Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Kami menadah tangan kami dan memohon kepada-Mu dengan penuh rendah hati. Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa ibu bapa kami dan dosa kaum muslimin dan muslimat. Ya Allah, janganlah kamu memalingkan hati kami setelah engkau memberi petunjuk kepada kami.
Sekiranya pada diri kami ini masih ada kelemahan dan dosa, janganlah ia menjadi penghalang pada tertunainya doa kami yang terbit dari hati yang ikhlas dan dari jiwa yang sentiasa mengharapkan keredhaan serta keampunan-Mu.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin mencari keredhaan-Mu. Wahai tuhanku, kayakanlah kami dengan ilmu, hiasilah kami dengan ketenangan jiwa dan muliakanlah kami dengan takwa dan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik. Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua-dua pasangan mempelai ini.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua-dua pasangan mempelai pada hari ini. Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini, perasaan tenteram, sentiasa berasa kecukupan dan terpelihara dari segala godaan. Jalinkanlah perhubungan mereka dengan ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan. Kurniakanlah juga kepada kedua-dua mempelai yang diraikan ini zuriat yang soleh dan solehah.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar peliharakanlah kami dari malapetaka dan daripada sifat buruk manusia yang berniat jahat serta jauhilah kami dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang.
Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini. Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Lalu masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.
Contoh Doa Majlis Pertunangan: