Kelebihan Tingkatan 6

Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Selamat tahun 2018!

Jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya di ruangan komen di bawah.

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, antaranya adalah:

1. Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.

2. Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya mestilah mendapat 4 prinsipal/3 prinsipal dan 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.

3. Kiraan ‘pointer’ STPM berdasarkan jumlah markah kesemua pointer subjek diambil dibahagi dengan 4 sahaja. ‘Pointer’ untuk memasuki ke universiti menggunakan STPM ini tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. 

4. Kualiti sijil STPM ini bertaraf diploma. Maksudnya anda boleh memohon jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan.

Taraf Sijil STPM

Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge/UK. Taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level. Di luar negara, STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige atau High School Certificate (HSC), High School Diploma di US.

Kelayakan Bekerja dengan Kerajaan

Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan:

1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Kesimpulannya, jika anda memperolehi 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tetapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain mestilah gred C (syarat paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan).

Penggantian Subjek

Penjelasan lanjut tentang STPM bagi kemasukan ke IPTA atau kerja berdasarkan penggantian subjek adalah seperti berikut:

Contohnya, pelajar A mempunyai keputusan  SPM dan STPM dalam masa yang sama. Pelajar A tidak mendapat paling kurang kredit dalam subjek Ekonomi di peringkat SPM tetapi dia mendapat prinsipal dalam subjek Ekonomi di peringkat STPM.

Semasa ingin memohon untuk memasuki ke universiti nanti, jika terdapat kursus yang mensyaratkan pelajar A mesti mendapat kredit dalam subjek Ekonomi pada peringkat SPM (tetapi dia tidak mendapat kredit), maka pelajar A bolehlah menggunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi di peringkat SPM tadi.

Maksudnya, apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yang sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau menampung nilai subjek yang sama di peringkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.

Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh menampung subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tidak boleh subjek yang sama di peringkat SPM mengganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi daripada taraf SPM.

Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.

A-Level (Advanced Level): STPM iaitu merupakan tahap lanjutan dan di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.

O-Level (Ordinary Level): SPM iaitu tahap biasa dan di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran di Tingkatan 6

Belajar di tingkatan 6 seperti belajar di universiti, tidak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ini ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun berkait dengan sastera, sastera pun berkait dengan sains.

Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insya-Allah anda pasti berjaya kelak.

Memasuki tingkatan 6 memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu wujud daripada awal pembelajaran lagi. Ingat, STPM adalah antara 5 peperiksaan tersusah di dunia.

Gred STPM

Berikut ialah nilai gred lulus penuh atau prinsipal:

A : 4.00

A-: 3.67

B+: 3.33

B : 3.00

B-: 2.67

C+: 2.33

C : 2.00

Berikut pula adalah bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid:

C-: 1.67

D : 1.33

D-: 1.00

F : 0.00

Sila layari laman di bawah bagi melihat syarat-syarat kelayakan STPM bagi pelantikan dalam perkhidmatan awam:

Syarat Kelayakan STPM bagi Pelantikan Perkhimatan Awam.

Sukatan Pelajaran

Kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.

Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu tingkatan 6 yang pakar dalam bidangnya.

Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.

Untuk mendapatkan sijil STPM, anda haruslah sekurangnya mendapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai STPM anda bolehlah melayari laman web yang berikut:

1. STPM Terminal.

2. STPM Baharu.

Sebarang pertanyaan lazim tentang STPM, sila klik di sini. Manakala, bagi melihat kemasukan ke tingkatan 6 pula, sila klik di sini.

Jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

169
Leave a Reply

avatar
70 Comment threads
99 Thread replies
1 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
75 Comment authors
zmd94HanafiLiyanaItaAliah Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Aishah
Guest

Saya sudah berputus asa belajar di tingkatan 6, padahal hanya tinggal lagi 2 bulan sebelum peperiksaan akhir. Rugi rasanya kerana tidak menyambung pelajaran di UiTM atau Politeknik. Harap anda dapat membantu saya.

Mohd
Guest
Mohd

Salam, rasanya tidak terlambat lagi untuk saya bertanya. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam ‘finance degree’ di New Zealand dalam 2 tahun lagi. Soalan saya, adakah lebih baik saya melanjutkan pelajaran dalam program a-Level atau STPM? Saya sekarang hanya mempunyai sijil SPM sahaja. Setahu saya yuran kemasukan ke program a-Level lebih mahal daripada STPM. Saya mendapat info daripada website tarc, masa pengajian bagi program a-Level & STPM ialah sama iaitu 18 bulan. Saya mohon pencerahan, terima kasih.

Aisha Sahar
Guest
Aisha Sahar

Saya mempunyai masalah di TG6 iaitu tertinggal semester pertama kerana masalah kesihatan. Oleh kerana itu, saya berasa mampukah saya mengulangkaji pelajaran untuk semester yang telah tertinggal itu. Saya ingin minta pindapat anda, adakah perlu saya teruskan TG6 atau pergi ke IPTA/Politeknik? Saya perlukan penjelasan. Terima kasih.

Fana
Guest
Fana

TG6 tu tingkatan 6.

Saya rasa lebih baik tidak teruskan tingkatan 6 jika telah banyak ketinggalan pelajaran. Semua ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Quratu
Guest
Quratu

Salam. Saya lepasan STPM 2015. Keputusan saya ialah 2.92 iaitu 3B 1B- dan MUET saya band 4. Jadi, adakah saya mempunyai peluang untuk ditempatkan di universiti dengan pemilihan kos perniagaan dan ekonomi memandangkan saya mempunyai asas bagi subjek tersebut? Adakah pemilihan kos ini sesuai dengan keputusan saya?

Airis Nuha
Guest
Airis Nuha

Salam. Jika saya mempunyai sijil STPM, bolehkah saya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah? Tempoh pembelajaran bagi matrik & STPM, manakah yang lebih singkat?

Mart Aumi
Guest

Assalamualaikum. Sekiranya saya gagal dalam subjek matematik tambahan atau mana-mana subjek sains, adakah saya masih layak untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6?

Huwaina Helmy
Guest
Huwaina Helmy

Assalamualaikum, saya baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM. Sekiranya saya ingin menyambung pelajaran ke tingkatan 6, bagaimana? Hal ini adalah kerana saya hanya diberi pendedahan oleh guru-guru tentang cara-cara kemasukan ke IPTA, asasi dan matrikulasi sahaja. Terima kasih.

Aieyynn
Guest
Aieyynn

Assalamualaikum. Saya ingin meminta pendapat daripada anda. Saya sebenarnya ingin mengmbil STPM tetapi kebanyakan kawan saya mengatakan STPM itu susah. Boleh tolong jelaskan lebih lanjut mengenai STPM? Terima kasih.

Fana
Guest
Fana

Saya mahu memberikan pendapat. Tingkatan 6 susah? Memang pun susah. Bagi pengetahuan semua, peperiksaan STPM adalah antara peperiksaan yang tersusah di dunia. Namun, hal itu mengikut kemampuan individu juga. Sekiranya dia memang pandai, maka peperiksaan STPM adalah mudah baginya. Apapun, cuba dulu mengikuti pengajian di tingkatan 6 bagi 1 penggal. Rasa sendiri macam mana. Cuba menduduki peperiksaaan pertama hal ini adalah kerana ujian bagi tingkatan 6 bawah ini terasa cepat. Kenapa saya mengatakan 1 penggal? Hal ini adalah kerana tingkatan 6 sudah menggunakan sistem penggal seperti diploma. Hanya terdapat 3 semester sahaja. Sekiranya lulus dengan cemerlang, anda boleh terus melanjutkan… Read more »

Zamri
Guest
Zamri

Salam. Sekiranya saya medapat 3 prinsipal dalam STPM namun subjek ekonomi subsid dan pointernya hanya 2.8, adakah saya mempunyai peluang untuk diterima oleh mana-mana univesiti tempatan?

Sarah
Guest
Sarah

Saya pelajar SPM. Saya bercadang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya risau kerana ramai kenalan saya yang mengatakan tingkatan 6 ini susah. Jadi, macam mana?

Muhd Khairuddin
Guest
Muhd Khairuddin

Saya telah mendapat keputusan STPM. Pengajian Am dan BM saya lulus sebahagian sahaja iaitu gred C-. Bolehkah saya memasuki universiti bagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah?

Sofia Mulyani
Guest

Assalamualaikum. Boleh cadangkan tempat yang sesuai untuk abang saya melanjutkan pelajaran kerana dia baru sahaja mendapat keputusan STPM. Dia mendapat pointer 2.00. Pengajian Am C- , BM C, SJ C, P.Perniagaan D+. Terima kasih.

Zainal
Guest

Salam, jika saya hanya mendapat C- dalam subjek pengajian am, adakah saya masih layak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah?

Brasil
Guest
Brasil

Salam, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Pra-Universiti (Sains). Jadi, jka saya ingin menjadi pegawai perubatan, berapakah minimum PNGK yang harus saya perolehi? Saya juga keliru, program matrikulasi hanya mengambil masa 1 tahun. Adakah pelajar lepasan matrikulasi akan meneruskan pengajian mereka di peringkat ijazah atau mereka akan bercuti terlebih dahulu sementara menunggu pelajar Pra-Universiti menamatkan pengajian mereka?

Saya amat berharap maklumat daripada saudara. Terima kasih saya ucapkan.

Nabila
Guest
Nabila

Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2013. Saya bercadang untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 tetapi nama saya telah terpilih untuk ke PLKN penempatan ketiga. Kalau di mana-mana IPTA, terdapat juga yang boleh masuk pada Januari tahun hadapan atau pada bulan November tahun ini. Jadi, bagaimana dengan Tingkatan 6? Boleh atau tidak kalau saya masuk ke tingkatan 6 pada bulan Nov/ Jan? Memang ramai yang kata kita boleh buat penangguhan untuk PLKN, tapi saya lebih selesa jika diteruskan sahaja tanpa membuat apa-apa penangguhan. Jadi,bagaimana?

Lagi satu, adakah syarat kelayakan ke UniSZA perlu mengambil Bahasa Arab? Terima kasih.

Joane
Guest
Joane

Salam, saya telah mendapat CGPA 2.92 (P.P B+, Ekonomi C, Sejarah B+, P.Am B) dalam STPM dan band 2 dalam Muet. Adakah saya mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA? dan apakah kursus yang layak untuk saya?

Fana
Guest
Fana

Keputusan STPM awak bagus. Memang boleh sahaja kalau keputusan begitu. Tahniah!

Ezul
Guest

Saya hanya mahu bertanya, kalau Pengajian Am (D+) and subjek lain saya mendapat A (4.0) seperti Fizik, Matematik, Biologi, dan MUET (Tahap 4), adakah saya layak melanjutkan pelajaran ke universiti?

Fana
Guest
Fana

Setahu saya subjek Pengajian Am adalah wajib prinsipal. Cikgu saya memaklumkan bahawa jika mendapat prinsipal untuk subjek lain tetapi Pengajian Am tidak prinsipal maka tiada guna. Hal ini adalah kerana ia adalah merupakan syarat bagi melanjutkan pelajaran ke universiti.

Amir
Guest
Amir

Assalamualaikum, saya mendapat gred C- dalam STPM 2013. Adakah saya layak memohon untuk menyambung pelajaran ke universiti?

Nisa
Guest
Nisa

Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, sekiranya kita bersetuju menerima tawaran ke tingkatan 6, adakah permohonan kita di UPU masih diproses? Hal ini adalah kerana untuk Matrikulasi, berdasarkan apa yang saya dengar mengatakan jika kita sudah menerima tawaran ke Matrikulai permohanan melanjutkan pelajaran ke universiti melalui UPU tidak akan diproses lagi oleh pihak kementerian. Adakah ini akan terjadi untuk tingkatan 6. Terima kasih.

Irashe
Guest

Salam. Saya budak lepasan SPM 2013. Saya mahu tanya mengenai MUET. Boleh anda terangkan mengenai tahap-tahap yang terdapat dalam MUET? Terima kasih.

Eghats
Guest

Keputusan STPM 2013 telah keluar. Adik saya telah mendapat keputusan PA(C-), BM(B-), GEO(B), PEN.SENI VISUAL(B+). MUET(BAND 1). Adakah dia berpeluang masuk ke IPTA?

Nur Kezwati Mohd Zain
Guest
Nur Kezwati Mohd Zain

Saya lulusan STPM 2012 dengan pencapaian 4A-1B dan telah mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi Pentadbiran Perniagaan. Oleh kerana masalah kewangan saya terpaksa menolak tawaran tersebut. Walau bagaimanapun, pada tahun ini saya telah membuat permohonan UPU yang baru. Soalan saya, adakah permohonan saya masih akan dilayan oleh pihak KPM?

Syahirah
Guest
Syahirah

Salam. Saya ingin melanjutkan pengajian ke luar negara untuk ijazah. Borang permohonan universiti tersebut meminta saya untuk mengisi sama ada saya mengambil peperiksaan A-Level atau lain-lain. Adakah saya perlu memilih A-Level ataupun lain-lain kerana saya mengambil STPM. Tuan mengatakan A-Level dan STPM setaraf. Jadi macam mana? Mohon pencerahan.

Attikah
Guest

Salam. Saya mahu minta pencerahan daripada saudara mengenai SPM. Saya telah mendapat 4 kepujian sahaja iaitu BM (B+), BI (D), Sejarah (B), MT (B), PM (C+), BIB (D), Kimia (E), Biologi (E) dan Fizik (D). Saya telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dan mendapat CGPA 2.75. Hari itu saya telah cuba memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UiTM. Namun, pegawai yang mengambil borang rayuan mengatakan bahawa saya tidak layak memohon. Seterusnya, dia mencadangkan saya memohon program pra-diploma kerana saya memperolehi 4 kepujian sahaja dalam SPM. Adakah betul bahawa keputusan saya tersebut menyebabkan saya tidak layak menyambung pelajaran ke… Read more »

Fana
Guest
Fana

Adakah terdapat pelajar yang gagal STPM untuk semua subjek? Jika dia mendapat 4 prinsipal kecuali MUETnya gagal iaitu cuma mendapat tahap 1, adakah akan diiktiraf juga oleh Cambridge?

Farid
Guest

Salam. Saya ialah pelajar lepasan STPM. Pada semester 1, saya memperolehi Pengajiam Am (C+), BM (B+), Sejarah (D+) dan Pengajian Perniagaan (F). Pada semester 2 pula, saya hanya memperolehi Pengajian Am (D), Sejarah (D), BM (B) dan Pengajian Perniagaan (F). Pada semester 3 pula, saya memperolehi Pengajiam Am (C+), Sejarah (C), BM (D+) dan Pengajian Perniagaan (D+). Jadi, adakah saya layak menyambung pelajaran saya ke peringkat ijazah? Saya mohon penjelasan.

Anis Mohd
Guest
Anis Mohd

Assalamualaikum, saya mahu bertanya. Adakah sekiranya saya memperolehi C- bagi subjek Pengajian Am, saya tidak layak untuk mendapat sijil STPM?

Niely
Guest
Niely

Salam. Saya pelajar lepasan tingkatan 6 2014. Saya ingin bertanya adakah terdapat pelajar STPM lepasan tahun-tahun lalu yang layak melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan hanya mendapat gred C- dalam subjek Pengajian Am?

Nabilla
Guest
Nabilla

Assalammualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2014 dan berminat untuk mengambil STPM. Jikalau saya mendapat keputusan yg bagus dlm STPM, adakah saya berpeluang untuk menyambung ijazah ke luar negara? Sekiranya boleh, bagaimana? Adakah melalui biasiswa atau terdapat cara lain?

Haziq
Guest
Haziq

Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, sekiranya saya hanya memperolehi 4 kredit dalam SPM (BM, SJ, MT, PI) tetapi cemerlang dalam STPM nanti, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di IPTA? Harap membantu.

Syahirah
Guest
Syahirah

Saya pelajar lepasan SPM 2014. Saya berminat untuk mengambil STPM. Namun, ramai yang mengatakan jika permohonan kita ke matrikulasi diterima, kita tidak akan mendapat tawaran untuk mengambil tingkatan 6. Jadi, sekiranya saya menolak program matrikulasi dan mengambil STPM. Adakah saya perlu membuat rayuan?

Leyla
Guest
Leyla

Salam. Bolehkah saya membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sekiranya saya memperolehi gred D bagi subjek bahasa Melayu?

Nuraqila Naina Erysha
Guest

Assalamualaikum. Saya ingin membuat pertanyaan, sekiranya keputusan STPM ialah Pengajian Am (D+), Bahasa Malaysia (C+), Sains Sukan (C), dan Sejarah (F). Adakah saya layak memperolehi sijil STPM?

Nurin Sahira
Guest
Nurin Sahira

Saya ingin mngambil STPM dalam aliran agama. Bolehkah lepasan STPM menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara seperti negara di timur tengah?

Vyonne Fung
Guest
Vyonne Fung

Saya ingin bertanya, jika saya menamatkan STPM, saya masih boleh memilih kursus rekaan dalaman?

Hazieq
Guest
Hazieq

Saya mahu tahu cara menyambung belajar TESL di luar negara seperti UK selepas STPM? Saya berminat mahu menjadi guru tetapi dengan lulusan TESL luar negara bukan dalam negara? Hal ini adalah kerana saya berasa iri hati apabila tidak terpilih bagi Program Berkembar Bahasa Inggeris IPG-Universiti Luar Negara? Harap dapat bantu saya.

Rhyme
Guest
Rhyme

Salam, saya ingin bertanyakan pendapat sahaja. Mungkin anda dapat menambah pemahaman tentang perkara ini iaitu antara mata pelajaran perakaunan dan pengajian perniagaan, program mana satu yang lebih bagus? Seterusnya antara dua program tersebut, ke mana hala tuju kerjayanya? Selepas itu, bagaimana pula dengan peluang untuk menyambung ke peringkat ijazah nanti? Mohon penerangan yang jelas. Terima kasih.

Arman
Guest
Arman

Saya telah memperolehi gred (C) dalam subjek Sejarah, gred (E) dalam subjek Geografi dan (R) bagi subjek Bahasa Malaysia. Pada kali kedua pula, saya telah mendapat (R) bagi subjek Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Bagi subjek lukisan pula saya memperolehi gred (E). Jadi, apakah kursus yang layak saya pohon?

Muhammad Syakir Mat
Guest

Assalamualaikum. Saya pelajar STPM 2013/2014 dan baru sahaja megisi UPU pada tahun ini setelah megetahui keputusan pada bulan 4 lalu. Saya telah mendapat PNGK 3.17. Semasa SPM dahulu saya telah gagal dalam subjek Bahasa Inggeris. Adakah ini akan menyukarkan saya ke IPTA? Hal ini adalah kerana saya tidak mendapat pangilan temuduga IPTA 2015 bagi kos bertemuduga. Adakah kegagalan saya tersebut menjadi puncanya? Mohon saranan tuan.

Jiha
Guest

Salam, saya menjadi calon MPP di tingkatan 6. Transformasi apa yang boleh saya buat di pra-universiti ini?

Henripot
Guest
Henripot

Assalamualaikum, adakah saya layak untuk masuk ke universiti dengan keputusan STPM 2.60 PNGK?

Zulaikah
Guest
Zulaikah

Saya pelajar tingkatan 6. Saya akan menduduki peperiksaan semester 3, 13 hari lagi. Selepas keputusan yang agak teruk pada semester 2, semangat saya terus hilang. Saya tidak tahu apa sebabnya saya tidak boleh mengingati perkara yang saya telah pelajari. Saya rasa tertekan sebab saya tahu bahawa saya tidak akan dapat memperolehi keputusan cemerlang dalam STPM. Macam mana saya mahu mengulang kaji semua mata pelajaran dalam masa 13 hari? Saya runsing.

Sarah
Guest
Sarah

Saya merupakan pelajar tingkatan 6 (2015). Saya ingin bertanya jika saya lulus dengan baik untuk peperiksaan STPM yang akan datang tetapi saya hanya memperolehi keputusan lulus bagi subjek Matematik dalam peperiksaan SPM, adakah saya layak untuk memohon program ijazah di mana-mana universiti? Mohon penjelasan.

Nizam
Guest
Nizam

Saya ialah lepasan SPM 2014. Saya mendapat kepujian bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Pendidikan Islam. Bagi subjek Matematik ialah lulus atas, manakala subjek Perdagangan dan Sains Sukan saya memperolehi keputusan lulus. Namun, saya mendapat gred G bagi subjek Bahasa Inggeris. Jadi, adakah saya layak menyambung belajar di peringkat STPM bagi sesi 2016?

Norman
Guest
Norman

Salam, saya pelajar lepasan STPM bagi tahun ini. Keputusan keseluruhan saya tidaklah begitu memuaskan iaitu Pengajian Am ialah mendapat gred C (2.1826), Ekonomi D+ (1.4381), P. Perniagaan C-(1.75) dan ICT iaitu C (2.268). Apakah saya patut mengulang kertas bagi mata pelajaran P. Am, Ekonomi, dan ICT untuk sekurang-kurangnya memenuhi kehendak permohonan SPA dan melanjutkan pelajaran ke institusi tempatan. Mohon penjelasan.

Frederick
Guest
Frederick

Adakah saya akan menerima sijil STPM sekiranya keputusan saya hanya 1.92. Hal ini adalah kerana saya sedang menghadapi masalah tersebut. Bagi pengetahuan saudara, di bawah slip tersebut ada juga menyatakan sekiranya lulus sekurang-kurangnya C+, baru anda layak menerima sijil STPM.

Shahieddin
Guest
Shahieddin

Saya ialah lepasan STPM 2015 CGPA 2.17 dengan keputusan penuh PA (C), Sejarah (B), Ekonomi (C-) dan PP (C-). Adakah saya dapat memasuki mana-mana IPTA?

Ika
Guest
Ika

Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2015. Saya mahu melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya melebihi 12 point. Saya mendapat 13 point. Saya mendengar bahawa boleh membuat rayuan. Adakah saya boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6? Bagi pengetahuan saudara, subjek Matematik dan bahasa Inggeris saya mendapat D semasa SPM. Adakah diterima oleh mana-mana universiti?

Wan
Guest

Info yang bagus. Terima kasih.

Arya
Guest
Arya

Saya merupakan lepasan SPM 2016 tetapi gagal dalam subjek Matematik Tambahan. Adakah surat tawaran kemasukan tingkatan 6 akan ditawarkan kepada saya? Atau saya perlu memohon sendiri?

Jul
Guest
Jul

Saya merupakan lepasan SPM 2015 dan memperolehi D dalam subjek BI. Adakah itu penghalang untuk saya masuk ke tingkatan 6 secara automatik? Adakah saya layak melajutkan pelajaran dalam aliran Sains, jika saya mendapat kurang daripada 18 unit seperti Matematik A+ (1 unit), Fizik C (6 unit) dan Kimia D (7 unit)?