Jamuan Akhir Tahun Ting 5

Persatuan Tingkatan Lima (PERTIMA) telah mengadakan jamuan akhir tahun pada waktu antara kertas Bahasa Arab dengan kertas PQS. Jamuan ini telah diadakan secara ringkas pada waktu malam selepas solat Isyak. Terdapat tiga orang guru yang hadir iaitu Encik Abdul Samat, Cik Zainon dan Cik Halimah. Mudah-mudahan jamuan yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama pelajar tingkatan lima.

Continue reading Jamuan Akhir Tahun Ting 5

In Memory: SMAP Labu

Secara rasminya saya menjadi alumni SMAP pada 13 Disember 2011 selepas selesai menduduki kertas peperiksaan SPM yang terakhir iaitu kertas PQS. Sebenarnya, telah banyak saya pelajari semasa berada di sekolah ini selama 5 tahun.

Pelbagai pengalaman, ujian dan halangan telah saya tempuhi. Saya juga berasa sangat bertuah kerana berpeluang mempunyai kawan-kawan yang sedia menegur saya sekiranya saya melakukan kesilapan dan kesalahan. Mudah-mudahan segala apa yang saya pelajari di SMAP akan menjadi panduan untuk saya menghadapi dunia luar yang lebih mencabar.

Continue reading In Memory: SMAP Labu