Unun 64:1 (2)

Alhamdulillah, pada hari ini saya dapat menyiapkan unun 64:1 yang dibuat menggunakan ‘flyback transformer’. Sebelum itu anda juga boleh membuat unun jenis ini dengan menggunakan ferrite. Jemput baca artikel lama saya:

Unun 64:1 – Ferrite

Bagi menghasilkan unun yang terbaharu ini, saya telah menggunakan wayar bersaiz 14 AWG atau 2.0 mm yang mudah didapati. Bahan kedua yang perlu ialah ‘ceramic capacitor’ yang mempunyai nilai 100 pF 2 kV. Cara lilitan pula diperolehi dari Abg Yus, 9W2YZI.

Cara lilitan unun 64:1.

Perlu diingat pada lilitan yang ke 9, perlu ditambah satu lagi wayar untuk dipital bersama. Selepas siap dililit, saya telah membuat ujian dengan perintang yang bernilai hampir 3200 ohm bagi menguji unun tersebut. Hasilnya, nilai bacaan SWR  di bawah 1.5 sahaja.

Unun 64:1 yang telah siap dililit.

Kemudian, saya telah memasukkan unun tersebut dalam kotak plastik bagi memperkemaskan lagi hasil yang dibuat. Unun ini nanti akan digunakan bagi antena jenis ‘end fed’ yang mudah untuk dipasang.

Unun 64:1.

Unun 64:1.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat. Salam perkenalan dari 9W2ZOW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *