Cara Mengingati Biodata Ringkas Imam 4 Mazhab

BeDAK: Belajar Dengan Akronim.

PQS

Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara-cara mudah untuk mengingati biodata ringkas Iman 4 Mazhab iaitu Iman Abu Hanifah, Iman Ahmad, Iman Malik dan Imam As-Syafie. 

Bagi para pelajar yang mengambil subjek PQS, salah satu soalan yang boleh ditanya dalam bahagian B ialah menyatakan biodata ringkas Imam 4 Mazhab.

Formula-formulanya:

1. KIH KP/IA: 

Imam yang dilahirkan di KI (Kufah, Iraq) ialah Imam (Hanifah).

KP: berketurunan Parsi.

IA: Imam Al-A’zhom merupakan gelarannya. (Seorang ahli perundangan).

2. BIA 300 ss/KN:

Imam yang dilahirkan di BI (Baghdad, Iraq) ialah Iman (Ahmad).

300ss: menunaikan 300 rakaat solat sunat dalam sehari.

mempunyai hubungan dengan KN (keturunan nabi).

3. GPS KN:

Imam yang dilahirkan di GP (Gaza, Palestin) ialah Imam S (Syafie).

mempunyai hubungan dengan KN (keturunan nabi).

4. MM H40/17U:

Imam yang dilahirkan di M (Madinah) ialah Imam M (Malik).

menyelidiki H (Hadith) selama 40 tahun.

semasa berumur 17 tahun sudah diiktiraf sebagai U (Ulama’).

Moga-moga, formula ini dapat membantu para pelajar. Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai program ini, bolehlah menyertai kumpulan BeDAK di Facebook. Sila klik di sini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *