Apakah Perbezaan antara IPTA dan IPTS?

Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Selamat tahun 2017.

Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan diruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda. Terima kasih.

Apa itu IPTS?

IPTS ialah singkatan bagi Institut Pengajian Tinggi Swasta. IPTS juga dikenali sebagai kolej swasta yang belanjawannya dibiayai sepenuhnya melalui bayaran yuran oleh pelajar-pelajar. Hal ini berbeza dengan kolej awam yang dibiayai sebahagiannya atau sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Kolej swasta di Malaysia perlu memohon kepada Kementerian Pendidikan bagi mendapat lesen untuk beroperasi.

Senarai IPTS

Adalah menjadi satu kemestian bagi para pelajar yang ingin menyambung pelajaran di IPTS untuk memilih hanya IPTS yang mempunyai program yang telah mendapat pengiktirafan JPA, Badan Profesional atau Badan Lain. Kemaskinian maklumat adalah berdasarkan maklumbalas daripada IPTS yang diterima setakat 27 Disember 2013. Jumlah program pengajian IPTS yang telah mendapat Perakuan Akreditasi setakat ini adalah sebanyak 2169. Sila rujuk laman web berikut rasmi MQR.

Pembahagian IPTA dan IPTS

Secara amnya, kedua-dua IPT iaitu IPTS dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mempunyai fungsi yang sama. Walaupun begitu, setiap universiti itu unik dengan caranya tersendiri. 

Untuk pengetahuan, IPTA terbahagi kepada 4 kategori:

1. Universiti APEX (Accelerated Programme for Excellence): USM. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Universiti APEX.

2. Universiti Penyelidikan: USM, UM, UKM, UPM dan UTM.

3. Universiti Komprehensif.

4. Universiti Berfokus iaitu universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang-bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan.

Manakala pembahagian Universiti Swasta adalah kurang jelas. Setakat ini masih belum terdapat universiti swasta yang mampu mencapai taraf APEX mahupun Penyelidikan. IPTA dipelopori oleh 5 buah universiti terkemuka (USM,UTM,UM,UKM,UPM) manakala universiti swasta lebih diterajui oleh 2 buah universiti (Multimedia University, Universiti Teknologi PETRONAS) manakala dalam bidang sains kesihatan, International Medical University (IMU) yang lebih dikenali dalam kalangan pelajar-pelajar cemerlang.

Perbezaan IPTA dan IPTS

1. Yuran Pengajian:

Perbezaan yang paling mudah dilihat adalah dari segi yuran pengajian. Rata-rata IPTA meletakkan yuran sekitar RM1000 bagi satu semester manakala IPTS bergantung kepada jenis bidang pengajian, sekitar RM50 ribu untuk bidang kejuruteraan, RM90 ribu untuk bidang farmasi dan RM300 ribu untuk bidang perubatan. Walau bagaimanapun, yuran pengajian tidak menjadi masalah kepada para pelajar IPTS memandangkan banyak kemudahan pinjaman pendidikan pada masa sekarang jika berbanding 10 tahun yang lepas antaranya ialah MARA, PTPTN dan sebagainya.

2. Kemudahan Pembelajaran:

Mungkin terpadat segelintir masyarakat yang mengatakan kemudahan di IPTS adalah lebih baik tetapi secara keseluruhannya kemudahan dari segi pembelajaran di kedua-dua IPT adalah lebih kurang sama. Walaupun begitu, kemudahan untuk pelajar di IPTA mempunyai sedikit kelebihan. Hal ini adalah kerana kebanyakan IPTA mempunyai keluasan kampus yang sangat besar seperti UUM dan UKM. Sekiranya anda berminat untuk menaiki ‘shuttle bus’ dari fakulti ke fakulti, ataupun menaiki Rapid KL, IPTA adalah jawapannya.

3. Suasana Pergaulan:

Kebanyakan IPTS adalah berpusat kepda satu, dua atau tiga fakulti sahaja. Contohnya IMU berfokus kepada bidang sains kesihatan, UTP dan MMU memfokuskan bidang teknologi dan kejuruteraan. Pergaulan bagi pelajar IPTS adalah lebih kepada dalam satu fakulti sahaja. Hal ini berbeza dengan pelajar di IPTA. Pergaulan para pelajar IPTA tidak terbatas kepAda 1 fakulti sahaja. Jika anda seorang pelajar kejuruteraan, kemungkinan untuk bergaul dengan pelajar guaman juga adalah sangat tinggi. Hal ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kemungkinan apabila semua pelajar mengambil jurusan yang lebih kurang sama, adalah lebih mudah untuk belajar. Kemungkinan juga dengan bercampur gaul dengan pelbagai fakulti dan jurusan akan lebih membuka minda para pelajar.

4. Keterbukaan Minda:

Hal ini bukan bermaksud pelajar di IPTA lebih terbuka mindanya berbanding pelajar di IPTS. Perkara yang paling mudah ialah cuba tanyakan kepada pelajar IPTS yang mengambil MUET untuk melanjutkan pelajaran ke universiti mengenai MQA. Ataupun cuba tanyakan nama-nama universiti penyelidikan. Mengikut pemerhatian, kebanyakan pelajar di IPTS tidak dapat menjawab persoalan tersebut. Bagi pelajar di IPTA pula, cuba tanyakan International Baccalaureate adalah merujuk kepada apa? 

5. Suara Pelajar:

Dari segi suara pelajar ataupun kata lainnya adalah fungsi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), secara jujur MPP di kebanyakan IPTS kurang memainkan peranan seperti yang berlaku di IPTA. Hal ini mungkin kerana faktor bilangan pelajar itu sendri. Pilihan Raya Kampus (PRK) di IPTS adalah tidak sama seperti di IPTA. Jika di UKM akan dapat dilihat ASPIRASI dan Gabungan Mahasiswa (GMUKM) sewaktu PRK, di IPTS seolah-olah PRK ini “mati” dan tidak “bernyawa”. Walau bagaimanapun, terdapat juga IPTS yang suara pelajarnya masih dapat didengar seperti di Universiti Selangor (UNISEL).

6. Bantuan Kerajaan:

Sekiranya mengambil kira dari segi sokongan kerajaan, IPTA mungkin akan mendapat sedikit kelebihan. Setelah USM menjadi Universiti APEX dengan permohonan 3 buah universiti swasta (MMU, UNITEN, UTP) tidak disenarai pendek. 5 buah Universiti Penyelidkan juga adalah dari universiti awam. Mungkin terdapat IPTS yang meletakkan matlamat untuk menjadi salah satu daripada universiti bertaraf penyelidikan ini, tetapi nampaknya dengan hasrat kerajaan meletakkan universiti penyelidikan ke-6 negara adalah daripada universiti dalam bidang sains sosial, mungkin sukar untuk IPTS mencapai status ini. Walau bagaimanapun, fakta ini bukan berpihak kepada IPTA semata-mata, sebenarnya institusi swasta negara kebanyakannya menjalin hubungan dengan universiti terkemuka dari luar dan juga syarikat-syarikat yang besar. Contohnya, Universiti Perdana yang baru ditubuhkan adalah mengambil sukatan pelajaran dari Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).

7. Sukatan Pelajaran:

Bagi kedua-dua IPT, sukatan pelajaran adalah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MQA. Jadi, tidak akan wujud persoalan bahawa kualiti pembelajaran di IPTS lebih baik daripada di IPTA atau sebaliknya. 

8. Bidang yang Ditawarkan:

IPTS menyediakan peluang kerjaya pada tahap yang boleh dikatakan selesa kerana kepelbagaian bidang yang ditawarkan. Sebaliknya, bidang yang ditawarkan di IPTA pula adalah terhad dan menyebabkan pelajar tidak dapat membuat pilihan jurusan lain untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma mahupun ijazah. Namun melalui IPTS, pelajar dapat melanjutkan pelajaran mereka dalam jurusan yang mereka minat dan menepati prospek pekerjaan pada masa sekarang. Para pelajar sendiri akan lebih bersemangat untuk menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang memandangkan ianya adalah satu lagi peluang yang telah diberikan sekiranya telah gagal dalam SPM mahupun matrikulasi. Selain itu, pelajar IPTS juga lebih berdaya saing berbanding pelajar IPTA kerana mereka lebih berdikari dan ditawarkan dengan pengajian yang mereka pilih sendiri berdasarkan minat mereka. Seterusnya mereka lebih didedahkan dengan pasaran tempatan dengan adanya latihan praktikal di syarikat-syarikat swasta yang lebih mencabar tugasannya.

Jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

119
Leave a Reply

avatar
50 Comment threads
69 Thread replies
1 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
54 Comment authors
zmd94NadiaMuhd SyazwanFaris ImadiAleeya Maisarah Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
IPTS Malaysia
Guest

Secara amnya, kedua-dua Institut Pengajian Tinggi Swata iaitu IPTS Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam iaitu IPTA Malaysia mempunyai fungsi yang sama. Walaupun begitu, setiap universiti itu unik dengan caranya tersendiri.

Penubuhan institusi pendidikan ialah satu usaha murni dalam mewartakan proses penggarapan ilmu pengetahuan dan penyelidikan secara formal.

Nadia
Guest
Nadia

Salam, saya diberikan pilihan untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik premier dalam kos Seni Perindustrian manakala UniSel pula menawarkan kos Asasi Kejuruteraan Awam. Pihak UniSel memberikan pembiayaan sepenuhnya untuk pembelajaran saya. Namun, saya ragu-ragu untuk menerimanya disebabkan ramai orang mengatakan kos tersebut susah. Jadi boleh saya dapatkan pendapat encik? Terima kasih.

Syahirah
Guest
Syahirah

Salam. Saya telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di kolej dan juga dalam program pra-diploma. Namun, saya tidak pasti mahu memilih yang mana satu. Boleh berikan cadangan?

Dineswari Kunasakaran
Guest
Dineswari Kunasakaran

Thank you.

Syahirah
Guest
Syahirah

Baiklah. Sekiranya saya memperolehi program Pengurusan Perniagaan di kolej dan program Pra-Diploma Perdagangan, jadi yang mana satu patut saya pilih?

Risz
Guest
Risz

Assalamualaikum. Bilakah semakan temuduga bagi program PISMP 2015 boleh dibuat? Saya sudah semak banyak kali laman sesawang KPM tetapi tiada.

Arian
Guest
Arian

Saya keliru sama ada mahu melanjutkan pelajaran ke UiTM atau UTP. Sekiranya saya memilih UTP, insya-Allah akan senang ditawarkan pekerjaan.

Syahirah
Guest
Syahirah

Saya keliru. Saya telah mendapat tawaran UPM di Sarawak dalam program Pengurusan Makanan. Satu lagi tawaran adalah dari UniKL di Johor dalam program Perindustrian Logistik. Saya tidak tahu apa yang saya minat sebenarnya. Jadi, macam mana?

Nasrul
Guest
Nasrul

Sekiranya belajar di IPTS, adakah kos belajar bagi setiap semester memang mahal? Bagaimana pula dengan bayaran bagi hostel?

Aien
Guest
Aien

Salam, saya pelajar lepasan Asasi UIA. Saya ingin tahu sekiranya terdapat IPTA lain yang menerima pelajar Asasi UIA kerana rata-rata syarat am IPTA hanyalah Asasi UiTM/ Asasi UM sahaja.

Sara Dena
Guest
Sara Dena

Salam. Saya merupakan pelajar lepasan SPM tahun lalu. Saya telah memohon UPU, malangnya tidak berjaya. Saya melakukan E-Rayuan sekali lagi dan nasib masih juga tidak menyebelahi saya. Saya telah memilih asasi di IPTS sebagai haluan selepas ini tetapi saya kecewa apabila mendapati asasi di IPTS tidak membolehkan saya untuk memohon ijazah di mana-mana IPTA. Apakah yang perlu saya lakukan? Saya bingung dan buntu kerana saya memperolehi keputusan yang bagus dan markah kokurikulum saya juga tinggi tetapi tiada peluang ke IPTA. Saya bercita cita tinggi ingin menyambung pengajian ijazah di IPTA memandangkan saya juga bukanlah berasal dari keluarga yang kaya. Mohon… Read more »

Fakhrul
Guest
Fakhrul

Salam. Saya sekarang ini tengah menyambung pengajian di tingkatan 6. Namun, saya tidak berapa yakin bahawa saya boleh mengikuti semua subjek yang diambil ini. Saya telah mengambil jurusan kemanusiaan. Pada masa yang sama, saya telah mendapat tawaran daripada MSU dalam program TESL yang sememangnya saya minati. Keputusan SPM saya ialah 6A bagi subjek BM, BI, Pendidikan Islam, Seni, Sejarah dan MT. Subjek yang selebihnya saya memperolehi gred (D). Ibu bapa saya pula telah mengatakan bahawa mereka tidak akan bersetuju jika saya melanjutkan pelajaran ke mana-mana universiti swasta atas alasan kos pengajian yang mahal, sijil tidak mendapat pengiktirafan dan susah mendapat… Read more »

Izzati
Guest
Izzati

Sekiranya saya mengambil program asasi di IPTS/ US, adakah saya boleh menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di IPTA/ UA?

Azim
Guest

Bagaimanakah peluang perkerjaan sekiranya melanjutkan pelajaran ke kolej swasta?

Author
Guest
Author

Salam. Saya adalah lepasan asasi UiTM Shah Alam. Malangnya, saya telah mendapat kursus yang saya tidak minati untuk program ijazah di Sarawak. Saudara saya mencadangkan saya untuk menyambung pelajaran di universiti swasta dengan mengambil kursus yang saya minati. Namun saya takut jika saya membuat keputusan yang salah dengan menolak IPTA untuk pergi ke IPTS. Apa pendapat anda? Patutkah saya berada di IPTA sahaja dan mencuba untuk belajar benda baharu? Atau di IPTS? Setahu saya, walaupun pelajaran saya akan ditanggung oleh PTPTN tetapi wangnya masih belum cukup untuk digunakan bagi keperluan harian di IPTS. Terima kasih.

Aisyy
Guest
Aisyy

Assalamualaikum. Baru-baru ini saya telah menerima tawran IPTS. Saya telah menerima tawaran tersebut tetapi saya sedang menunggu panggilan dari IPTA melalui UPU. Adakah keputusan UPU nanti akan terjejas disebabkan saya mnerima tawarn dari IPTS? Harap dapat membantu.

Thoyy
Guest
Thoyy

Adakah Kolej Pusrawi sebuah kolej yang diiktiraf dan graduannya mempunyai peluang pekerjaan yang cerah?

Izhuddin
Guest
Izhuddin

Jika kita telah menamatkan pengajian dari universiti swasta, bolehkah kita memohon pekerjaan melalui SPA?

Khairiyah
Guest
Khairiyah

Salam, saya mahu tanya. Saya mendapat tawaran IPTS dan ditawarkan biasiswa penuh bagi program asasi. Saya rasa itu adalah satu kelebihan. Namun, saya masih keliru sama ada saya perlu menunggu keputusan UPU/ matrikulasi atau terima sahaja tawaran IPTS tersebut. Saya agak risau sekiranya saya tidak menerima tawaran IPTS tersebut untuk menunggu keputusan UPU, sebaliknya saya tidak mendapat tawaran mana-mana universiti atau matrikulasi kerana keputusan SPM saya hanya 5A, 4B dan 1C. Saya mengambil aliran Sains. Saya risau persaingan untuk mendapatkan tempat di universiti awam lebih sengit kerana terdapat pelajar yang lebih cemerlang dari saya. Pendapat keluarga saya adalah lebih baik… Read more »

Fathul Ifwad
Guest
Fathul Ifwad

Saya mendapat tawaran ke GMI dalam program Diploma Kejuruteraan (Tenaga Mampan & Pengagihan Kuasa). Apa kelebihannya berbanding IPTA? Saya buntu sama ada mahu ke IPTA atau GMI.

Najwa
Guest
Najwa

Salam. Saya mahu tanya berkaitan KTAC (Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics). Saya telah mendapat tawaran daripada kolej tersebut. Namun, saya masih belum pasti sama ada maklumat yang diberikan mereka adalah betul. Jadi, macam mana saya mahu pastikan maklumat tersebut? Mohon pencerahan.

Hanis
Guest
Hanis

Soalannya, adakah pihak kerajaan akan menempatkan saya di satu universiti sahaja atau saya berpeluang menerima tawaran dari IPTA yang lain? Keduanya, adakah dengan keputusan saya iaitu 11A, peluang saya masih cerah untuk menyambung pelajaran di peringkat asasi di IPTA? Ketiga, adakah betul meskipun saya mendapat tawaran di sesebuah universiti, saya perlu melalui ujian mini sebelum mendapat tempat di universiti tersebut?

Aiman
Guest

Assalamualaikum. Saya mahu minta pendapat. Keputusan SPM 2015 saya ialah 2A, 5B, 2C dan 1E bagi subjek Bahasa Inggeris. Jadi, adakah saya perlu saya terima tawaran dari mana-mana kolej sekarang untuk kemasukan sebab terdapat IPTS yang menawarkan saya dengan pelbagai tawaran seperti yuran dan bantuan? Namun, pendaftaran terakhir untuk kemasukan IPTS tersebut ialah pada 2/5. Atau saya tunggu keputusan UPU dahulu dan sekiranya tidak berjaya baru saya memilih IPTS?

Fadlan
Guest
Fadlan

Saya mahu tanya. Adakah Kolej Profesional Mara dan Kolej Yayasan Pahang itu bawah kendalian kerajaan atau swasta?

Diyanah
Guest
Diyanah

Sekiranya saya ambil diploma di IPTS, adakah saya boleh melanjutkan program ijazah saya di IPTA?

Yusra
Guest
Yusra

Assalamualaikum. Saya telah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sains Komputer di UIA. Pada masa yang sama, saya juga mendapat tawaran belajar di MMU dalam bidang yang sama tetapi dengan tajaan. Antara UIA dan MMU, mana yang lebih baik untuk kos saya?

Lin
Guest
Lin

Assalamualaikum. Saya mahu tanya adakah betul sijil KPTM adalah lebih tinggi berbanding sijil daripada universiti persendirian?

Amerul 💕
Guest

Assalamualaikum . Adakah terdapat mana-mana universiti awam yang menerima pelajar lepasan asasi IPTS?

Tiara
Guest

Assalamualaikum. Saya mahu tanya, bolehkah pelajar daripada universiti swasta untuk memohon jawatan sebagai inspektor PDRM?

Muhammad Thaqif
Guest
Muhammad Thaqif

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah, IPTA yang manakah menerima pelajar lepasan asasi IPTS? Saya sedang mengikuti program asasi di sebuah IPTS dan saya berniat hendak menyambung pengajian di IPTA untuk peringkat ijazah nanti.

Ariff Jasni
Guest
Ariff Jasni

Assalamualaikum. Saya adalah pelajar lepasan asasi di UniMaS, Sarawak. Namun, PNGK saya tidak begitu memuaskan iaitu sekitar 2.5 sahaja. Saya masih menunggu keputusan daripada pihak UniMaS berkenaan kursus yang akan diberikan kepada saya untuk program ijazah yang akan bermula pada bulan 9 ini. Pilihan kursus saya yang utama ialah Kejuruteraan Mekanikal. Setakat pengetahuan saya, subjek yang penting untuk kursus Kejuruteraan Mekanikal adalah Fizik dan Matematik. Saya mendapat A untuk subjek Fizik dalam kedua-dua semester namun B+ untuk subjek Matematik dalam kedua-dua semester. Maaf sekiranya pertanyaan saya ini tidak masuk akal atau sebagainya. Persoalannya, adakah peluang saya cerah untuk ditempatkan di… Read more »

Muhamad Farid
Guest
Muhamad Farid

Assalamualaikum. Pelajar lepasan IPG akan mengajar di sekolah rendah. Jadi sekiranya mahu mengajar di sekolah menengah, macam mana caranya?

Wahidah
Guest
Wahidah

Assalamualaikum, apakah perbezaan ijazah sarjana muda kejururawatan dengan ijazah sarjana muda sains kejururawatan?

Hui Pei Shi
Guest
Hui Pei Shi

Hai. Saya bekas pelajar di sebuah IPTS. Saya ingin bertanyakan tentang pembayaran yuran pengajian di universiti tersebut. Adakah saya perlu membayar yuran pengajian kepada pihak universiti walaupun saya sudah menarik diri? Saya telah berhenti dari menerima PTPTN dan saya hanya membayar balik jumlah yang ditetapkan oleh pihak PTPTN. Namun, kenapa saya masih perlu membayar yuran pengajian bagi universiti tersebut walaupun saya sudah menarik diri?

Imran Azmi
Guest
Imran Azmi

Saya ingin bertanya, jika saya menyambung pelajaran diploma dalam bidang Literatur Inggeris di UPSI, adakah saya boleh menyambung ijazah dalam bidang yang sama di UPSI? Adakah sukar untuk diterima masuk dalam UPSI? Keduanya, jika menyambung diploma dalam bidang tersebut, adakah ia menjamin saya mendapat tawaran ijazah dengan adanya diploma yang berasal dari universiti yang sama? Ketiganya, adakah benar kuota pelajar yang diserap masuk semula untuk melanjutkan ke peringkat ijazah dari program diploma hanya sedikit?

Donat98
Guest
Donat98

Assalamualaikum. Saya mendapat tawaran daripada Universiti Malaya Putrajaya. Saya cuma mahu tanya, UM adalah universiti swasta atau kerajaan?

Alia
Guest
Alia

Assalamualaikum, saya ingin bertanya satu soalan. Jika ditawarkan biasiswa bagi IPTS, adakah biasiswa itu akan termasuk dengan pemberian elaun kepada saya dari program asasi sehingga ijazah?

Nurul Hasnah
Guest
Nurul Hasnah

Salam. Saya ingin menyambung ke peringkat asasi dalam bidang IT, tetapi program yang layak dipohon oleh saya di UPU hanyalah diploma IT. Namun, saya mendapat tawaran asasi bidang IT di City University College dengan biasiswa penuh. Syaratnya saya mesti mendapat pointer 2.75. Jadi, adakah saya perlu menunggu keputusan UPU atau menyambung pelajaran di IPTS?

Fatin
Guest
Fatin

Salam. Baru-baru ini saya ada terbaca dalam satu artikel menyatakan bahawa tempat yang lebih banyak hands on lebih mudah diterima bekerja berbanding UA. Adakah perkara ini benar? Jika benar, boleh senaraikan IPTS mahupun IPTA yang mempunyai lebih banyak hands on? Terima kasih.

Nor Asikin
Guest
Nor Asikin

Selamat petang. Saya perlukan nasihat anda. Saya ditawarkan program Diploma TESl di MSU dan Kolej Politeknik MARA. Kos lebih kurang sama. Kos yuran ialah RM20000. Jadi, pusat pengajian yang mana patut saya pilih?

Khadijah
Guest
Khadijah

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Saya pelajar lepasan SPM yang masih menunggu keputusan UPU online namun dalam masa yang sama saya telah mendapat tawaran dari Kolej Saito, saya juga telah mendapat tawaran untuk ke tingkatan 6 tetapi sekarang saya masih keliru sama ada saya harus ke IPTS ataupun menunggu saja keputusan UPU dan ke tingkatan 6 dahulu. Mohon pendapat.

Haris
Guest
Haris

Assalamualaikum. Saya mahu tanya, apakah program asasi di IPTS seperti Kolej Islam Selangor (KUIS) sama seperti program asasi di IPTA. Contohnya program asasi di IPTA mmpunyai elaun, maka adakah program asasi di KUIS juga sama?

Syahida
Guest
Syahida

Saya mendapat tawaran dari IPTS iaitu Kolej Universiti Widad kerjasama dengan UTM. Kos yang saya dapat ialah Diploma Sepenuh Masa Pengurusan Teknologi. Saya sekarang ini berada di Tingkatan 6 bawah, manakah lebih baik jika saya terus berada di Tingkatan 6 atau memasuki IPTS tersebut? Seterusnya, apakah kerjaya untuk diploma dan bagaimanakah dengan peluang pekerjaannya?

Imza
Guest
Imza

Assalamualaikum. Saya cuba ringkaskan sahaja komen saya dengan beberapa soalan yang ingin saya ajukan dan maaf jika pertanyaan ini telah pun diajukan oleh orang lain. 1. Berkaitan perbezaan IPTA dengan IPTS ini, sekiranya saya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPTS, adakah saya boleh mohon berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan atau lainnya berkhidmat bawah SPA/JPA/KPM? 2. Jika saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan di IPTS, boleh ke saya melanjutkan pelajaran ke peringkat master di IPTA/UA? 3. Benarkah bahawa kos atau yuran pengajian di IPTS mahal sebab pelajarnya perlu membayar secara penuh berbanding dengan di IPTA iaitu pelajar… Read more »

Tahir
Guest
Tahir

Saya dalam kecelaruan membuat pilihan lanjutan ijzah di UiTM. Saya berkelulusan diploma perakaunan. Namun untuk ke ijazah perakaunan saya tidak layak. Maka saya terpaksa memilih antara beberapa kursus khasnya dalam fakulti pengurusan perniagaan. Dalam fakulti pengurusan perniagaan terdapat pengkhususan kewangan, antarabangsa, insuran, pelaburan, sumber manusia dan pemasaran. Boleh berikan cadangan yang mana satu patut saya pilih? Terima kasih.

Mohd Suki
Guest
Mohd Suki

Ingin penjelasan, sekarang saya merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda di IPTS dalam bidang Sains Sosial. Kursus tersebut diiktiraf MQA, jadi bolehkah jika saya ingin sambung ke peringkat lebih tinggi di IPTA/UA?

Syira
Guest
Syira

Saya baru sahaja menamatkan pengajian dalam kursus Diploma Sains Kesihatan. Jadi, saya mahu menyambung pengajian ke peringkat ijazah. Apakah kos yang sesuai untuk saya pilih?

Fatihah
Guest
Fatihah

Adakah KYP di bawah swasta?

Aleeya Maisarah
Guest
Aleeya Maisarah

Assalamualaikum, saya sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Asasi Kejuruteraan di IPTS. IPTS saya menawarkan peluang kerjaya. Walau bagaimanapun selepas keputusan UPU keluar, patutkah saya menerima tawaran tersebut?

Faris Imadi
Guest
Faris Imadi

Salam. Saya mahu bertanya tentang perbezaan antara diploma dan asasi? Saya mendapat tawaran di UniSZA dlam bidang diploma Pengajian Islam manakala di UniSHAMS saya ditawarkan program asasi Pengajian Islam. UniSHAMS adalah sebuah IPTS di bawah negeri Kedah dan UniSZA adalah IPTA. Boleh tolong jelaskan perbezaannya? Saya harap dengan jawapan yang akan diberi nanti boleh membuka minda saya untuk membuat pilihan. Terima kasih.

Muhd Syazwan
Guest
Muhd Syazwan

Assalamualaikum. Saya tahun ini SPM. Saya berminat dengan subjek Ekonomi. Jadi saya mahu tanya, adakah terdapat universiti awam yang menawarkan jurusan Ekonomi tanpa perlu pergi ke tingkatan 6? Terima kasih.