Apakah Perbezaan antara Pra-Diploma dan Diploma?

Selamat tahun 2017.

Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan diruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda. Terima kasih.

Keputusan SPM telah diumumkan dan semua pelajar telah memperolehinya daripada sekolah masing-masing. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.

Program Diploma?

Program Diploma ialah satu program yang diuruskan dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Program Pra-Diploma?

Program Pra-Diploma pula ditawarkan kepada sesiapa mendapat keputusan kurang daripada 5 kepujian yang menyebabkan pelajar tersebut tidak layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma. 

Program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar yang kurang berjaya, agar mereka juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah syarat minimun bagi sesiapa yang ingin mengikuti program Pra-Diploma:

1. Mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan.

2. Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.

3. Lulus (1) daripada mana-mana subjek yang berikut:

3.1 Fizik

3.2 Kimia

3.3 Biologi

3.4 Matematik Tambahan

Tempoh pengajian bagi program Pra-Diploma ialah antara 6 bulan sehingga ke 12 bulan.  Akhirnya, mana-mana calon yang berjaya/lulus dalam program Pra-Diploma bolehlah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.

Jadi, manakah yang lebih baik?

Sebenarnya, program Diploma dan Pra-Diploma mempunyai kelebihan masing-masing.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam SPM (kurang daripada 5 kepujian), anda amatlah digalakkan untuk memohon program Pra-Diploma. Memang tidak dinafikan bahawa masa yang anda akan habiskan adalah lebih kurang 4 tahun kerana anda perlu menyelesaikan dahulu program Pra-Diploma (lebih kurang 1 tahun) dan program Diploma (lebih kurang 3 tahun), tetapi program Pra-Diploma ini adalah merupakan salah satu peluang untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Siapa yang mengatakan pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM tidak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan seterusnya ke peringkat? Hal ini adalah kerana dengan adanya program Pra-Diploma, perkara ini adalah tidak mustahil.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang minimum sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM, saya galakkan anda memohon untuk melanjutkan pelajaran ke program Diploma. Hal ini adalah kerana anda akan dapat menjimatkan masa selama 1 tahun.

Akhirnya, janganlah jadikan kegagalan itu sebagai satu halangan untuk kita terus berjaya. Jadikanlah kegagalan itu sebagai satu dorongan untuk kita menjadi lebih baik dan bersungguh-sungguh pada masa hadapan.

Saya ucapkan semoga anda semua berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat.

Leave a Reply

186 Comments on "Apakah Perbezaan antara Pra-Diploma dan Diploma?"

avatar
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Thanaletchumy
Guest

Apa saya boleh lakukan dengan 1 C+ dalam subjek Pendidikan Seni?

Ain
Guest

Terima kasih! Info yang amat berguna!

Fujin
Guest

Adakah terdapat kemungkinan bahawa para pelajar boleh ditawarkan program diploma dengan hanya menggunakan keputusan peperiksaan percubaan?

Amani
Guest

Saya mahu bertanya bagi pihak kawan saya. Kawan saya aliran sastera, tetapi dia mahu mengambil bidang kejururawatan. Keputusan SPM dia agak cemerlang. Adakah apabila kita mengambil pra diploma, kita boleh mengambil bidang kejururawatan untuk diploma? Hal ini adalah kerana dia aliran sastera bukan aliran sains. Harap dapat membantu 🙂

Aidil
Guest

Tiada kursus tersebut untuk menyambung pelajaran. Kursus mekanikal sahaja yang banyak dengan pilihan yang terhad.

Alan
Guest

Hello admin, pertama sekali, terima kasih kerana berkongsi matlumat yang berguna ini. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Saya mendapat keputusan minimum 5 kepujian (1A 2B 4C 1D 1E). Adakah keputusan minima ini layak untuk saya belajar diperingkat diploma? Saya ingin mengambil jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (AD110). Syarat kelayakan Diploma AD110 ini adalah sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Mathematik. Sedangkan pra-diploma memerlukan kepujian dalam Mathematik. Jadi, bolehkah saya memohon dengan keputusan minima dalam subjek Mathematik iaitu E?

Thank you for the time. 🙂

Izwan Fahmie
Guest

Sekarang ini kebanyakan ijazah melihat kembali keputusan SPM, jadi sekiranya saya mengikuti program pra-diploma ini dan berjaya sehingga menamatkan diploma. Bagaimanakah saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sedangkan keputusan SPM saya tidak mencapai kredit yang diinginkan?

Zafirah Fatimi
Guest

Saya telah mendapat dua tawaran yang berbeza iaitu Pra-Diploma Perdagangan dan Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi. Jadi yang mana satu patut saya pilih? Apakah kelebihan program pra-diploma?

Adam Putra
Guest

Assalamualaikum. Saya telah mendapat 2 tawaran iaitu program Diploma Pengurusan Sumber Manusia di KPTM dan Pra-Diploma Keusahawanan di UiTM. Saya lebih berminat dalam bidang perakaunan. Jadi yang mana satu patut saya pilih? Apakah kelebihan KPTM berbanding UiTM? Harap dapat membantu. Terima kasih

Jai
Guest

Keputusan SPM saya ialah 6 kredit tetapi bahasa Inggeris sekadar lulus sahaja. Persoalannya, adakah boleh saya menyambung pelajaran ke program diploma tanpa melalui program pra-diploma? Ini ialah keputusan SPM saya iaitu Sains (A+), BM (B+), MT (C+), Geografi (C), PQS (C), PSI (E) dan BI (E). Harap dapat membantu. 🙂

Ainna
Guest

Assalamualaikum. Saya mahu mengambil kos psikologi tetapi saya dari aliran teknikal. Selain itu, saya juga merupakan lepasan SPM 2012. Masalahnya kos psikologi ditawarkan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sahaja. Jadi, patutkah saya memasuki program Pra-Diploma Sains terlebih dahulu?

Amy
Guest

Salam. Saya baru berumur 16 tahun dan terus meminta untuk melanjutkan pelajaran ke kolej vokasional. Adakah tindakan saya itu betul?

Syuhaidah
Guest

Saya dari aliran sastera. Boleh atau tidak sekiranya saya mahu melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma Sains? Setelah habis pengajian tersebut, apakah jurusan yang ditawarkan?

Syafiqah Suhaimi
Guest

Saya telah mendapat BM (A-), Pendidikan Islam (A-), Sejarah (A), Bahasa Inggeris (B+), Matematik (B), Biologi (C), Fizik (D), Matematik Tambahan (E) dan Kimia (E). Adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pentadbiran Awam?

Syuhada
Guest

Terima kasih atas info yang diberikan. Saya baru sahaja mendapat keputusan SPM tetapi keputusan saya tidak berapa memuaskan. Jadi, apakah bidang yang saya boleh ambil dengan keputusan saya iaitu Seni (B+), BM (B), Sains (B), Sejarah (B), Agama (C+), Bahasa Inggeris (C), Matematik (D) dan ICT (D)?

Nurul Huda Sha'ari
Guest

Saya telah mendapat keputusan SPM iaitu 1A+ 2A 1A- 2B+ 1B 2C+ 1C 1D. Subjek Kimia saya ialah D. Bahasa Inggeris pula hanya C+ sahaja. Saya sudah berkelayakan memohon program Diploma Sains di UiTM tetapi saya lebih berminat kepada bidang fisioterapi. Walau bagaimanapun, keputusan SPM saya tidak memenuhi syarat minimum bagi program tersebut. Jadi, saya bercadang mengambil program pra-diploma. Adakah saya akan rugi? Hal ini adalah kerana keputusan saya tidaklah teruk tetapi saya tidak mahu belajar dalam program Diploma Sains. Boleh cadangkan sebarang jalan penyelesaian?

Niel
Guest

Salam. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Perbankan. Syarat kelayakan minimumnya ialah 5 kepujian (C) termasuk mata pelajaran Matematik, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Saya telah mendapat 5 kepujian tetapi bahasa Inggeris saya hanya D. Jadi, adakah saya layak melanjutkan pelajaran ke dalam program tersebut tanpa perlu mengikuti program pra-diploma terlebih dahulu?

Niel
Guest

Salam. Jadi, adakah saya perlu melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma? Apakah subjek yang perlu dipelajari dalam program Pra-Diploma tersebut?

Eina
Guest

Salam. Saya tidak layak mengikuti program pra diploma kerana pendapatan lebih RM3000 tetapi keputusan saya tiada masalah. Jadi mereka menawarkan saya menyembung pelajaran ke kolej bersekutu dalam program pra-diploma selama 6 bulan. Jadi, adakah boleh saya melanjutkan pelajaran bagi peringkat diploma nanti di UiTM atau tetap di kolej bersekutu? Terima kasih.

95
Guest

Sekarang ini kebanyakan ijazah melihat kembali keputusan SPM, jadi sekiranya saya mengikuti program pra-diploma ini dan berjaya sehingga menamatkan diploma. Bagaimanakah saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sedangkan keputusan SPM saya tidak mencapai kredit yang diinginkan?

Ryzan
Guest

Assalamualaikum. Saya mahu tanya, bagaimanakah cara saya mahu memohon program pra-diploma di UiTM?

Hanafi bin Ithnin
Guest

Saya ingin memohon program Diploma Seni Kulinari. Saya telah menyemak syarat-syarat kelayakan untuk memohon program tersebut tetapi keputusan saya tidak mencukupi. Jadi, adakah saya layak memohon pra diploma?

Nurul
Guest

Assalamualaikum. Saya ingin bertanyakan pendapat, jika ingin menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan, adakah lebih baik memilih matrikulasi sains atau diploma kejururawatan?

Ainey Qyera
Guest

Assalamualaikum. Sekiranya saya memohon program Pra-Diploma Perdagangan dan layak memasuki program tersebut, adakah saya layak memohon program Diploma Pembantu Perubatan?

Audrey
Guest

Adakah apabila saya mengambil program Diploma Kejururawatan, saya akan terus mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian? Atau lebih baik saya menunggu panggilan daripada SPA 8 sahaja?

Rohanum
Guest

Assalamualaikum. Saya mahu bertanya jika pendapatan keluarga melebihi syarat yang ditetapkan, adakah kita masih lagi boleh membuat permohonan?

Nomiiey
Guest

Assalammualaikum. Saya ingin bertanya, saya mendapat keputusan SPM 8 kredit tetapi BI saya D. Adakah saya layak untuk ditawarkan ke program diploma? Ataupun saya perlu memasuki ke program Pra-Diploma UiTM?

Amie
Guest

Assalamualaikum, saya ingin minta pendapat saudara. Saya mendapat tawaran ke tingkatan 6 dan juga tawaran ke UiTM dalam program Diploma Pentadbiran Korporat. Boleh saya tahu apa skop pekerjaan yang akan saya ceburi kalau menerima tawaran UiTM? Jika saya mengambil tingkatan 6, dalam jurusan sastera saya boleh menjadi guru bagi subjek Geografi. Walau bagaimanapun, jurusan kemanusiaan yang saya dapat tiada mata pelajaran Geografi?

Syazwani
Guest

Salam, saya mahu bertanya beberapa soalan.

1. Saya telah mendapat tawaran KPTM Bangi dalam program Diploma Pengurusan Perniagaan. Namun, terdapat yang mencadangkan saya supaya mengambil program pra-diploma terlebih dahulu sebelum ke peringkat diploma kerana saya memperolehi gred E dalam subjek Matematik dan gred D dalam subjek bahasa Inggeris. Jadi, bagaimana pendapat saudara? Patutkah saya menerima memohon program pra-diploma? Saya mahu belajar sehingga ke peringkat ijazah.

2. Apakah perbezaan antara program pra-diploma dan pra-perdagangan?

3. Semasa program pra-diploma, apakah subjek yang akan kita pelajari?

4. Seterusnya, adakah saya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah?

Harap saudara sudi menjawab persoalan saya. Terima kasih. 

Irfan
Guest

Sama ada melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma di UiTM atau program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di politeknik, yang mana lebih bagus?

Faezah
Guest

Assalamuaalaikum. Saya telah mendapat tawaran pengajian di politeknik dalam program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian). Saya juga telah memohon pra-diploma di UiTM. Jika saya mendapat tawaran ke UiTM, mana satu yang patut saya pilih? Terima kasih.

Natasha
Guest

Saya mahu bertanya bagi pihak adik saya. Adik saya telah mendapat tawaran untuk melanjutkn pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya tidak menyarankan dia menerima tawaran tersebut kerana subjek tingkatan 6 memang mencabar. Malangnya, dia masih tidak mendapat tawaran dari mana-mana IPTA/ Politeknik. Seterusnya, dia diminta untuk mngisi E-Rayuan yang mempunyai pilihan program yang terhad. Keputusannya ialah 1A 2B 2C 2D 1E 1G. Dia meminati bidang kejuteraan. Apa tindakan yang harus diambil? Pra-diploma Sains atau sebaiknya menukar minat?

Bella
Guest

Assalammualaikum. Saya telah mendapat 2 tawaran iaitu pengajian di politeknik dalam program Diploma Pemasaran dan Pra Diploma Perdagangan di UITM. Jadi, mana satu yang lebih baik dan patut saya pilih?

Zamri
Guest

Assalamualaikum. Saya mahu bertanya mengenai program fast track diploma yang dikatakan boleh terus melanjutkan ke program ijazah sarjana muda. Saya dikhabarkan apabila seseorang itu memasuki semester 3, maka dia boleh terus belajar ke peringkat ijazah. Adakah universiti lain yang menawarkan perkara tersebut atau hanya UiTM sahaja?

Nurul Nadhirah
Guest

Assalamualaikum. Saya mahu tahu apakah kelebihan program Diploma Pentadbiran Korporat? Adakah kursus tersebut susah?

Syakila
Guest

Saya telah mendapat BM (B), Agama (B), Sains (C+), Ekonomi Asas (D), Sejarah (D), BI (D) dan Matematik (G) dalam peperiksaan SPM. Apakah yang harus saya lakukan? Saya tidak mendapat apa-apa tawaran? Saya ingin sangat melanjutkan pelajaran.

Jumi
Guest

Salam. Saya ialah calon SPM 2012 dan ingin mengambil program pra-diploma dengan keputusan BM(D), BI(E), Pendidikan Islam(C), Sejarah(B), Matematik(D) , Sains(B+), Geografi(B), Perdagangan(D). Adakah saya layak? Mohon percerahan.

Nur Fatihah Mohd Noor
Guest
Nur Fatihah Mohd Noor

Salam. Saya sudah membuat permohonan bagi program Pra-Perdagangan. Namun, tidak berjaya padahal saya sudah memenuhi syarat-syaratnya. Boleh tahu kenapa?

Sh23
Guest

Salam. What are the minimum requirements for a STPM student to join for law course in local-U or private-U?

Syahirah
Guest

Assalamualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan SPM 2012. Adakah saya layak memohon pengajian di IPTA bagi program diploma/ asasi bagi kemasukan tahun hadapan? Terima kasih.

Aida
Guest

Assalamualaikum. Program pra-diploma ini mempunyai elaun atau pinjaman atau macam mana?

Syamin
Guest

Boleh saya bertanya? Sekiranya saya melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma, adakah saya layak memohon pinjaman PTPTN? Terima kasih.

Arif Ashraf
Guest

Assalamualaikum. Saya baru sahaja habis program Pra-Diploma Perdagangan. Mata terkumpul saya ialah 3.45 dan saya ingin menyambung pengajian ke program Diploma Pengurusan Bank. Masalahnya kolej yang saya belajar ini tidak menawarkan progam tersebut. Jadi macam mana? Adakah saya perlu pindah ke kolej yang menawarkan program yang saya minati?

Izatul
Guest

Assalamualaikum. Apakah perbezaan diploma dan diploma lanjutan di politeknik. Adik saya telah mendapat tawaran program Diploma Akaun di politeknik. Dia ingin menyambung pelajaran di universiti tetapi syarat kelayakan permohonannya adalah agak sukar. Boleh saya dapatkan pendapat, di manakah tempat bersesuaian untuk adik saya memohon selain universiti swasta yang terlalu mahal, memandangkan dia masih ingin menyambung pelajaran dalam bidang akaun. Adakah, mungkin terdapat IPT yang semi swasta?

Jivitha
Guest

Boleh saya bertanya? Kawan saya belajar dalam program pra-diploma tetapi dia telah mendapat keputusan 2D. Jadi, adakah dia boleh meneruskan pengajian di politeknik?

Amzar
Guest

Salam. Saya mendapat keputusan 4B 3C+ 2D. Saya tidak mendapat kredit dalam Matematik dan Sains Pertanian. Saya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang TESL tetapi tidak boleh. Sekiranya dalam pra diploma, kursus apa yang sesuai untuk saya?

Wan
Guest

Saya mendapat keputusan SPM 2015 iaitu BM (B+), BI (B), Pendidikan Islam (A-), Sejarah (B+), Matematik (A-), Matematik Tambahan (D), Fizik (B), Kimia(D), Biologi (B). Pada pendapat tuan, adakah lebih baik saya menyertai program pra diploma ataupum diploma? Untuk pengetahuan tuan saya berminat dalam bidang perakaunan dan bahasa Inggeris. Jadi saya patut memohon pra diploma atau diploma?

Akmal
Guest

Saya mendapat keputusan SPM 2015 iaitu BM (C), BI (E), Matematik (D), Sains (C), Perdagangan (C), Sejarah (C), Pengajian Islam (B), Tassawur Islam (C) dan Pendidikan Islam (C). Jadi, adakah saya boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma di UiTM atau politeknik?

Noor Dayana
Guest

Assalamalaikum. Saya mendapat keputusan yang kurang baik. Saya mempunyai 4 kredit sahaja iaitu dengan gred (B+) tetapi tidak mempunyai (C). Saya mengambil 9 subjek dalam aliran Sains Tulen. Jika saya mahu melanjutkan pelajaran, adakah saya layak untuk mengikuti kursus diploma?

Im
Guest

Saya mahu tanya, bila tarikh tutup permohonan bagi program pra diploma untuk tahun ini? Terdapat yang menyatakan tarikh akhir menghantar borang permohonan adalah pada 6 mac lepas. Adakah betul?

Mell
Guest

Salam. Saya ingin bertanya sekiranya saya mengikuti program Pra-Diploma Sains dan akhirnya lulus, diploma apakah yang harus saya pilih untuk melayakkan saya memohon ijazah sarjana muda farmasi atau doktor perubatan?