End Fed Half Wave 40m

Pada 13 Julai 2017, saya telah memasang antena jenis End Fed Half Wave atau singkatannya EFHW bagi 40m. Antena jenis ini sebenarnya tidak susah untuk dipasang memandangkan fed pointnya adalah dibawah atau dihujung antena.

Maka sebelum membuat EFHW ini, anda perlu tahu menghasilkan unun 64:1 iaitu bahan utama yang akan kita gunakan bagi antena jenis. Sila klik di sini untuk mengetahui cara membina unun 64:1 dengan sendiri.

Seterusnya jika dibuat perkiraan, panjang antena bagi EFHW di 40m ialah 20m kerana 40 dibahagi dengan 2. Kemudian, panjang ‘counterpoise’ pula ialah 1/10 daripda 20m iaitu 2m sahaja.

EFHW 40m.

Saya telah memasang antena ini dari hujung atap ke tangki air di tempat tinggal saya di Pengkalan Chepa. Saya terpaksa menggunakan tali tambahan memandangkan jarak dari tempat penyambungan ‘fed-point’ ke tangki air melebihi 20m.

EFHW 40m.

EFHW 40m.

Penyambungan ‘fed-point’.

Kemudian, sesi uji pancar dijalankan. Alhamdulillah, hasilnya memuaskan berbanding EFHW versi pertama yang saya. Pada sesi ujian pemancaran, saya telah dapat QSO dengan rakan dari Malang, Indonesia iaitu Om Syukur, YC3LKU. Beliau menerima audio saya QRK 4.

Cuma masih terdapat beberapa perkara lagi yang boleh diperbaiki. Sebarang cadangan dan komen amat dialu-alukan dan selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *