Antena 40m Half-Wave Dipole

Pada 30 Mei 2017, alhamdulillah saya berpeluang untuk menaikan antena half-wave dipole bagi 40m di rumah saya iaitu di Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat. Antena ini telah dibuat menggunakan wayar elektrik sahaja. Bagi penyambungan di fed point pula, saya telah menggunakan 1:1 air balun yang dibuat sendiri. Sila klik di sini bagi melihat cara membina ‘1:1 Air Balun‘.

Bagi membuat perkiraan panjang wayar bagi sebelah bahagian ianya adalah seperti di bawah:

300/ 7.15

= 41.96/ 2

= 21/ 2

= 10.5 m

Jadi, antena yang kita dihasilkan ini sepatutnya memberikan hasil yang terbaik pada frekuensi 7.15 MHz. Panjang wayar bagi sebelah bahagian ialah 10.5 m. Jadi, jika untuk kedua-dua bahagian, panjang keseluruhan ialah 21 m. Namun, panjang wayar tersebut perlu dilebihkan sedikit bagi memboleh simpulan dibuat di penghujungnya. Simpulan itu akan disambung dengan wayar lain untuk ditarik dan diikat ke pemegang antena yang dihasilkan.

Seterusnya, antena yang saya hasilkan ini, saya telah ikat ke tiang telefon terpakai dan ditarik ke pokok rambutan yang berdekatan. Ketinggian mungkin dalam 20 – 25 kaki dari paras bumi. Saya pun kurang pasti.

Antena 40m half-wave dipole.

Antena 40m half-wave dipole.

Kemudian, bagi proses pengujian pula, saya telah menggunakan HF SSB Transceiver jenama JJ bagi RX dan TX. Penyambungan dibuat dari antena terus ke Radio JJ melalui SWR meter sahaja.

Alhamdulillah, hasilnya memuaskan dengan nilai SWR di bawah 2. Cuma, kadang-kadang sahaja ia melebihi 2. Maka, QSO pertama saya di 40m adalah dengan Abg Nazri, 9W2NDQ dari Bukit Belacan. QSO pertama dengan rakan dari luar negara pula adalah dengan YD6BBJ, Om Jefri dari Bandar Acheh.

HF SSB Transceiver jenama JJ.

Selamat mencuba dan memancar di 40m kepada semua rakan. Semoga berjaya. Salam perkenalan dari saya, 9W2ZOW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *