Apakah Perbezaan antara Matrikulasi, Asasi atau Diploma?

Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Selamat tahun 2017!

Jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya di ruangan komen di bawah.

Keputusan SPM telah diumumkan dan semua pelajar telah memperolehinya daripada sekolah masing-masing. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPMΒ terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun 2009. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut β€˜dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa MalaysiaΒ (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda

Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manakala program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

405
Leave a Reply

avatar
176 Comment threads
229 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
186 Comment authors
zmd94KhairulIhsanzmd94Amran Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Mohammad Aklis Azmi
Guest

Saya ingin bertanya mengenai asasi sains kolej MARA. Sila bagi maklum balas segera. Yang manakah yang lebih bagus(pada pandangan anda)? Asasi IPTA, matrikulasi atau asasi sains kolej MARA? Jawapan anda sangat di nanti-nantikan.

Wan
Guest
Wan

Antara asasi dan diploma yang mana pilihan terbagus?

Nur Syahrizan
Guest
Nur Syahrizan

Assalamualaikum. Soalan saya, adakah para pelajar yang mengambil program asasi di UIAM akan diberi elaun?

Amran
Guest
Amran

Jurusan perubatan perlu mengikuti berapa semester pengajian?

Nur Syahrizan
Guest
Nur Syahrizan

Terima kasih atas maklumat yang diberi.

Ieqa
Guest

Salam. Boleh terangkan apakah itu pra diploma sains? Mana satu yang lebih baik antara pra diploma,diploma atau matrikulasi? Terima kasih. =)

Najihah
Guest
Najihah

Antara matrikulasi sains dengan diploma, yang manakah patut saya pergi?

Azim Asri
Guest
Azim Asri

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkaitan program asasi. Jika kita lulus dengan cemerlang semasa program Asasi, adakah saya boleh memohon mana-mana biasiswa seperti MARA/JPA sebab setelah saya melayari internet kebanyakannya hanya untuk lepasan matrikulasi. So, how about asasi leavers? Thanks.

Sabryna
Guest
Sabryna

Salam. Jika saya ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan nanti, yang mana satukah patut saya pilih antara matrikulasi atau Asasi Sains?

Shameer
Guest
Shameer

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya kalau di asasi sains, peperiksaan yang dihadapi macam mana? Boleh terangkan sama ada perlu membuat karangan atau soalannya berbentuk objektif atau mengikut format SPM? Mohon membantu, terima kasih.

Jamaliah Anjang Daim
Guest
Jamaliah Anjang Daim

Salam. Jika memilih untuk memasuki matrikulasi, apakah perbezaan modul 1, modul 2 & modul 3?

Azidah
Guest
Azidah

Saya ingin bertanya, saya meminati bidang pendidikan. Untuk pengetahuan saudara, saya telah mendapat tawaran daripada pihak UPSI dalam program Diploma Sains dan matrikulasi tetapi saya tidak tahu tawaran yang mana satukah patut saya terima? Please, I need your help!

Jammy
Guest
Jammy

Perlukah saya mengambil STPM jika ingin menyambung pelajaran dalam bidang pergigian? Thanks for the very useful information anyway πŸ™‚

Mary
Guest
Mary

Sekiranya di matrikulasi, saya dimasukkan ke bahagian sains teknikal, jurusan apa yang boleh saya pilih di peringkat ijazah nanti?

Che Ireenah
Guest
Che Ireenah

Assalamualaikum, saya ingin bertanya bolehkah lepasan asasi UIAM ingin memohon ke IPTA lain? Terdapat pihak yang mengatakan bahawa saya perlu mengambil diploma semula. Jadi, apakah penyelesaiannya? Sekarang saya baru 1st year degree di UIAM.

Syafiq
Guest
Syafiq

Assalamualaikum, apakah perbezaan antara jurusan Sains Hayat/ Fizikal/ Perubatan? Program yang manakah lebih baik untuk mereka yang ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan? Kemudian, program manakah yang mempunyai lebih banyak peluang untuk belajar ke luar negara, Matrikulasi/Asasi/a-Level?

Najihah
Guest
Najihah

Assalamualaikum. Saya pelajar Asasi Sains Pertanian UPM 12/13. Saya bercita-cita ingin menceburi bidang perubatan di peringkat ijazah. Adakah saya layak mengambil ijazah di UKM? Jika tidak boleh disebabkan kekangan universiti asal, bolehkah saya memohon semula melalui UPU atau lain-lain? Terima kasih.

Amiruddin
Guest
Amiruddin

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara diploma pengajian sukan dengan diploma pengurusan sukan dan rekreasi? Mana satukah yang lebih bagus?

Nabil Nur Hakim
Guest
Nabil Nur Hakim

Saya ingin bertanya bolehkah seseorang pelajar memohon matrikulasi dan asasi sains UiTM sekali gus? Tetapi pada program matrikulasi saya memohon aliran perakaunan. Selain itu, adakah permohonan UPU akan ditolak, jika permohonan matrikulasi diterima?

Prince
Guest
Prince

Adakah program asasi di IPTS bagus? Boleh kongsikan maklumat yang terperinci mengenai program asasi di IPTS? Terima kasih.

Nurhalim Rahimi
Guest
Nurhalim Rahimi

Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara Kolej Matrikulasi KPM dan Kolej Matrikulasi MARA?

Amira
Guest
Amira

Salam. Saya ingin bertanya, bolehkah jika saya ingin memohon pertukaran univeersiti? Sekarang saya sedang belajar di UMS dan saya ingin memohon pertukaran ke UiTM.

Nabil Aidil
Guest
Nabil Aidil

Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Petroleum Geosains. Saya sukar mencari maklumat mengenainya di internet. Boleh saudara tolong cadangkan beberapa laman web yang berkaitan? Terima kasih.

Nabil Aidil
Guest
Nabil Aidil

Assalamualaikum. Adakah kelayakan di asasi IPTS boleh digunakan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di IPTA?

Izzuan
Guest
Izzuan

Assalamualaikumussalam. Boleh tolong kongsikan mengenai jurusan perundangan, mana satukah universiti Malaysia yang terbaik dalam bidang perundangan dan bagaimanakah cara pelajar yang mengambil matapelajaran sains agama ingin mengambil jurusan perundangan? Terima kasih.

Husna
Guest
Husna

Salam. Jika kita mengambil program matrikulasi aliran perakaunan, apakah bidang yanng sesuai semasa kita ingin menyambung pelajaran di peringkat ijazah? Pada pendapat saudara, antara program matrikulasi dengan program asasi, yang mana satukah lebih bagus? Terima kasih.

Ameera
Guest
Ameera

Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Bolehkah anda menerangkan dengan lebih lanjut mengenai asasi Sains di UM. Saya merupakan pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

Beha Mansor
Guest
Beha Mansor

Assalamualaikum. Saya pelajar aliran sains tulen and bakal mengambil SPM pada tahun ini. Saya ingin mengetahui, jika saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian, antara Tingkatan 6 & program asasi, yang manakah lebih baik? Kemudian,apakah jenis kursus yang perlu dipilih? Apakah perbezaan program diploma & asasi? Apakah syarat kelayakan and kos pembelajaran? Bagaimanakah keadaan pembelajaran di matrikulasi? Senang atau sukar?

Amalina
Guest
Amalina

Assalamualaikum. Adakah pengajaran subjek-subjek bagi diploma pentadbiran awam di UiTM menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya? Apakah subjek-subjek yang terdapat dalam diploma pentadbiran awam? Bagaimana pula dengan diploma pengajian sukan di UiTM, adakah semua subjek diajar dalam bahasa Inggeris?

Nizam
Guest
Nizam

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, jika kita sudah tamat mengikuti program diploma, kita sudah boleh bekerja? Adakah dijamin kita akan bekerja mengikut kos yang kita mohon? Apakah kelulusan minimum untuk diterima bekerja? Terima kasih.

Eldin
Guest
Eldin

Assalamualaikum. Saya pelajar Asasi Alam Bina UM. Saya ingin bertanya, bolehkah saya memohon untuk bertukar ke IPTA lain? Sekarang sudah semester 2.

Aqifah
Guest
Aqifah

Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai apakah sebenarnya yang dtawarkan dalam program matrikulasi & asasi sains? Adakah sijil atau diploma? Saya sebenarnya masih keliru dengan perjalanan pendidikan selepas SPM. Boleh anda terangkan?

Melati Musa
Guest
Melati Musa

Assalamualaikum. Saya lepasan SPM, masih menunggu keputusan diumumkan. Saya amat berminat untuk menjadi guru TESL tetapi saya keliru sama ada ingin mengikuti program asasi TESL atau diploma pengajian BI. Boleh terangkan kepada saya?

Izzah
Guest
Izzah

Salam. Saya ingin bertanya. Saya merupakan pelajar aliran sains tulen tetapi saya sangat berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun sedangkan saya tiada ilmu asas dalam bidang tersebut. Jadi apakah program yang patut saya ikuti selepas keputusan SPM diumumkan nanti? Antara matrikulasi & asasi manakah yang lebih baik bagi saya?

Amalina
Guest
Amalina

Assalamualaikum. Apakah subjek yang akan saya pelajari semasa mengikuti diploma pengajian sukan di UiTM? Terima kasih.

Capiah
Guest
Capiah

Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui seandainya saya mendapat pointer 3.59 dalam matrikulasi, adakah saya layak untuk menjadi pensyarah?

Nur Juliana
Guest
Nur Juliana

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, untuk mencapai cita-cita sebagai doktor, adakah saya lebih sesuai untuk menyambung pelajaran di pusat matrikulasi atau tingkatan 6 atau asasi? Hal ini adalah kerana saya ingin memilih yang lebih rendah kosnya. Jawapan anda sangat dinanti-nantikan. Terima kasih.

Asilah
Guest
Asilah

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada Januari tahun hadapan (praSPM MRSM) tetapi saya berasa rugi jika menerima tawaran tersebut kerana saya mendapat tawaran untuk diploma. Saya tidak berapa faham kerana terdapat mereka yang mengatakan kalau kita mengambil diploma maka kita akan mengambil ijazah hanya 2 tahun manakala jika kita mengambil asasi, kita perlu mengambil ijazah selama 4 tahun. Minta penjelasan.

Amalina
Guest
Amalina

Assalamualaikum. Apakah subjek-subjek yang akan saya pelajari di diploma pengajian sukan? Terima kasih.

Khadijah Mohd Safie
Guest

Assalamualaikum. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Saya bercadang memohon program asasi. Mana satukah lebih baik sama ada asasi perubatan di UIAM atau asasi sains hayat di UM? Jika di peringkat ijazah, bolehkah saya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di UKM atau USM? Atau lebih baik saya mengambil STAM tahun hadapan selama setahun dan memohon melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir atau Jordan?

Izzah
Guest
Izzah

Assalamualaikum. Jika di UIAM, adakah kita wajib mengambil kursus bahasa Arab ketika mengambil program asasi? Terima Kasih.

Khairul
Guest

Assalamualaikum. Jika kita gagal untuk mendapatkan gred yang diperlukan dalam program asasi bagi diterima ke jurusan yang kita minati, adakah kita terpaksa memulakan pengajian itu semula? Hal ini adalah kerana saya minat bidang pergigian.

Khairil Rasyidi
Guest
Khairil Rasyidi

Salam. Terdapat segelintir yang berpendapat bahawa program asasi perakaunan hanya terdapat di UIA sahaja. Betulkah maklumat yang saya perolehi ini?

Amir Syafiq
Guest

Bolehkah anda terangkan mengenai tentang UTP? Bandingkan dengan matrikulasi dan asasi yang lain. Saya telah mendapat tawaran asas kejuruteraan dan akan mendaftar pada bulan Januari.

Jimmy
Guest
Jimmy

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya berminat menjadi guru tetapi saya tidak mengetahui ke mana saya harus pergi untuk melanjutkan pelajaran. UPSI, matrikulasi atau IPG? Yang mana satukah lebih baik?

Nasrin
Guest
Nasrin

Salam, jika saya mahu menjadi pereka dalaman, perlukah saya mengambil subjek fizik, kimia & lukisan kejuruteraan? Bolehkah sekiranya saya hanya mengambil aliran akaun untuk menjadi pereka dalaman? Subjek apakah yang perlu diambil sekiranya saya mahu menjadi pereka hiasan?

Nur Aliaa Fazlin
Guest
Nur Aliaa Fazlin

Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2012. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam asasi sains hayat. Kursus apakah yang patut saya ambil untuk menjadi pakar pemakanan selepas program asasi? Jika saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi, bolehkah saya menjadi pakar pemakanan?

Akhlam
Guest
Akhlam

Salam. Kerja kursus yang perlu dibuat oleh pelajar yang mengambil asasi adakah sukar dan rumit? Apakah kesannya jika gagal dalam bahagian itu?

Akhlam
Guest
Akhlam

Assalamualaikum. Jika kita masih tidak mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris, adakah bahaya dan berisiko tinggi untuk melanjutkan ke asasi?

Fafar
Guest
Fafar

Salam, apakah perbezaan antara jurusan matrikulasi sains hayat dan sains fizikal. Jika saya lemah dalam subjek biologi, perlukah saya memilih sains fizikal? Saya berminat menjadi ahli matematik. Jadi, apakah jurusan yang perlu saya pilih di peringkat ijazah nanti? Terima kasih.

Nasrin
Guest
Nasrin

Terima kasih. Berapakah keseluruhan masa yang akan saya gunakan untuk mengikuti kursus diploma & ijazah dalam bidang hiasan dalaman?

Khairil Rasyidi
Guest
Khairil Rasyidi

Salam. Bagaimanakah cara untuk memohon program A-Level dalam bidang perakaunan?