BeDAK: Belajar Dengan Akronim.
PQS
Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara-cara mudah untuk mengingati biodata ringkas Iman 4 Mazhab iaitu Iman Abu Hanifah, Iman Ahmad, Iman Malik dan Imam As-Syafie.
Bagi para pelajar yang mengambil subjek PQS, salah satu soalan yang boleh ditanya dalam bahagian B ialah menyatakan biodata ringkas Imam 4 Mazhab.
Formula-formulanya:
1. KIH KP/IA:
Imam yang dilahirkan di KI (Kufah, Iraq) ialah Imam H (Hanifah).
KP: berketurunan Parsi.
IA: Imam Al-A’zhom merupakan gelarannya. (Seorang ahli perundangan).
2. BIA 300 ss/KN:
Imam yang dilahirkan di BI (Baghdad, Iraq) ialah Iman A (Ahmad).
300ss: menunaikan 300 rakaat solat sunat dalam sehari.
mempunyai hubungan dengan KN (keturunan nabi).
3. GPS KN:
Imam yang dilahirkan di GP (Gaza, Palestin) ialah Imam S (Syafie).
mempunyai hubungan dengan KN (keturunan nabi).
4. MM H40/17U:
Imam yang dilahirkan di M (Madinah) ialah Imam M (Malik).
menyelidiki H (Hadith) selama 40 tahun.
semasa berumur 17 tahun sudah diiktiraf sebagai U (Ulama’).
Moga-moga, formula ini dapat membantu para pelajar. Untuk mengikuti perkembangan lanjut mengenai program ini, bolehlah menyertai kumpulan BeDAK di Facebook. Sila klik di sini.