Cara Mengingati Surah-surah Madaniah

BeDAK: Belajar Dengan Akronim.

Pada hari ini saya ingin berkongsi mengenai cara untuk mengingati surah-surah Madaniah dengan mudah.

Bagi pengetahuan semua, salah satu soalan yang boleh dikeluarkan dalam peperiksaan SPM bagi subjek PSI memerlukan kita untuk memilih pilihan jawapan yang menyatakan surah-surah Madaniah. Jadi, mudah-mudahan formula ini akan dapat memudahkan anda semua untuk mengingati sura-surah Madaniah.

Bilangan surah-surah Madaniah: 20 surah.

1. An-Nashr: Nas

2. Al-Baqorah: B

3. Ali-Imran: I

4. An-Nisa: Ni

5. Al-Maidah: M

6. Al-Anfal: Fail

7. At- Taubah: Ta

8. An-Nur: N

9. Al-Ahzab: Ah

10. Muhammad: Ma

11. Al-Fathu: Thu

12. Al-Hujurat: Rat

13. Al-Hadid: Ha

14. Al-Mujadalah: Dal

15. Al-Hasyr: Has

16. Al-Mumtahanah: Mum

17. Al-Juma’ah: Ju

18. Al-Munafiqun: Fiq

19. At-Tholak: Tho

20. At-Tahrim: Rim

Formula: Nas BINiM Fail TaNAh MaThuRat HaDal HasMum JuFiq ThoRim

Untuk mengikuti perkembangan BeDAK, silalah sertai kumpulan ini di Facebook. Sila klik di sini.

Cara-cara Mempopularkan Permainan Tradisional

Pengakuan: Esei ini bukan dikarang oleh penulis. Penulis hanya berkongsi semula penulisan ini dalam bentuk yang lebih kemas dan teratur. Kredit diberikan kepada penulis asal.

Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus globalisasi dan modenisasi sehingga negara kita mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan dengan itu, permainan tradisional turut dipandang enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan permainan komputer dan permainan siber yang popular dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita ditelan dalam peredaran zaman dan lenyap di bumi kita ini? Tepuk dada tanya selera dan sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu mencari pendekatan yang efisien untuk meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita semula, seperti peribahasa, di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. Oleh itu, prakarsa untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk mengangkat martabat permainan tradisional ini.

Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan Tradisional merupakan salah satu alternatif yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional ini di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa, terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita, seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Bak kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta lantaran itu, golongan muda pasti menghargai dan berminat terhadap permainan tradisional kita.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menjadikan permainan tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan permainan tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional seperti Kelab Wau Bulan, pelajar boleh diajar tentang cara membuat alat permainan, cara bermain dan syarat-syarat permainan. Setelah disuntik ilmu itu, pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Hakikatnya, generasi muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan tradisional pasti dapat memajukan permainan tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak kata peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan maka atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah yang sangat bermanfaat.

Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif yang dominan untuk mempopularkan permainan tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana, sebagai fitrah manusia memang suka bertanding dan berlaga. Seterusnya agensi-agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan Malaysia boleh bergabung dengan badan korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Salah satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat permainan tersebut dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan pelancongan dan permainan tradisional kepada pelancong asing, selaras dengan peribahasa, sambil menyelam minum air.

Sebagai intiha bicara, permainan tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi kita. Ingatlah peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, semua pihak perlulah bersinergi untuk mempopularkan permainan tradisional ini agar dapat dilestarikan sampai bila-bila dan menjadi satu alat permainan yang mesti dimainkan oleh generasi pada masa akan datang.

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan namun, remaja yang merupakan bakal tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti remaja di negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara kita. Menurut kata mutiara saujana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah remajanya pada hari ini.” Soekarno pernah mengungkap, “Berikan saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Ternyatalah di sini bahawa remaja yang berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa.

Kecemerlangan daripada aspek akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu, remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, Ikut hati mati, ikut rasa binasa.

Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik tidak dapat menjamin kejayaan seseorang jika tidak memiliki kesihatan fizikal dan mental. Remaja yang berkualiti perlu memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baru yang penuh dengan kompetitif, remaja kita perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, remaja kita patut mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam, bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial, seperti minum arak, merokok, kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi. Seperti peribahasa, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Remaja kita harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat bertepatan dengan slogan. Remaja yang sihat dan mempunyai jati diri yang mapan baru dapat mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Selain itu, remaja yang berkualiti juga mestilah memiliki etika atau personaliti yang luhur. Remaja kita harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik remaja menjadi modal insan kelas pertama yang berakhlak mulia dan berjati diri. Selain menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, remaja kita harus dibimbing supaya melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi rumah kebajikan orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke dalam kebejatan sosial. Dengan kata lain, remaja yang berkualiti harus bersahsiah mulia, berinsaniah, berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan masyarakat sakinah dan madani pada suatu hari nanti.

Sementelahan pula, remaja yang berkualiti perlu kreatif dan inovatif untuk memacu kegemilangan negara. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan mempelopori bidang yang baru dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baru akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi. Ketika berkhayal di awang-awangan, pastikan kita mampu menjejakkan kaki di angkasa lepas kelak.

Intihanya, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

How to Remember The Arrangement of The Electrochemical Series

BeDAK: Belajar Dengan Akronim.

Chemistry

Today, I want to share with all of you about one of the questions that may be asked in the SPM exam especially in Chemistry.

The questions is about the arrangement of the electrochemical series. 

1. The formula for positive ions:

KNa Ca MgAl Zn FeSn Pb HCu Ag

How to read this formula: KeNa Ca MegAl Zn FeSn Pb HeCu Ag

2. The formula for negative ions:

F SO NO Cl BrI OH

How to read this formula:  Fe SO NO Cli BrI OH

I hoped you will enjoy! Please join our group at Facebook. Just click here.

Bab 1: Kemunculan Tamadun Awal Dunia

BeDAK: Belajar Dengan Akronim.

Belajar Berpandukan Soalan (Sej)

Tingkatan 4

Bab 1

1. Zaman Prasejarah:

Nyatakan tahap Zaman Prasejarah?

Senaraikan penempatan Zaman Prasejarah di Malaysia?

Apakah bukti  yang menunjukkan manusia pada Zaman Neolitik sudah bertamadun?

Huraikan ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Paleolitik dan Zaman Mesolitik?

Huraikan ciri-ciri kehidupan manusia Zaman Logam?

2. Konsep Tamadun:

Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun? (SPM 2006)

Jelaskan maksud tamadun menurut pandangan Barat? (SPM 2006)

Nyatakan maksud tamadun menurut pandangan Islam? (SPM 2006)

Apakah pandangan Ibn Khaldun tentang kehidupan bertamadun?

Senaraikan/Terangkan ciri-ciri utama tamadun awal manusia?

3. Proses Pembentukan Tamadun:

Senaraikan tamadun awal yang terletak di lembah sungai?

Mengapakah tamadun awal dunia bertumpu di lembah sungai?

4. Tamadun Mesopotamia:

Apakah maksud Mesopotamia?

Dimanakah terletaknya tamadun Mesopotamia?

Nyatakan zaman pemerintahan Kerajaan Mesopotamia?

Jelaskan proses pembentukan tamadun Mesopotamia?

Terangkan ciri-ciri negara kota tamdun Mesopotamia?

Jelaskan oraganisasi sosial masyarakat dalam tamadun Mesopotamia?

Terangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan kerajaan Mesopotamia?

Jelaskan pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesopotamia?

Terangkan ciri-ciri agama dan kepercayaan masyarakat tamadun Mesopotamia?

Terangkan ciri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesopotamia?

Jelaskan sumbangan Raja Hammurabi dalam bidang perundangan?

Huraikan sumbangan sistem tulisan dalam masyarakat Mesopotamia?

Jelaskan sumbangan sains dan teknologi tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat?

5. Tamadun Mesir Purba:

Dimanakah terletaknya tamdun Mesir Purba?

Namakan kuasa luar yang memerintah selepas kejatuhan Mesir Purba?

Bilakah tamadun Mesir Purba terbentuk?

Namakan bandar yang menjadi pusat pemerintahan tamadun Mesir?

Huraikan pembentukan tamadun Mesir Purba?

Huraikan ciri-ciri petempatan masyarakat tamdun Mesir Purba?

Jelaskan organisasi sosial masyarakat dalam tamadun Mesir Purba?

Nyatakan peranan Firaun dalam pemerintahan tamadun Mesir Purba?

Nyatakan pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir Purba?

Terangkan bentuk kepercayaan masyarakat Mesir Purba?

Terangkan ciri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesir Purba?

Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi?

Apakah yang ditekankan dalam sistem pendidikan tamadun Mesir Purba?

6. Tamadun Indus:

Dimanakah terletaknya tamadun Indus?

Bilakah tamadun Indus muncul?

Namakan negara kota tamadun Indus?

Jelaskan proses pembentukan tamadun Indus?

Apakah ciri-ciri istimewa bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus?

Nyatakan organisasi sosial masyarakat dalam tamadun Indus?

Terangkan sistem pemerintahan masyarakat Indus?

Jelaskan pengkhususan  pekerjaan masyarakat Indus?

Terangkan amalan agama dan kepercayaan masyarakat Indus?

Huraikan sistem tulisan masyarakat Indus?

Mengapakah sifat keterbukaan sangat penting kepada kemajuan manusia seperti amalan masyarakat Indus?

Mengapakah tamadun Indus dianggap matang?

7. Tamadun Hwang Ho:

Dimanakah terletaknya tamdun Hwang Ho?

Senaraikan tiga Dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho?

Huraikan proses pembentukan tamdun Hwang Ho?

Jelaskan proses pembentukan negara kota tamadun Hwang Ho?

Huraikan organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang dalam tamdadun Hwang Ho?

Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Shang?

Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Chou?

Nyatakan ciri-ciri perkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Hwang Ho?

Jelaskan agama dan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho?

Terangkan sistem tulisan masyarakat tamdun Hwang Ho?

Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan agama/ kepercayaan?

How to Remember The Hierarchy of Biological Classification?

BeDAK: Belajar Dengan Akronim.

Today, I want to share with all of you about one of the questions that may be asked in the SPM exam especially in Biology.

The questions is about the hierarchy of biological classification. The examples are:

1. Arrange the hierarchy of biological classification.

2. What is the type of the biological classification after/before ‘Family’/other type of the biological classification.

So, how to remember the hierarchy of biological classification easily. The formula is: SpeG FO Ci PiKi

Species: Spe

Genus: G

Family: F

Order: O

Class: Ci

Phylum: Pi

Kingdom: Ki

I hoped you will enjoy! Please join our group at Facebook. Just click here.

Langkah Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam

Sampel Karangan BM (SPM)

Langkah-langkah untuk Menggalakkan Orang Ramai Menggunakan Pengangkutan Awam 

Zaman beralih, musim bertukar, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat,Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegaraMalaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi yang akan menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses pelaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne yang penumpangnya hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur perjalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam adalah dengan meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan penggunaan perkhidmatan KTM oleh rakyat di negara kita pasti dapat ditingkatkan. Kekerapan penggunaan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kualiti pengangkutan awam yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan penumpang secara keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kualiti perkhidmatan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengangkutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk menambat semula keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka.Para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluas dalam pengangkutan awam seperti komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terkini dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi cita rasa rakyatMalaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan bayaran yang minimum. Manifestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menggalakkan para penumpang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanamkan konsep yang mendalam dalam minda pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja didedahkan kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberikan kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kenderaan sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam secara mendalam kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan sistem perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Cara Mengenal Ayat Songsang

BeDAK: Belajar Dengan Akronim.

Saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai formula untuk mengenal ayat-ayat songsang. Hal ini adalah kerana terdapat sebahagian pelajar yang mendapati agak sukar untuk  mengenal ayat-ayat songsang.

Contoh:

Beliau akan pergi ke Johor pada petang ini.

1. Beliau: Subjek.

2. akan pergi ke Johor: prediket.

3. pada petang ini: keterangan prediket.

Formulanya:

2, 1, 3

2, 3, 1

3, 1, 2

3, 2, 1

Sertailah BeDAK di Facebook. Sila klik di sini.