EMI Filter

Pada 9 Oktober 2017, saya telah membuat EMI filter yang idea diilhamkan oleh Pak Rosli, 9M2RHQ. Secara keseluruhannya, kos pembinaan EMI filter ini tidak melebihi RM50. Sebelum saya bercerita lebih lanjut,  EMI ialah singkatan bagi Electromagnetic interference (EMI) atau juga dipanggil Radio Frequency Interference (RFI).

Masalahnya muncul apabila semasa saya memancar di 40m terdapat gangguan tiba-tiba apabila saya mula menghidupkan suis untuk mengecas telefon saya. Maka, saya mengambil ruang untuk membina alat ini bagi mengatasi masalah tersebut. Harga kabel ialah RM16.90, harga EMI filter pula ialah RM13 dan harga kotak suis pula RM7.

Proses mencari EMI fiter adalah yang paling sukar. Hampir semua kedai elektronik telah saya pusing di sekitar bandar Kota Bharu, namun tidak berjaya mendapatkan EMI Filter. Namun, akhirnya ia dapat dibeli dari KB Electronic. Itupun dari stok lama dan mempunyai bilangan yang terhad.

Kabel.

EMI filter.

Suis.

Seterusnya, proses memasang semuanya ke dalam satu unit. Ianya tidak sukar kerana hanya perlu membuat sedikit pendawaian mudah dan mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.

EMI filter.

Kemudian, proses pengujian pun dilakukan. Alhamdulillah, ianya berhasil dan tiada lagi masalah gangguan apabila saya menghidupkan suis pengecas telefon semasa memancar di 40m.

EMI filter unit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *