi

Salam sejahtera. Apakah bahasa yang akan digunakan semasa temu duga jika saya mengambil Bahasa Cina?

Nurul
Guest
Nurul

Salam Sejahtera. Saya berusia 30 tahun dan sudah memiliki Ijazah Sarjana Muda namun masih berminat untuk menyambung pelajaran di IPG bagi mendalami bidang pendidikan bahasa Melayu. Adakah saya layak untuk memohon bagi kemasukan tahun 2018? Adakah terdapat had umur untuk pemohon? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ilman Rofidi
Guest
Ilman Rofidi

Saya lepasan SPM. Saya teringin menjadi guru Biologi. Jadi, macam mana? Hal ini adalah kerana saya mendapati IPG hanya mengeluarkan guru-guru yang akan mengajar sekolah rendah. Saya kurang faham. Mohon penjelasan. 🙂

Salwa
Guest

Info ini sangat berguna. Terima kasih.

Nur
Guest
Nur

Info yang padat.

Elvin
Guest
Elvin

Saya mahu bertanya, sekiranya saya tidak dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bahasa Inggeris tetapi hanya biasa sahaja kerana saya tidak begitu mahir dalam bahasa ini, adakah kita masih boleh meneruskan pengajian di IPG dan menjadi guru? Saya mengambil bidang Matematik dan saya sangat menyukai subjek ini. Please reply thank you.

Zaidah
Guest
Zaidah

Saya telah memohon melanjutkan pelajaran ke IPG. Syaratnya mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 5A dalam mana-mana mata pelajaran. Seterusnya, subjek BM dan Sejarah sekurang-kurangnya perlu mendapat C, manakala subjek BI sekurang-kurangnya lulus.

Zaidah
Guest
Zaidah

Anda telah memilih Matematik, jadi keputusan subjek Matematik dan Matematik Tambahan anda mestilah sekurang-kurangnya A-.

Adzim
Guest
Adzim

Bolehkah memohon melanjutkan pelajaran ke IPG sekiranya kita sedang mengikuti program asasi di IPTA?

Din
Guest
Din

Saya mahu minta pendapat. Setiap seseorang itu perlu memilih subjek yang ingin diajar, betul? Boleh saya tahu subjek mana yang kurang saingan dan lebih tinggi peluang untuk berjaya selain dari Pendidikan Khas & Pra-Sekolah? Terima kasih.

Khairul
Guest
Khairul

Saya mahu bertanya, guru-guru pelatih di IPG akan mendapat elaun, jadi bagaimana dengan yuran pengajian?

Khairul
Guest
Khairul

Satu lagi, bagaimana mahu memastikan permohonan calon guru tajaan KPM bagi lulusan SPM telah dibuka?

Aimi Zaki
Guest
Aimi Zaki

Adakah IPG hanya menawarkan kerjaya sebagai guru sekolah rendah sahaja? Hal ini adalah kerana saya berminat untuk menjadi guru sekolah menengah.

Tun Aida
Guest
Tun Aida

Adakah saya perlu membeli nombor pin di BSN bagi memohon secara atas talian untuk SPM 2014?

Macam mana pula yang ingin memohon program penghantaran pelajar cemerlang ke universiti terkemuka luar negara?

Nadiah
Guest
Nadiah

Saya melanjutkan pelajaran di UiTM puncak alam dalam program Asasi Sains tetapi saya tidak dapat menghabiskan program tersebut atas kegagalan saya pada subjek Biologi semasa peperiksaan akhir semester 1. Jadi, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk IPG pada tahun ini. 🙂

Ipah
Guest
Ipah

Sekiranya saya sudah memohon PISMP, adakah saya boleh memohon PPC pula?

Student IPG
Guest
Student IPG

Salam. Sekarang sudah 2015. Rasanya tiada lagi jaminan pekerjaan bagi lepasan IPG.

Badr
Guest
Badr

Assalamualaikum. Sekarang sudah tahun 2015, apakah subjek yang diberikan keutamaan oleh KPM untuk lepasan SPM 2014? Subjek apakah yang mempunyai kekurangan guru? Pada bilakah subjek Sejarah diperkenalkan di IPG?

Anis
Guest
Anis

Assalamualaikum, boleh jelaskan apa perbezaan PPISMP & PISMP?

Aqilah
Guest
Aqilah

Macam mana mahu memohon bidang bahasa Mandarin yang akan dihantar ke Beijing?

Dina
Guest
Dina

PPC itu apa?

Ayie
Guest
Ayie

Saya adalah pelajar program PPISMP ambilan Jun 2011. Namun, oleh kerana masalah kesihatan, saya terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran bagi semester yang lepas. Jadi, sekarang saya mahu menyambung semula pengajian. Boleh saudara senaraikan kampus yang mempunyai opsyen PISMP Bimbingan dan Kauseling? Sebagai maklumat tambahan, semasa Jun 2015 ini saya akan berada di semester 4.

Athirah
Guest
Athirah

Ayie dapat mana dulu? IPG Kampus Darulaman? Sy pun melanjutkan pelajaran dalam opsyen Kaunseling Jun 2011 di kampus tersebut. Semasa hari pendaftaran, mentor saya menyatakan terdapat 2 orang yang tidak dapat mendaftar. Mungkin Ayie orang tersebut?

Hidayah
Guest
Hidayah

Assalamualaikum. Saya mahu bertanya macam mana, sekiranya mahu menjadi guru di sekolah menengah. Saya ialah lepasan SPM 2014. Terima kasih.

Hidayah
Guest
Hidayah

Baiklah, terima kasih.

Nadnie
Guest
Nadnie

Saya mahu bertanya, adakah IPG boleh memberi peluang kepada calon yang ingin memohon untuk PPC walaupun hanya memiliki keputusan SPM 5A? Saya berminat untuk mengambil subjek bahasa Perancis dan saya telah mempunyai sijil Delf sehingga B1. Namun saya tidak bernasib baik untuk mendapat minima 7A. Adakah permohonan saya akan ditolak terus? Mohon penjelasan,terima kasih.

🙂

Ahmad Tajuddin Mukhainizam
Guest

IPG khas untuk menjadi guru sekolah rendah? Sekiranya saya mahu menjadi guru sekolah menengah, macam mana?

Erny
Guest
Erny

Semakan untuk IPG 2015 sudah keluar tetapi saya tidak boleh melayari laman sesawang tersebut. Pada laman rasmi KPM juga tiada pengumuman tentang semakan IPG 2015. Jadi, macam mana? Mohon bantuan.

Rabiah
Guest
Rabiah

Assalamualaikum. Berkenaan waktu cuti di IPG, adakah sama dengan waktu cuti pelajar sekolah rendah & menengah seperti yang anda nyatakan di atas? Adakah pelajar IPG turut bercuti apabila tiba cuti Hari Raya?

Info: Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 bermula dari 24 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015. Ianya telah ditunda, sepatutnya pada 23 Mac 2015. Terima kasih.

Nur
Guest
Nur

Assalamualaikum. Bagi keputusn SPM 3A, adakah masih berpluang untuk memasuki IPG?

Nur Nordin
Guest
Nur Nordin

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, biasanya kampus untuk kursus Sejarah serta Bimbingan dan Kaunseling di mana?

Nur
Guest
Nur

Terima kasih. Saya sudah membuka laman web IPG utk semak kelayakan UKCG tetapi tiada ruang semakan. Jadi bagaimana? Adakah terdapat waktu tertentu untuk membuat semakan?

Fikri
Guest
Fikri

Assalamualaikum. Saya telah menyemak status semakan ke UKCG tetapi ia memaparkan nama orang lain. Jadi, macam mana saya mahu tahu bahawa saya berjaya atau sebaliknya?

Rabiah
Guest
Rabiah

Assalamualaikum. Saya telah menyemak status semakan panggilan UKCG saya tetapi saya tidak terpilih, sedangkan saya mendapat keputusan SPM 7A. Rakan saya yang hanya mendapat keputusan SPM 5A pula telah terpilih untuk menduduki UKCG dan kami memohon di IPG yang sama. Adakah pihak KPM telah membuat kesilapan? Atau adakah terdapat masalah tentang maklumat saya?

Liana
Guest
Liana

Assalammualaikum. Pertamanya, terima kasih kerana berkongsi maklumat mengenai IPG ini. 🙂 Seterusnya saya ingin bertanya, sekiranya saya tidak mendapat keputusan yang bagus sewaktu belajar di IPG ini, adakah saya akan dibuang keluar? Terima kasih. 🙂

Mia
Guest
Mia

Assalmualaikum. Saya akan menghadiri UKCG pada 31 Mac ini. Adakah soalan yang akan diberikan hanya insak sahaja? Apakah yang dimaksudkan dengan M-Test?

Fareza
Guest
Fareza

Assalamualaikum. Terima kasih atas info yang berguna ini. Saya telah ditawarkan ke UKCG pada 6 April ini. Apakah persediaan yang perlu saya lakukan untuk menghadapi UKCG dan ujian fizikal nanti?

Nadine
Guest
Nadine

Salam. Saya akan menjalani UKCG pada 30 Mac ini di ILP Kota bharu. Adakah saudara akan terlibat sebagai urusetia pada hari tersebut? Maaf bertanya.

Remy
Guest
Remy

Assalamualaikum. Saya akan menduduki temu duga pada 30/3 ini. Saya memilih bidang Reka Bentuk dan Teknologi. Adakah saya hanya perlu menduduki ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal?

Nurul Najwa
Guest
Nurul Najwa

Assalamualaikum. Saya telah ditawarkan ke UKCG pada 8 April 2015 di kampus IPG Seremban. Soalan pertama, adakah memang dalam surat tawaran tersebut tidak ditulis opsyen yang ditawarkan? Biasanya pada setiap tahun, berapakah bilangan pelajar berjaya ditawarkan pengajian di IPG? Ketiganya, bagaimanakah sistem pembelajaran di IPG? Adakah perlu menghadiri kuliah atau macam mana? Keempat, ujian bertulis semasa UKCG itu, adakah objektif atau subjektif? Kelimanya, adakah semua pelajar dari semester 1 sehingga semester akhir digalakkan tinggal di dalam asrama? Terima kasih.

Aina
Guest
Aina

Assalamualaikum. Sekiranya saya memasuki IPG, kemudian saya mendapat tawaran daripada universiti, adakah saya boleh keluar dari IPG untuk memasuki universiti tersebut?

Nabil Syazwan
Guest
Nabil Syazwan

Adakah benar calon UKCG lelaki diutamakan atas faktor kekurangan guru lelaki dan bolehkah saudara berkongsi tips untuk melepasi ujian kecergasan fizikal pada UKCG? Terima kasih. 😄

Remy
Guest
Remy

Sekiranya saya lulus UKCG, adakah saya perlu mengambil ujian lisan pula atau apa-apa ujian lagi? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Syahrill
Guest
Syahrill

Assalamualaikum. Saya terpilih untuk ujian 31 Mac ini, jadi saya ingin bertanya apakah bentuk soalan bertulis dan adakah soalan dia akan ditanya tentang isu-isu semasa?

Russel
Guest

Saya mahu tahu, bagaimana mahu menjadi guru ICT di sekolah menengah? Mohon dijelaskan, saya ialah pelajar lepasan SPM.

Risz
Guest
Risz

Assalamualaikum. Mohon sesiapa tunjukkan gambar track bottom. Maaf, saya keliru.

Najwa
Guest
Najwa

Salam, boleh terangkan tentang subjek Reka Bentuk dan Teknologi? Alhamdullilah, saya UKCG pada 6/4/2015. Terima kasih.

Venice Chew
Guest
Venice Chew

Saya ialah pelajar STPM 2014. Adakah saya mempunyai peluang untuk memilih kursus yang ditawar oleh UPU sekiranya saya telah berjaya ditawarkan PISMP?

Fatin
Guest
Fatin

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bolehkah saya menukar subjek yang dipohon selepas ujian UKCG atau temuduga?

Nur Haziqah
Guest
Nur Haziqah

Assalamualaikum. Terima kasih atas info yang sangat berguna. Maaf, saya ingin bertanya. Selepas tamat PPISMP, adakah perlu mengambil ijazah sarjana muda? Bagaimana kalau saya memohon IPG tetapi ingin menjadi seorang pensyarah? Terima kasih.

Yana
Guest
Yana

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang sesi temuduga IPG. Bagaimana proses temuduga dijalankan? Apakah persediaan yang perlu saya lakukan? Lagi satu persoalan, saya mengambil subjek Pendidikan Islam. Adakah saya akan ditemuduga tentang bahasa Arab juga? Harap anda dapat membantu. 😊

Fikri
Guest
Fikri

Assalamualaikum. Sekiranya, kita sudah mengajar di sekolah rendah, adakah kita boleh mengajar ke sekolah menengah?

Adie
Guest
Adie

Adakah benar bahawa IPG tidak lagi menawarkan biasiswa/ elaun pada setiap pelajar terutamanya pelajar yang mempunyai keputusan yang tidak memuaskan?

Afifah Musfirah
Guest
Afifah Musfirah

Assalamualaikum. Saya mahu bertanya. Saya sudah melepasi ujian UKCG. Saya mengambil subjek Seni. BMI saya hanya 16 shaja. Tekan tubi hanya 20 dan ujian yang seterusnya saya memperolehi 12. Ujian ‘Bleep’ saya tidak pasti. Hal ini bermakna markah saya ialah 60 tidak termasuk dengan markah ujian ‘Bleep’. Jadi, adakah saya layak untuk memasuki IPG dengan pencapaian yang tidak memuaskan?