Secara rasminya saya menjadi alumni SMAP pada 13 Disember 2011 selepas selesai menduduki kertas peperiksaan SPM yang terakhir iaitu kertas PQS. Sebenarnya, telah banyak saya pelajari semasa berada di sekolah ini selama 5 tahun.
Pelbagai pengalaman, ujian dan halangan telah saya tempuhi. Saya juga berasa sangat bertuah kerana berpeluang mempunyai kawan-kawan yang sedia menegur saya sekiranya saya melakukan kesilapan dan kesalahan. Mudah-mudahan segala apa yang saya pelajari di SMAP akan menjadi panduan untuk saya menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.