My REF: RPT & DSKP

Salam sejahtera semua.

Saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan satu aplikasi telefon bagi pengguna ‘android‘. Aplikasi ini dibuat khas terutamanya bagi para guru yang dinamakan ‘My REF‘ iaitu bermaksud satu aplikasi yang boleh dijadikan rujukan untuk semua RPT dan DSKP tahun semasa.

Kelebihan aplikasi ‘My REF:

1. Percuma.

2. Tidak memerlukan internet. Ianya berbeza dari penggunaan ‘QR code‘.

3. Semua maklumat berkaitan RPT & DSKP disimpan di dalam sistem ‘My REF‘.

4. Boleh menyimpan muka surat yang terakhir dibuka oleh pengguna.

5. Fungsi ‘Jump Page‘. Hanya ‘long click’ pada butang ‘next’ untuk menggunakan fungsi ini.

6. Tidak memerlukan pengguna memasang perisian lain bagi menggunakan aplikasi ‘My REF‘.

7. Jimat kertas.

Paparan utama ‘My REF‘.

Senarai RPT dan DSKP.

Contoh DSKP Pendidikan Islam.

Fungsi ‘Jump Page‘.

Senarai subjek yang terdapat dalam aplikasi ‘My REF‘:

– Pendidikan Islam (SR).

– Bahasa Arab (SR).

– Subjek lain akan ditambah dari semasa ke semasa.

Aplikasi ‘My REF‘ ini diberikan secara percuma. Namun, ia memerlukan kebenaran untuk mengakses ‘Read External Storage‘ dan ‘Write External Storage‘ bagi membolehkan aplikasi ini ini berfungsi dengan betul. Pihak ‘My REF‘ sesekali tidak akan mengakses media peribadi yang terdapat dalam telefon pengguna.

Sila klik ‘Allow‘.

Aplikasi ‘My REF‘ setakat ini hanya mempunyai RPT & DSKP subjek Pendidikan Islam dan sebahagian subjek Bahasa Arab. Insya-Allah, subjek-subjek yang lain akan ditambah dari semasa ke semasa kerana proses membuat aplikasi ini dan mengubahsuai RPT mengambil masa dan tenaga.

Sekiranya anda mempunyai sebarang idea penambahbaikan berkaitan aplikasi ‘My REF‘ ini atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi saya melalui emel: my9m@pm.me

Cara ‘install‘:

Sila muat turun dan klik fail.

Klik ‘install‘.

Sila muat turun aplikasi ‘My REF v1.1‘ secara percuma dari pautan di bawah dan pasang di telefon anda. Semoga bermanfaat.

Nota: Pengguna mesti menggunakan minimum versi ‘android 5‘ atau ‘API level 21‘ bagi menggunakan aplikasi ini. Maaf atas kesulitan.

CHANGELOG:

v1.0 (11 January 2019) – 1455

– First release.

v1.1 (12 January 2019)

– Hide ‘PDF View’ page when first opening the app.

– Fix ‘PDF View’ page appeared in main page after screen sleep.

– Fix missing DSKP & RPT document for Arabic subject.

10 thoughts on “My REF: RPT & DSKP

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya.

      Untuk pengetahuan Pn, aplikasi ‘My REF’ setakat ini hanya boleh digunakan oleh pengguna telefon ‘android’. Saya masih belum jumpa lagi cara yang mudah untuk membina aplikasi bagi pengguna ‘IOS’. Maaf atas kesulitan.

        1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya.

          Saya menggunakan perisian ‘App Inventor 2’ bagi membina aplikasi ‘My REF’. Perisian ini boleh digunakan secara percuma dan tanpa perlu memuat turun sebarang fail kerana ianya boleh diakses secara ‘online’. Harap membantu.

    1. Waalaikumussalam. Sila ‘scroll down’ sehingga jumpa bahagian ‘Attachments’. Kemudian, klik perkataan ‘My REF.

  1. Assalamualaikum. Saya menggunakan telefon ‘tab’ tetapi apabila klik perkataan ‘My REF’ itu, tiada keluar apa-apa. Mohon bantuan. Terima kasih.

  2. Alhamdulillah. Tuan, terima kasih banyak-banyak atas kesudian berkongsi aplikasi MyREF ini. Komen saya ialah ia sangat membantu saya dalam menyiapkan rancangan pengajaran tanpa membuka RPT & DSKP. Sekiranya terlupa bawa rancangan pengajaran pun kita boleh terus buka aplikasi ini 😉. Saya juga pengguna aplikasi ini dari 2019 hingga sekarang. Kalau ada versi terbaharu boleh kongsi lagi ya. Maaf saya masih mencari versi terkini 👍😊. Semoga Allah membalas kebaikan pahala dunia akhirat buat Tuan.

    1. Terima kasih cikgu Engku Nor Azlan kerana menggunakan aplikasi MyREF. Saya akan kemaskini aplikasi ini dalam bulan ini. Saya akan masukkan RPT & DSKP terkini. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *