Pada 10 Julai 2017, saya telah berpeluang untuk menyiapkan dan menguji unun 64:1 yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang mengatakan ia adalah 64:1 transformer. Saya pun kurang pasti.
Sejarah penghasilan unun ini bermula semasa saya berjumpa dengan Abg Yushazizi, 9W2YZI di base beliau. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kerana beliau telah menghadiahkan kepada saya ferrite dan wayar enamel 0.9 mm bagi menghasilkan unun ini. Pada masa tersebut beliau dan dibantu Abg Din, 9M2CIO serta Hj Rahim, 9M2ART telah mengajar saya melilit wayar untuk menghasilkan unun tersebut.
Jemput baca artikel terbaharu saya berkaitan pembinaan unun 64:1 dengan menggunakan ‘flyback transformer’:
Unun 64:1 – Flyback Transformer
Awalnya, proses melilit agak rumit kerana ia adalah pengalaman saya yang pertama. Proses membuat unun ini telah melalui banyak peringkat penambahbaikan. Pada mulanya bagi bekas untuk diletakkan unun ini, saya hanya menggunakan botol sahaja. Namun, setelah mencari bekas yang sesuai, akhinya saya menggunakan penyambung paip elektrik.
Proses menyiapkan bekas tersebut tidak payah, hanya perlu memotong salah satu lubang penyambung tersebut. Kemudian unun yang siap diletakkan di dalamnya. Bagi bahan-bahan utama yang diperlukan ialah seperti berikut:
1. Wayar enamel 0.9 mm.
2. Ferrite.
Bahan-bahan ini mudah diperolehi di Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Kemudian bagi proses lilitan pula, pada sebelah bahagiannya perlu dililit sebanyak 7 pada sebelah bahagian ferrite. Namun pada lilitan yang ketujuh wayar terus ditarik ke bahagian yang satu lagi. Kemudian, wayar dililit sehingga 7 kali lagi. Selepas itu, perlu ditambah lagi 2 lilitan tapi dengan ditambah wayar enamel lain yang dipintal bersama. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa wayar yang dipintal itu perlu bermula dari pertengahan lilitan yang ketujuh.
Sebagai makluman, wayar yang bertanda ‘A’ akan disambung ke antena. Wayar bertanda ‘B’ pula akan disambung ke ‘ground’ penyambung SO-239 dan ‘counterpoise’ bagi antena. Manakala wayar bertanda ‘C’ akan disambung ke bahagian konduktor kabel RG-58.
Kemudian, saya telah menggunakan perintang yang bernilai hampir 3200 ohm bagi menguji unun tersebut memandang saya tidak mempunyai ‘antenna analyzer’. Sepanjang proses pengujian, saya hanya menggunakan 10 watt sahaja. Hasilnya adalah memuaskan iaitu nilai SWR adalah di bawah 1.5 dan tidak melebihi 2.
Maka, langkah seterusnya ialah membuat ujian sebenar dengan memasang wayar bagi menghasilkan EFHW bagi 40m. Sebarang cadangan dan komen amat dialu-alukan. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.
Jemput baca artikel terbaharu saya berkaitan pembinaan unun 64:1 dengan menggunakan ‘flyback transformer’: